" Nanti kalau kakak sudah bekerja tak payahlah susah-susah nak hulurkan duit kepada ayah. Ayah masih lagi bekerja. Simpanlah duit kakak dalam tabung haji ". Kataku kepada anak gadisku.
Kini anak gadisku telah mula bekerja. Syukur kepada Allah kerana dia telah berjaya mengharungi dugaan. Ketika peperiksaan akhirnya, ibunya telah koma. Aku begitu risau ketika itu takut dia akan terkandas di pertengahan jalan. Alhamdulillah kini Allah telah memberinya kejayaan di dunia. Anak lelakiku pula akan tamat pengajian Diploma pada bula April ini dan dia juga sudah pasti akan berdikari. Sekali-sekala aku membelek jam tangan casio hadiah dari arwah Siti Aishah 17 tahun yang lalu. Masih kelihatan elok dan masih lagi bersamaku.
Kini anak gadisku telah mula bekerja. Syukur kepada Allah kerana dia telah berjaya mengharungi dugaan. Ketika peperiksaan akhirnya, ibunya telah koma. Aku begitu risau ketika itu takut dia akan terkandas di pertengahan jalan. Alhamdulillah kini Allah telah memberinya kejayaan di dunia. Anak lelakiku pula akan tamat pengajian Diploma pada bula April ini dan dia juga sudah pasti akan berdikari. Sekali-sekala aku membelek jam tangan casio hadiah dari arwah Siti Aishah 17 tahun yang lalu. Masih kelihatan elok dan masih lagi bersamaku.
Aku menerima panggilan talipon dari anak gadisku. katanya dia ada sesuatu yang hendak diberikan kepadaku. Bergegas aku pulang kerumah. Di hulurnya bungkusan kotak kepadaku.
" Kakak tak dapat bagi yang mahal kepada ayah. Ini saja yang kakak mampu ". Katanya. Aku menerima dan terus memeluk serta mencium pipi anak gadisku. Kini akulah emak dan akulah ayah kepada kedua-dua anakku. Kadang-kadang aku begitu cemburu bila melihat isteriku bergurau senda dengan anak-anaknya. Aku terpaksa pendamkan segala perasaanku. Terpaksa aku korbankan segala-galanya. Rinduku terhadap kedua-dua anakku aku pendamkan saja dalam hatiku. Kegembiraan lampau bersama keluargaku sudah hilang semenjak kehilangan isteriku.
Aku membawa pulang hadiah tersebut. Di depan isteriku aku membuka bungkusan hadiah. Subhanallah. Anak gadisku memberi seutas jam tangan digital.
" Cantik jam tangan ni ". Kata isteriku. Terima kasih kakak. Pada kakak nilainya amat rendah tapi pada ayah nilainya begitu tinggi dan bermakna sekali. Akan ayah pakai jam tangan ini di selang seli dengan jam tangan pemberian emak. Semoga anak-anak ayah dalam peliharaan Allah. Ayah sayang pada anak-anak ayah. Inilah harta ayah dan emak. Walaupun kita berjauhan tidak pernah sesekali ayah melupakan anak-anak ayah. Take care....
12 comments:
Salam,
Maner gambar jam pemberian anak?
Alhamdulillah, kasih sayang anak, juga tidak luntur kpd bapanya yang penyayang..
Marina Monroe... Ada gambarnya akak. macam mana akak tak dapat
eh, saya pun tak dpt gambar jam baru tu....tp internet tgh slow.....
" Kakak tak dapat bagi yang mahal kepada ayah. Ini saja yang kakak mampu ".
air mata saya keluar....
Salam En Arif,
G-Shock, kire mahal tu En Arif... Pemberian dr anak mmg membahagiakan... Cinta pertama mmg sukar dilupakan... Semoga En Arif gembira selalu :)
radziah AR...Mungkin internet slow yang tak dapat gambar
Marya Yusof...Ya mahal harganya. RM100+-. Terima kasih kerana mendoakan saya
mas sntiasa berangan nak bagi/balas budi mak abah.allhamdullilah de rzeki dulu,mmg mas xlokek buat mereka
abg,nak tanya..blog ni,wife abg baca tak?dengan wife de x selalu borak ttg arwah bini abg?
MaYa MustWany...Wife saya tak pernah baca dan saya pun tak pernah cerita tentang arwah kepadanya. Semuanya saya simpan di dalam hati. Mungkin ada kebaikannya
ooo..baguslah..mas rasa elok disimpan juga..takut jadi macam kes mas,pengganti terasa cemburu..
MaYa MustWany...Mas pun sudah ada pengganti ler. Alhamdulillah
asyik gaduh je..dia asyik salah faham dgn Mas..lepas 2 dia majuk n suka sgt ckp hal mati..sedangkan mas xnak rasa khilangan sper2 lagi..dia ckp tuh dh wat mas terluka..tak matang la :(
MaYa MustWany...Awalnya dah ugut nak mati. Susah-susah
Post a Comment