Teman-teman

Monday, October 26, 2009

Ayah..Kakak Lulus Ujian Memandu

Anakku Siti Zinnirah pulang ke Sungai Petani. Katanya nak menduduki ujian memandu. Aku sebagai ayah yang merasa tak senang hati. Apa tidaknya. Semasa arwah emak ada bersama sudah beberapa kali ujian undang-undangnya telah gagal sehinggakan dia merajuk tak mahu dah ambil ujian di Penang. Emaknya terpaksa memujuk dengan kata-kata semangat. Aku masih ingat lagi ketika emaknya memujuk setelah gagal undang-undang kali pertama, " Kakak..gagal sekali bukan bermakna akan gagal seterusnya. Ambil lagi ujian. Insyaallah emak & ayah akan sentiasa berdoa ". Begitulah setiap kali gagal siemak pasti akan memujuk anaknya. Akhirnya anakku mengambil keputusan yang dia akan mengambil di Sungai Petani. Sekali lagi ujian menimpanya. Emaknya telah pergi buat selama-lamanya. Akulah pula sebagai pengganti emaknya. Nasihat yang sama juga aku berikan agar kedua-dua anakku berjaya sedangkan aku sendiri ketika itu perlukan kawan yang dapat mendamaikan hati aku. Akhirnya dia berjaya dalam ujian undang-undangnya. Gembira sungguh dia. Di rumah aku hanya mampu berkata, " Siti..... Zinnirah telah berjaya ujian undang-undang ". Namun tiada jawapan. Rumah sunyi sepi.

Hari ini dia mengambil pula ujian memandu. Aku ditempat kerja menjadi gelisah. Apa pula berita kali ini. Talipon berbunyi, " Assalamualaikum ayah.. Kakak lulus ujian memandu ". Alhamdulillah syukur kepada Allah dan lagi sekali aku berkata, " Siti...Zinnirah telah lulus ujian memandu ". Namun aku tetap juga bercakap seorang diri. Akhirnya aku talipon isteriku yang juga mengetahui bahawa Zinnirah akan memduduki ujian memandu. " Syukur bang Zinnirah telah lulus. Jadi macam mana dengan janji abang kalau dia lulus ".

Teringat akan janji aku pada anakku, " Kakak kalau lulus ujian memandu dan dapat buat praktikal di Penang atau Sungai Petani, ayah akan beli kereta ". Apalagi gembira sungguh dia bila mendengar akan janji seorang ayah. Aku berkata pada isteriku, " Insyaallah janji itu akan dipenuhi samada membeli kereta terpakai atau dipinjamkan dulu kereta abang selama 3 bulan praktikal ". Dulu waktu arwah isteriku nak belajar kereta macam-macam dugaan yang datang. Bila nak daftar anak-anak pula memerlukan wang untuk pelajaran mereka. Jadi terpaksa diutamakan yang perlu dahulu. Habis wang dikumpulnya semula. Bila nak daftar pula mesin jahitnya rosak. Terpaksa beli yang baru. Pernah keluargaku marah sebab tidak menggalakkan isteriku belajar memandu. Kata mereka senang kalau terjadi apa-apa tak payahlah menunggu aku pulang. Aku hanya mendiamkan diri sebab mereka tidak tahu apa yang terjadi sebenarnya.


Gambar hiasan ketika menunggu sesi ujian memandu yang diceduk dari internet

6 comments:

Kakcik Seroja said...

Jangan jadi macam kakcik, ada lesen.. diperbaharui saban tahun, tapi tak memandu...

pulasan007 said...

uih..dapat keta..bes2

Guru said...

assalammualaikum

best baru2 tau bawak kereta...siang malam nak bawak kereta..
sekarang ni, jadi bos sekali sekala, orang lain jadi drebar best gak

spy said...

wah hebat ayah mcm ni..sekali janji beli kereta..tu baru lulus ujian memandu..

hang ni kadang2 aku tengok lebih2..ala kadar la janji tu

scr said...

wahhhhhhhhh....dahsyat2....

Ariff Budiman said...

kakcikseroja...Betul kak cik. Kereta ni kena kerap dibawa. Nanti jadi takut pula.

pulasan007...Minta la dekat ayah kalau jadi DR

a kl citizen..Kadang-kadang kita duduk sebelah rasa seronok pula. Kadang-kadang jadi rimas pula.

spy.. He he hang relax la spy. Eksen saja. Betoi juga kata hang no. Terima kasih la no.

scr..Kinah lain kali kalau test kereta tanya tester dulu berapa laju saya boleh bawa he he. Sabaq la. Periksa dulu. Lepas ni ambik test lagi sekali. Insyaallah Avanza dok tunggu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...