Teman-teman

Wednesday, November 21, 2012

Perancangan Last Minute

Selepas solat subuh isteriku bertanya samada aku nak ke pasar atau tak. Mungkin aku keletihan setelah bertugas selama 16 jam jadi selepas subuh agaknya aku nak menyambung kembali tidurku. Aku memang selepas subuh agak payah untuk melelapkan mata. Aku suka menonton berita Awani dahulu sebelum melakukan apa-apa aktiviti.


" Abang nak makan apa hari ni ". Tanya isteriku. Aku terdiam sambil memikirkan segala jenis makanan.
" Entah la. Abang jemu dah dengan nasi ". Ringkas saja aku menjawabnya. Diam isteriku.
" Ha...Nah dah dapat idea apa dia...Cuba abang teka ". Aku bergurau membaca ayat lalu aku hembuskan di telapak tanganku dan kemudian aku ketawa.
" Ha ha..Abang dah tau apa yang tersirat di fikiran Nah. Nah nak buat gulai jantung pisang kan kan ". Terlopong isteriku bila tekaan aku tepat sekali. Kih kih. Tok bomoh katakan.
" Best jugak no. Lama tak buat. Jom kita ambil jantung di rumah mak mertua abang dan beli daging ". Terus aku mengajak isteriku.


Kami ke pasar dulu membeli daging dan barangan lain. kemudian kami terus kerumah emak mertuaku. Aku nak tunjuk pada orang bandar bagaimana nak ambil jantung seperti dalam gambar ni. Terkial-kial isteriku menarik jantung pisang. Akhirnya berjaya juga kami mendapat 3 biji jantung.


Aku kupas siap-siap kulit jantung pisang dan aku tinggalkan sedikit untuk di kupas di rumah. Takut jadi hitam pula dia.
" Abang...kulit dia kena buang banyak ka ". Tanya isteriku
" Ya...sampai tak nampak yang merah baru la rasanya lembut ". kataku pada isteri yang belum pernah makan sebelum ini. Sejak dia berkahwin dengan aku barulah dia tahu makan gulai jantung pisang. Arwah Siti Aishah memang pakar membuat gulai ini. Kadang-kadang dimasuknya kerang. Memang sedap. Sedap juga masakan isteriku Rosnah. Sekurang-kurang aku masih merupakan insan bernasib baik sebab masih boleh merasai gulai jantung pisang.


Sekejap saja sudah masak. Di hidangnya di atas meja dalam keadaan panas lagi. Ini yang tak tahan. kalau nak lebih power aku goreng cabai kering dan di ramas hancur di dalam nasi. Masyaallah makan bertambah....

10 comments:

klcitizen cikgunormah said...

Tak pernah tengok orang makan nasi dengan cabai kering goreng diramas... Baru tau

Ariff Budiman said...

klcitizen cikgunormah....He he. pelik kan. Saya suka cara ini tapi tak selalu ler. memang sedap. Cubalah

Kakcik Nur said...

Buat masak lemak, sedap juga jantung tu. :)

Ariff Budiman said...

kakcin Nur...masak lemak saya belum cuba sebab suka sangat dengan kari. Boleh try next time

insan marhaen said...

bomoh siam..he..he..

Ariff Budiman said...

insan marhein...Kih kih

Kembara Diri said...

Makanan 'orang lama'.. orang muda depa tak gheti nak makan benda2 macam tu..

Mrs.Izi said...

sedapnya.

Ariff Budiman said...

Kembara Diri...Tepat sekali

Ariff Budiman said...

Mrs Izi....Memang pun. 2 hari masih lagi dengan gulai jantung pisang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...