Teman-teman

Tuesday, November 06, 2012

Puas Hati

Selepas solat subuh aku minta isteriku buatkan sandwich. Perut terasa amat lapar setelah malamnya aku terpaksa berlapar di tempat kerja akibat hujan turun dengan lebatnya. Sandwich memang kesukaanku. Tengahari kata isteriku dia akan buat kari ikan semilang jadi waktu pagi elok sangatlah aku makan sandwich. Makan dua keping pun dah kenyang.


Lepas makan aku dan isteri keluar ke pasar untuk mencari ulam-ulaman. Yang menarik minatku ialah pucuk gajus dan kacang kelisa. Isteriku terus mencari cili padi tapi katanya cili padi yang berwarna hijau kurang pedas. Aku terus sarankan agar dia mengambil cili padi yang berwarna merah. Confirm pedas dan diakui sendiri oleh peniaga.


Jam 12 tengahari makanan telah masak dan dihidangkan. Tak tertahan aku melihat juadah istimewa. Padaku kari ikan semilang, tembikai dan ulam sudah memadai. Aku mengambil pucuk gajus dan cicah bersama sambal belacan. Fuhh....pedasnya tapi makin sedap. Aku masuk kedalam bilik lalu mengambil kain tuala untuk mengelap peluh.


Akhirnya tuala tidak lekang dari leherku. Peluh sentiasa keluar bila aku cicah ulam bersama sambal belacan. Memang puas hati dan sedap dengan makanan yang di masak isteriku. Alhamdulillah....

4 comments:

Marina Monroe @Nanie said...

Salam Sejahtera Ariff,

Sedapnya juadah yang terhidang.
Akak suka sangat pucuk gajus, sambal belacan tuh kalau orang selatan digaul tempoyak..aduhai..terliur

Ariff Budiman said...

Marina Monroe @Nanie...Huh...saya tak suka tempoyak. Busuk

Thirah said...

waaa..sedapnya..ish ish..tgk entry ni pagi-pagi pulak..terasa perut ni menyanyi..

Ariff Budiman said...

Thirah...Minta maaf ler kalau udah menyanyi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...