Teman-teman

Tuesday, October 13, 2009

Anak Toyol Tak Takut Rupanya

Aku baru selesai pulang dari mendengar ceramah tentang kejadian gempa di Padang. Jam di tangan menunjukkan pukul 11.30 malam. Dalam keadaan hujan yang turun renyai-renyai aku kesejukan membawa motosikal. Ah..motor ni pula buat hal. Macam mana lampu depan boleh terbakar. Terpaksa aku membawanya dengan berhati-hati maklum sajalah dalam kampung keadaannya gelap disesetengah tempat.

Aku sampai diperkarangan rumah. Tiba-tiba aku terkejut bila seorang budak tercegat didepan aku dalam keadaan bogel. Dalam keadaan perkarangan rumahku yang suram aku begitu tersentak dengan terjahan ini. Aku baca ayat-ayat suci Al-Quran lalu aku hembus kepada budak itu. Tak lut rupanya lalu aku baca dan hembus sekali lagi. Toyol itu masih lagi tercegat memerhati aku. Aku up lagi ayat suci Al-Quran dan perkara yang sama aku lakukan. Astaghfirullah Hal Azim. Aku dah berpeluh bila ayat-ayat Al-Quran yang aku hembus tak menjadi. Selalunya kalau begini sekali hembus saja dah hilang makhluk. Ini tidak sitoyol begitu berani berdiri didepan aku.

Ini bermakna aku dalam masalah ni. Aku tak tahu nak buat apa-apa sekarang. Aku hanya tercegat menanti toyol ini pergi. Tiba-tiba aku terdengar suara seseorang, " Fikri balik rumah. Dok merayau-rayau malam-malam buat apa ". Budak itu bila mendengar tok wannya memanggil terus berlari kearah tok wannya. " Haa.. Budiman hang gempaq sikit budak ni. Suka sangat merayau malam-malam ".

Rupanya bukan aku yang kejut si toyol ni tapi dia yang kejut aku dulu. Aku cerita kepada isteriku. Ketawa dia bila mendengar macam mana aku berpeluh berhadapan dengan si toyol yang aku sangkakan. Ketika aku sendirian aku berfikir kembali tentang kejadian yang baru menimpa aku. Mungkin Allah nak mendidik aku sesuatu. Selalunya aku berkata kepada anak dan isteriku supaya jangan takut dengan makhluk halus ini. Tak ada apa. Kini bukan makhluk halus yang aku berhadapan tetapi seorang budak kecil yang tidak tahu apa-apa telah mengajar aku.

Kini baru aku tahu mungkin selama ini aku tidak menyedari bahawa dalam hati kecilku masih ada segelumit perasaan bangga diri dengan anugerah yang tak seberapa. Aku sering berkata takut apa dengan hantu, makhluk halus dan bermacam-macam lagi. Baru aku berhadapan dengan budak kecil saja aku dah berpeluh dan menggelabah. Sebagai hambanya aku hanya mampu memohon ampun diatas ketelanjuranku. Tidak ada yang paling hebat melainkan Allah. Tidak ada yang paling kaya melainkan Allah. Manusia adalah hambanya yang lemah. Itulah aku..Warna Nostalgia.

Keesokan harinya pula kereta baruku berselisih dengan unser yang membuatkan keretaku calar sedikit. Frust sungguh bila melihat kesan calar itu. Setelah melihat aku termenung sambil melihat akan calar kereta, isteriku menghampiriku lalu berkata, " Tak apa bang sedikit saja calar tu. Syukurlah hati abang tidak calar ". Aku memandang tepat muka isteriku tanpa berkata apa-apa. Disangkanya aku marah akan tegurannya lalu dia meminta maaf. " Tak abang tak marah malah ucapkan terima kasih kerana mengingatkan abang ".

Teringat aku bila mesyuarat surau yang lepas aku berkata akan berhenti dari terus menjadi setiausaha surau walaupun semuanya tidak bersetuju. Aku kecewa dengan sikap segelintir masyarakat yang begitu hipokrit dan akhirnya isteriku yang menjadi mangsa keadaan. Kedua-dua insiden ini penuh dengan pengajaran bagiku. Adakah akhir-akhir ini aku begitu jauh dengan Allah. Semoga mendapat iktibar dari pembaca semua

5 comments:

Kakcik Seroja said...

kita ada insan yang serba lemah.. tiada yang lebih Tahu selain Dia.. Dia mendidik kita dengan cara yang kita tak jangka...

Bearcat said...

Hehehe lawak pulak entri Paknjang kali ni.
Nasib baik 'toyol' tu tak mintak duit raya....

kuina said...

inilah kehidupan namanya..

... >> toyol jadian tu merayap malam2...

Maiyah said...

mintak ler duit raya kat toyol tu ekeke

spy said...

bila wn minta nasihat spy ingin beri sikit-sikit nasihat w/pun spy sendiri kena dinasihati.

kan wn ada jamaah..perkuatkan diri dgn jamaah dgn maksud aktivitinya..usrah,tamrin,qiam dsbgainya..kalau diikuti betul-btul dia boleh up balik..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...