Teman-teman

Thursday, April 23, 2009

Salah Kah Aku

Genap 4 bulan sudah Siti Aishah meninggalkan kami semua. Keadaan rumahku, lansir, cadar dan kesemuanya masih lagi tidak bertukar dari semenjak arwah isteriku masih ada lagi. Aku terasa amat janggal bila berada dirumahku sendiri. Aku hanya mampu melihat dan merindui setiap barangan milik Siti Aishah. Namun aku terpaksa juga berdepan dengan kenyataan yang Siti Aishah tidak akan kembali lagi. Aku harus meneruskan penghidupan baru bersama anak-anak.

Namun tidak lama lagi hati ini akan menjad milik orang lain. Aku sedikit gusar andaikata aku terlalu mengharapkan agar wanita yang akan muncul dalam hidupku persis Siti Aishah. Agak keterlaluan pengharapan aku ini. Setiap insan yang dilahirkan didunia mempunyai perwatakan yang berbeza. Aku akui itu. Tapi semakin aku cuba kikis sedikit demi sedikit memoriku bersama Siti Aishah semakin rancak peti memoriku memutarkan kembali nostalgia ini. Semalam aku bermimpi saat indah kami sekeluarga bergurau senda gelak ketawa bersama Siti Aishah. Masih segar diingatan ketawa Aishah.

Kini aku menghitung hari akan saat itu dan aku berdoa kepada Allah agar wanita yang akan menjadi suri hatiku memahami keadaanku dan aku juga perlu memahami keadaannya. Jika dia dapat menerima aku ini bermakna dia sudah bersedia mencorak penghidupan barunya sedangkan aku masih lagi terkial-kial merindui orang yang telah pergi dan tak akan kembali lagi.

Aku akan cuba memulakan kehidupan baruku. Aku aku simpan segala kenangan indah memoriku bersama Siti Aishah walaupun dalam masa yang sama aku amat merinduinya. Aku juga sedar bahawa temanku juga telah pun memulakan penghidupan barunya dengan menyimpan segala kenangan indahnya sewaktu bersama arwah suaminya. Aku dan dia dalam situasi yang sama namun teman baruku ini lebih jauh berpengalaman dan cekal dari aku. Aku masih tercari-cari erti kehidupan yang sebenar. PadaMu Allah aku memohon agar berikanlah aku kekuatan untuk meneruskan kehidupan baruku ini dan semoga kau berkatilah kami...

4 comments:

nadinezuharra said...

Tidak salah kerana hidup ini umpama kisah cerita yang panjang.Ada mula dan ada akhirnya.Sesiapa saja wataknya,ia juga meninggalkan kesan dalam ingatan kita.

Nikmati kisah ini dengan tenang dan penuh pemahaman,nescaya kita akan menutup buku itu dengan penuh rasa bahagia dan senang hati.

p/s: Tahniah sdr Budiman.. moga penghidupan baru bersama kak Rosnah kelak sentiasa dirahmati Allah SWT.. insyaAllah..

Ariff Budiman said...

Terima kasih Nadine. Insyaallah harapan saya begitulah

Anonymous said...

saudara; saya pernah terbaca dlm ruangan website seorang doktor kaunseling. dia mencadangkan seseorang yang meminta nasihat kepadanya - di mana orang itu bersedih terus kerana tidak dapat melupakan pasangannya yang telah pergi - supaya menukarkan barang atau keadaan dlm rumah - seperti susun atur perabot, langsir, cadar, alas meja etc kepada sesuatu yang baru. menurutnya suasana baru dalam rumah dapat memudahkan kita mengurangkan kesedihan yg dirasai. bukalah tingkap2 dan pintu rumah saudara, biarkan angin bertukar, dan ajak anak-anak atau saudara mara membantu saudara mengubahsuai hiasan dalaman rumah saudara. bayangkan arwah isteri pastinya gembira dengan suasana ceria rumah saudara.. nasihat ini sama sekali bukan bermakna menyuruh kita melupakan orang dikasihi yg telah pergi, tetapi untuk memotivasi diri, di samping mengingatkan diri bahawa kehidupan ini perlu diteruskan. bayangkan yang pergi tentu tidak suka kita terus tinggal dalam kesedihan..

Ariff Budiman said...

Anonymous... Terima kasih. Insyaallah saya akan ikut nasihat ini dan itulah jalan yang terbaik. Terima kasih sekali lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...