Pagi tadi pihak surau telah mengadakan sesi gotong royong bagi menyambut kedatangan seorang ulama terkenal Dato Abu Hassan Din ke surau kami pada 25 Apr 2009 jam 3 petang. Agak lama juga kami tidak melakukan gotong royong. Agak ramai juga yang hadir walaupun cuaca diluar agak gelap dan kemudian hujan turun mencurah-curah.
Masa ini semua orang berkumpul sambil menjamah kuih muih dan nasi lemak. Berita aku akan berkahwin lain tersebar dengan begitu cepat sekali. Mak angkat aku berkata semalam beliau telah pergi membeli nasi tomato di pasar malam dan dapat lihat wanita itu. Besok Isnin AJK surau dan kawan-kawan Siti Aishah telah bersepakat untuk pergi makan pagi di Astaka tempat wanita itu menjual Pizza. Mereka juga mengajak aku bersama namun esok aku balik kerja lewat sikit. Kata mereka, " Kami ada dan Budiman jangan risau boleh ikut sekali."
Ramai yang datang mengucapkan tahniah dan tak kurang juga yang mengusik aku tak beri aku buat kerja. Elok la tu aku baru balik kerja malam. Yang paling dasyat mengusik ialah golongan wanita. Namun aku tidak marah sebab mereka semua merupakan orang yang banyak memberi sumbangan kepada pihak surau. Aku juga dapat menangkap bila ada juga wanita yang masih merasa kesunyian dengan tiada Aishah. Selalunya bila ada gotong royong mereka akan mengusik aku dan Aishah hanya tersenyum melihat aku telah diusik.
Paling aku tidak sangka ialah ramai juga gang Aishah yang kenal akan wanita ini. Kata mereka wanita ini amat sesuai dengan aku. Alhamdulillah mudah-mudahan begitulah. Siap dah mereka booking untuk buat kenduri disurau. Seorang wanita berkata kepada aku, " Tak pa Budiman dekat hang kami bagi special sikit. Hangpa boleh bersanding dalam stor sebab spesis tua ". Bergema gelak ketawa dari golongan wanita lain. Teruk aku pagi tadi kena belasah usikan mereka. Aku pun tak marah sebab aku tahu mereka cuma mahu menghiburkan hati aku. Seorang wanita pula berkata, " Janganlah lepas kahwin tak dengar azan dah".
Seorang kawan rapat Aishah memberi pesanan kepada aku agar berhati-hati sebab mereka yang mendendami kami akan bertindak lagi sekali sebab tindakan pertama mereka menjangkakan aku akan terus terkubur namun masih lagi meneruskan hidup. Aku berkata yang aku telah bersiap sedia. Jatuh kali pertama bukan bermakna akan jatuh lagi kali kedua. Namun lari dari masalah tidak akan menyelesaikannya. Aku akan terus berjuang walaupun aku sendiri yang akan terkorban. Satu perkara yang pasti ialah kematian bukan mereka yang menentukan tetapi Allah dan aku amat meyakini bahawa Allah tidak akan mensia-siakan doa orang yang teraniaya.
8 comments:
'spesies tua'...telan jer la...hehe...
ok lar 2...heheheh
tahniah..selama ni saya mengikuti blog ini secara senyap. bila dah baca saya akan cerita kat suami. bila kelmarin saya cerita yang ariff budiman mungkin nak kahwin, suami kata 'ye ke, cepatnya..' saya kata biarlah. sampai juga jodohnya.
anyway, tahniah sekali lagi dari kami berdua...
Saya berdoa, andai saya yg pergi dulu drp suami, biarlah Allah swt percepatkan pertemuan jodohnya.. Yg pergi takkan kembali, yg hidup harus teruskan kehidupan..
Selamat pengantin baru in advance, Sdr Budi!!
wahh.. patut la dok ujan saja kat Medan Suri.. ujan rahmat rupanya..
SCR.. Tak pa asal bahagia
Bisikan Nurani... Ok la tu....
Almuna...Terima kasih selama ini
mengikuti blog saya secara senyap. Semoga rumahtangga almuna sekeluarga juga Allah berikan keberkatan
Kakja...Terima kasih. Jgn la berdoa pergi dulu. Doala umur yang panjang ini diberikan keberkatan oleh Allah dan andaikata meninggal insyaallah bihusnil Khatimah
Mohd Anas..he he Medan Suri dah cerah dan tak hujan. Eni angkat kain hujan jemuran sudah turun...
Post a Comment