Teman-teman

Tuesday, May 19, 2009

Bertolak ke Kelantan

20 Mei 2009 - Aku dan anak-anak serta keluarga akan bertolak ke negeri Kelantan. Aku amat keberatan untuk kesana. Kelantan merupakan nostalgiaku terakhir aku bersama arwah Siti Aishah. Disanalah arwah menghabiskan hari-hari terakhirnya. Ketawa, sakit dan menangis mewarnai kehidupan kami disana. Anakku kerap memujuk agar aku kesana dan berkata bahawa ayah terpaksa menghadapi situasi ini. Aku mengalah akhirnya namun pada masa yang sama aku berdoa agar Allah memberiku kekuatan untuk melangkah masuk kedalam rumah adikku. Rumah itu tidak bersalah tetapi banyak percutian kami sebelum ini dihabiskan dibumi Kelantan.

Inilah halanganku yang terakhir sebelum aku melangkah masuk kedunia yang baru dengan memori yang baru. Tak sampai sebulan lagi hari yang akan mewarnai hidupku yang baru. Aku dan anak-anak telah bersedia menghadapinya. Semoga Allah memberkati perkahwinan ini sehingga keakhir hayat kami. Doa-doakanlah kami semua

9 comments:

hrusli61 said...

Jiman, kamu beruntung mempunyai anak-anak yang baik. Atasilah semua memori yang silam dengan penuh keberanian sesuai dengan tajuk blog mu "Warna Nostalgia"

Nostagia itu banyak warnanya tidak semua warna suram itu kesedihan dan begitu juga tidak semua warna cerah itu kebahagiaan.

Kebahagian yang hakiki adalah apabila kita di SANA.

Laluilah liku-lku yang mendatang dengan 'gaya seorang pendekar perang' yang gagah dan telah menempohi banyak pertempuran besar.

Parut-parut dan luka-luka hasil dari peperangan itu merupakan pingat-pingat yang disemat di dada penghidupan mu.

Kau anak GAYONG Jiman.

pB said...

semoga semuanya selamat

ain fathihah fhm said...

didoakan semuanya berjalan lancar dan selamat

Zai Zamree said...

moga2 smua selamat :)

zai said...

tabahkanlah hatimu...pandang kehadapan, masih jauh perjalanan yg perlu ditempuhi dan pastinya akan kau temui beraneka warna nostalgia disepanjang liku hidupmu..doa kami akan sentiasa mengiringi insan setabahmu..semoga bahagia dialam dunia baru bersama insan tersayang. Moga2 dia membawa sejuta warna kebahagiaan dlm hidup en. diman

zai said...

tabahkanlah hatimu...pandang kehadapan, masih jauh perjalanan yg perlu ditempuhi dan pastinya akan kau temui beraneka warna nostalgia disepanjang liku hidupmu..doa kami akan sentiasa mengiringi insan setabahmu..semoga bahagia dialam dunia baru bersama insan tersayang. Moga2 dia membawa sejuta warna kebahagiaan dlm hidup en. diman

Ariff Budiman said...

hrusli61..Terima kasih cikgu. kadang-kadang pendekar pun kecundang juga. Namun aku akan bangun semula insyaallah dengan persiapan yang lebih rapi dan pisang tidak akan berbuah 2 kali. Memang darah gayong masih lagi mengalir

pb.. Terima kasih

ain fatihah.. Terima kasih banyak-banyak. Kirim salam dekat mama moden

zai..Terima kasih kerana sudi ziarah blog saya.

zai "islam is my way of life"..Terima kasih juga. Insyaallah saya akan tabahkan hati. Akan update dari kelantan

scr said...

jom pakjang kita p kelantan....vroooooooommmmmmmmm.....

Bearcat said...

Hoih! SCR hang tak tidoq ka???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...