Teman-teman

Monday, April 13, 2009

Untuk anak-anakku




Sengaja ayah paparkan video clip ini agar ketegangan yang ayah rasai akan berkurangan. Emak adalah insan yang istimewa dalam hidup ayah. Emak banyak bekorban demi kebahgiaan kita semua. Kelahiran kakak melalui pembedahan. Begitu gembiranya hati emak tatkala kakak dilahir walaupun pada hakikatnya emak begitu sakit sekali. Ayah tak sanggup melihat emak kesakitan lalu setiap hari ayah sendiri akan mencuci luka emak. Kata Dr emak bertuah mendapat seorang suami yang penyayang. Kakak dibesarkan oleh emak dengan penuh kasih sayang. Setiap kali ayah pulang kerumah terasa seronok bermain dengan kakak ketika itu. Kemana saja ayah pergi, pasti ayah membawa emak dan emak akan memegang kakak sambil membonceng motosikal. Bila hujan lebat kita bertiga basah kuyub dan akhirnya kakak demam. Terpaksa emak menjaga kakak siang dan malam agar demam berkurangan.

Dua tahun kemudian adik pula dilahirkan juga melalui pembedahan. Sedih ayah melihat emak menanggung kesakitan. Ini bermakna sudah dua kali luka ditempat yang sama. Namun tidak nampak wajah kekesalan dihati emak. Seronok emak dengan 2 cahaya mata ini. Kakak dan adik emak besarkan bagaikan menatang minyak yang penuh. Walaupun emak berpelajaran tetapi akibat kemiskinan emak terpaksa melupakan niat itu. Emak akan menjual kuih demi menambah pencarian keluarga ketika itu.

Ayah pernah bertanya kepada emak adakah emak menyesal berkahwin dengan ayah. Kata emak semua itu telah Allah tetapkan dan emak bahagia sekali. Emak telah menyinari keluarga sebelah ayah. Kehadiran emak membawa rahmat kepada keluarga ayah. Emak disayangi oleh seisi keluarga sebelah ayah. Masa itu ayah berasa syukur sekali Allah mempertemukan emak dan ayah.

Selang beberapa tahun kemudian emak mengandung lagi. Risau hati ayah sebab Dr memberitahu bahawa kelahiran yang ketiga ini juga adalah melalui pembedahan. Sampai masanya adik Ashraf dilahirkan. Emak begitu gembira sekali. Entah mengapa adik terpaksa ditahan dirumah sakit akibat kekuningan. Emak dibenarkan pulang. Setiap hari ayah akan pergi menziarahi adik dihospital. Suatu malam ketika ayah sedang berlatih nasyid pihak hospital menalipon ayah sebab keadaan adik tenat. Ayah bergegas ke hospital bersama emak.

Sesampainya kami disana Dr memberitahu kami bahawa adik sudah tiada lagi setelah berada didunia selama 18 hari. Terkulai layu emak menerima berita ini. Terpaksa ayah tenangkan emak walaupun ayah sendiri begitu sayu dengan kematian adik.Emak begitu tertekan sekali ketika itu. Bila melihat kanak-kanak emak akan menangis sebab teringatkan adik. Ayah faham perasaan emak sebab 9 bulan emak membawa adik kemana saja.

Semua itu berlalu begitu sahaja sehinggalah kakak dan adik berjaya didalam pelajaran. Namun kejayaan ini tidak dapat dikecapi oleh emak. Memang menjadi harapan emak agar kakak dan adik berjaya. Namun takdir menentukan segalanya. Emak telah menyambut seruan ilahi buat selama-lamanya. Susah ayah menerima kenyataan ini. Namun ayah redho juga akan pemergian emak. Kini ayah terkapai seorang diri tanpa gurauan dari insan tersayang.

Ayah hanya mampu berdoa kepada Allah andaikata Allah mempertemukan jodoh ayah, biarlah dia seorang yang berakhlak dan mempunyai sifat-sifat seperti emak. Kini Allah telah membuka ruang itu sedikit demi sedikit. Kakak dan adik usah risau akan perkembangan ini. Kalau ini berlaku kakak dan adik tetap anak ayah yang terbaik. Ayah sayangkan kamu berdua. Kakak dan adik merupakan harta hasil dari perkongsian hidup emak dan ayah.

Berilah sedikit ruang untuk ayah agar dapat menghabiskan sisa-sisa hidup sebelum dijemput Allah. Entah berapa lama lagi ayah akan hidup. Kita pun tidak tahu. Namun hidup perlu diteruskan. Harapan ayah dan juga emak, teruskanlah perjuangan dalam menimba ilmu. Semoga kakak dan adik berjaya di dunia dan juga akhirat dan itulah harapan yang terbaik dari seorang insan yang bergelar ayah dan emak.

1 comment:

MaMa MoDeN said...

salam saudara budiman,
memangnya seorang insan yg bnama lelaki takkan mampu hidup keseorangan. perlu ada isan bnama wanita dlm hidupnya. perlu ada yg mjaga makan minum & tidurnya. jarang sgt lelaki yg mampu hidup sorg diri. walau bagaimanapun sayang cintanya seorang suami pd isteri yg tiada lagi didunia ini tapi hakikatnya hidup perlu diteruskan, andai mencari teman baru pilihan tbaik yg saudara ada, teruskanlah. demi anak2 & tentunya demi diri sendiri. cuma jgn bandingkan yg baru dgn yg lama. tentu saudara takkan dapat isteri lain seperti kak aishah. mungkin dia seorg dlm dunia ini utk saudara. yg baru tentu akan ada kebaikan, keistimewaan & kelebihan yg lain yg takkan sama dengan kak aishah. sgt tidak adil bg yg baru & juga takkan adil bg kak aishah jika mereka dibanding2kan. semoga apapun pilihan yg saudara ada akan membahagiakan hidup saudara, jgn terlalu bersedih. kenangan lalu adalah utk dikenang ketika rindu melanda, tapi hidup perlu diteruskan. salam persahabatan....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...