Teman-teman

Sunday, November 25, 2012

Sudah Tukar Ka...

Aku beritahu isteri durian yang berada di dalam peti sejuk setengahnya di buat kuah. Teringin pula nak cicah dengan roti benggali. Aku juga beritahu isteri bahawa aku terlihat ada orang menjual serabai di pekan. Terasa teringin nak makan serabai. Kataku pada isteri. Isteriku tersenyum sambil mengacau kuah durian. Harum semerbak wanginya bau kuah durian. Aku beritahu isteriku bahawa aku nak ke pekan mencari roti benggali. Nak juga singgah di kedai buah. Mungkin buah rambutan kuning ada. Suka sangat aku dengan buah jenis ini. Akhirnya aku beli juga buah rambutan biasa dengan harga RM 5 untuk 3 kilo.



Aku membawa pulang kerumah. Bila aku buka pintu, isteriku datang dengan senyuman yang penuh makna sambil menghulur sesuatu kepadaku. " Nah nak buat surprise dekat abang. Nah buka buku resepi lama Nah tengok resepi serabai barat.Dah abang suka serabai jadi sebelum abang balik Nah nak buat surprise la tapi bila dah masak rupanya serabai barat tu ialah pancake ". Katanya sambil tertawa. Aku terus mencubit sedikit dan merasanya. Memang betullah pancake. " Abang kena makan juga sebab Nah buat ni untuk abang ". Aduh pulak dah. Aku memang tak suka kuih yang manis. Isteriku menghulurkan pancake sekeping padaku. Nak habiskannya memang susah. Sambil makan aku tertawa bila mengingatkan kembali gelagat isteriku nak buat surprise padaku. Terus aku google di internet mencari resepi serabai. Akhirnya dapat juga resepi. Serta merta dia meminta aku menyalin resepi serabai. Katanya dia nak try suatu hari nanti.Akhirnya pancake yang dibuat isteriku dihabiskan juga oleh aku memandangkan susah payah dia buat untuk aku. " Terima kasih abang ucapkan kerana bersusah payah buat serabai barat untuk abang ". Tertawa isteriku bila aku perlinya. Nasib baik aku makan habis. Kalau aku tak sentuh pancake tersebut dan terus perli alamat bermasam mukalah kami. Kena pandai ambil isteri......Terbaik....

11 comments:

Anonymous said...

Oh kalau diterjemah pancake tu oalah serabai barat rupanya

insan marhaen said...

tak makan kalo, malam nanti jadi serabai...

Lee Aziz said...

Teringat lagi suatu hari, seorang abang(tokei kedai tempat mak saya letak serabai) bertanya kepada saya,"tak ada sapa ka, belajaq buat serabai kat mak hang..serabai mak hang sampai petang dok elok lagi..lembut..sayang kalau tak dak sapa belajaq dari dia...pasai mak saya buat serabai sampai cemuih saya nak makan..tapi kalau ada kuah special campuq durian..memang tak boleh tolak..kalau nak belajaq buat serabai mai la balik pulau..tapi mak saya tak pandai buat pencake...

PRIMADONA BRANDLICIOUS said...

hehehehe... pandai abg ambil hati isteri

Nor Shamilah Ismail said...

seronok baca..masing2 suami & isteri sentiasa dok ambik hati pasangan..semuga bahagia selama2nya..amin

Mrs.Izi said...

rajin kak rosnah.selalu buat surprise.

Ariff Budiman said...

insan marhein....Betul-betul

Ariff Budiman said...

lee Aziz...Wow kalau dapat berguru dengan emak saudara bagus ya

Ariff Budiman said...

PRIMADONA BRANDLICIOUS...Biasa aja dari seorang suami

Ariff Budiman said...

Nor Shamilah...Terima kasih di atas doa

Ariff Budiman said...

Mrs. Izi...He he. Kadang2 tak menjadi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...