Hari ini ialah hari paling lucu dan menakutkan. Aku bertugas petang. Aku melihat cuaca dilangit. Awan kehitaman. " Nak hujan ni ". Aku menyarung baju hujan supaya bila hujan turun tidaklah aku kelam kabut sangat. Masuk saja jambatan hujan beserta angin kencang menyerang aku. Aku baca ayat-ayat suci Al-Quran. Hujan macam nilah minggu lepas aku melambung diatas jalan. Sampai sekarang lutut aku masih sakit. Terasa macam longgar dah kepala lutut aku. Ah biarkan dulu sehingga sampai tarikh keramat.
Alhamdulillah terlepas jambatan lalu aku terus menuju ketempat aku bertugas. Seperti biasa aku mesti melalui satu-satunya jalan menuju ke kuala Juru iaitu tempat aku bertugas. Jalan ini adalah laluan berjenis-jenis kenderaan dan binatang menggunakannya. Jalan ini juga satu ketika dahulu aku dikejar oleh babi hutan yang sewel. Ini babi tak ada baca punya. Dari jauh aku melihat sekumpulan kerbau dan lembu memenuhi jalan. " Ni macam geng Boy dan Leman ". Kalau siapa yang pernah baca posting aku yang lepas dah tahu siapa dia Boy dan Leman. Itu nama kerbau la.
Jiwa blogger pantang nampak cantik sikit nak snap la. Aku pun terus buka beg ambil kamera. Entah datang dari mana makcik tuan punya kerbau tu serbu aku. Dia bagi ayat maut dekat aku, " Kalau hang ambil gambar aku, aku suruh Leman tanduk hang ". Aku tengok muka dia garang betul macam sunderbolong. Yang si Leman pun boleh kerling semacam dekat aku macam tunggu arahan saja. Aku rasa si Leman ni mulut tersengih-sengih macam dok perli aku. Aku pun perlahan-lahan off kamera dan masukkan kembali kedalam beg. Makcik tu pun kata dekat geng dia, " Boy Leman jom balik ". Kerbau-kerbau tu pun ikut cakap dia. Dasyat sungguh makcik ni. Power gila.
Nasib baik la aku cool dan tak tangkap terus. Kalau tidak tentu aku dah melayang kedalam parit sebelah dek tandukan maut si Leman dan ini bermakna aku tak sempat la nak berjabat salam dengan......... Selepas ni kalau aku nampak makcik tu, aku akan buat tak tahu saja macam tak nampak dia. Dalam hati aku berkata tak pa satu hari nanti aku akan beli kamera yang boleh fokus dari jauh. Masa tu aku akan snap habis-habisan gambar Boy, Leman dan tuan dia.
6 comments:
kerbau pon leh jadi crita.keh3
owh..makcik potogenik tuh...hehe....giler garang...jual mahal lak mk cik ni...ceit...hehe
agaknya mak cik tu dapat tahu atau terbaca blog hang tulih pasai dia dan lembu-lembu dia. tu la awai-awai lagi dia dah bagi last warning.
kira terel la makcik tu.
apa punya pendekar la hang ni.....
Alang2 dah jadi photographer,baik beli trus jer DSLR,hahaha,x rugi pak jang,baru RM2000,tahan lama,bole amik dari jauh..hehe
mana boleh lupa mak cik nie..
Garangnya satu macam jer.
Teringin gak nak tgk muka dia.
Dad.. Ini baru cerita kerbau. Tak dengar lagi cerita ular tedung selar lintas hormat depan pkjang
Kinah..Tak pa lain kali dia akan merayu agar gambarnya diambil. Tapi sorry sebab pkjang akan ambil gambar org lain. he he
Insan Marhein..Pendekar kadang-kadang ada senggugutnya. Sudah tempang la
Izat.. Best juga dengar kamera ni. Tak pa selesai semua pkjang cari.
alizarin.. tunggu saya nanti snap senyap-senyap time dia bercakap dengan leman
Post a Comment