Teman-teman

Friday, November 09, 2012

Release Tension

" Minta maaf mak. Doktor tak benarkan mak pulang sebab masih kurang sihat. Insyaallah bila emak sihat kami akan bawa mak ke Kelantan ". Sayu muka ibuku bila doktor tidak membenarkannya pulang ketika berada di dalam bilik ICU. Kami berjanji akan membawanya ke Kelantan memandangkan Kelantan adalah tempat yang paling ibuku suka. Selang beberapa hari ibuku koma dan kami bergilir-gilir menjaga ibu. Hilang segala keinginan nak ke Kelantan memandangkan keadaan ibuku yang kritikal.

Setelah berada di hospital selama 2 bulan setengah ibuku menyahut seruan ilahi. Kini kami adik beradik kembali berpakat untuk ke Kelantan mencari kedamaian. Semasa ibu kami berada di hospital telah kedengaran bermacam-macam persoalan dari mereka yang datang menziarahi ibu. Kebanyakannya kurang enak untuk di dengari. Insyaallah pada  11 Nov 2012 kami akan bertolak ke Kelantan dan keesokannya pula ke Terengganu. Terasa juga kehilangan ibu bila hendak makan angin. Selalunya ibulah merupakan orang pertama bersiap lalu dikejutnya anak cucu yang lain. Ibu begitu seronok sekali. Kini kami pergi tanpa ibu. Seperti biasanya adikku yang kini menetap di Kelantan akan menyambut kedatangan kaum keluarga. Kelantan sedang menggamit kami......

4 comments:

Kakcik Nur said...

Semoga roh ibu-ibu kita sedang berbahagia di sana. Al Fatihah.

Ariff Budiman said...

kakcik Nur...Ameen

Marya Yusof said...

Al-Fatihah...sedihnya saya baca terus teringat yg jauh di sana :'(

Ariff Budiman said...

Marya Yusof....Walaupun jauh doa tidak mengenal sempadan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...