Teman-teman

Saturday, November 10, 2012

Kalau Tak Pandai Jangan Tolong

Inilah tempat aku dan rakan-rakan melelapkan mata jikalau bertugas malam. Semalam aku bertugas. Dalam pukul 3 pagi keadaan nampak terkawal jadi baloehla aku lelapkan mataku. Andai berlaku kerosakan alarm akan berbunyi. Tak perlu la kami risau. Sekejap saja aku dah zzzz........ Kini aku berhadapan dengan satu makhluk. Nampak marah benar dia padaku.
" Ini la orang yang selalu tolong ..... tu ". Kata makhluk tersebut.
" Dah dia yang minta pertolongan, aku tolong la ". Jawabku spontan.
" Jangan ganggu aku buat kerja aku ". Katanya dan aku hanya mendiamkan diri.
" kalau tak pandai dan tak ada ilmu jangan dok tolong orang ". Perli makhluk tersebut.
" Kalau aku tak pandai, apa yang awak takutkan ". Perli aku. Rupanya ayat ini membuatkan dia marah.


Terus dia menyerang aku. Di peluknya badan aku. Kemudian di cekiknya leher aku. Aku meronta-ronta kerana tidak dapat bernafas. Akhirnya kedeboomm.....aku jatuh kebawah. Makhluk tersebut terus menyerang. Marah benar dia. Walaupun aku tidak dapat mengeluarkan suara tapi aku dapat membaca ayat Al Quran di dalam hati. Terus aku baca ayat 3 Qul dan ayat Qursi. Alhamdulillah. Hilang makhluk tersebut dan baru akau tersedar yang aku terjatuh dari tempat ini. Terus aku ambil wuduk dan solat. Selesai aku baca Yasin dan Al-Mathurat. Aku bayang muka sahabatku dan aku hembus. Aku tahu ia berkesan. Kalau tidak mana bisa dia sanggup menyerang aku. Kalau la isteriku tahu, risau dia sebab sudah beberapa kali aku begini.
" Nah risau la tengok abang. Abang tolong orang tapi abang yang kena ". Katanya padaku
" Tak apa lah Nah. Kita tolong la sekadar yang mampu. Kalau sumbangan kita hanya berdoa saja, kita lakukan. Yang lain serah pada Allah. Kita bantu selesai masalah orang insyaallah suatu hari Allah akan selesaikan masalah kita pula.". Kataku kepada isteri. Mudah-mudahan sahabatku dalam peliharaan Allah. Esok aku akan bertolak ke Kelantan. Makan angin time....

5 comments:

Nor Shamilah Ismail said...

Betul tu En Ariff, kalau kita tolong selesaikan masaalah org, pasti Allah tolong selesaikan masaalah kita pula. Wah..selamat bercuti ke Kelantan.

Marya Yusof said...

As salam wbt.

Hola!

Nak makan angin jgn sampai perut kembong no! hehehe...

Setuju dgn Nor Shamilah tu! Nampaknya En Arif kena tambahkan ilmu utk berhadapan dgn makhluk ni sekaligus mempertahan diri...

Ariff Budiman said...

Nor Shamilah......Terima kasih banyak2

Ariff Budiman said...

Marya Yusof....Waalakumussalam.

Hola
Insyaallah akan tiba masanya saya perlu belajar. Terima kasih banyak2 Marya

Mrs.Izi said...

g kelantan ke abg ariff.selamat bershopping.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...