Tempat kerja aku di Juru, dipenuhi dengan binatang dan reptilia. Pernah aku cerita dulu aku dikejar oleh babi hutan, direnung oleh boy dan leman iaitu si kerbau. Spesis burng yang banyak. Kalau la aku peminat burung sudah lama aku bela sebab pengawal keselamatan yang bertugas telah memasang pukat. Setiap hari pasti ada burung tekukur, merbuk dan murai tersangkut dipukat.
" En Ariff nak ka burung merbuk ".
" Terima kasih. Saya tak minat dengan burung ". Aku dah berjanji dengan diri sendiri bahawa aku tidak mahu lagi menganiaya burung. Seperti biasa setiap hari aku akan melakukan rutin checkup diluar. Aku sendiri tidak perasan didepan aku adalah seekor ular tedung selar. Ingatkan kabel yang tak digunakan lagi. Lama kelaman barulah perasan yang kabel itu bergerak. Apalagi terkejut beruk aku bila melihat didepan, dia dah panggung kepala.
Akibat tergamam aku berkata, " Sorry kalau hang syaitan pergilah dari sini. Kalau hang ular jangan dok kacau aku. Aku hanya tumpang lalu untuk buat kerja ". Anehnya ular itu terus pergi dari situ. Bila pulang aku cerita dekat isteri. Tertawa dia bila mendengar,
" Abang cakap bahasa Penang dekat dia ".
" Ya la dah dia tinggal di Penang. Sebenarnya abang tergamam dan tak tahu nak kata apa-apa. Terus abang ucap lagu tu la ".
Pernah bila waktu petang sedang aku duduk ditangga luar, seekor ular sawa membuat lintas hormat didepan aku. Besar juga. Terus dia masuk dalam longkang. Biawak pula ada sebesar paha. Kira kerja di Juru ni penuh dengan pemandangan yang luar biasa.
9 comments:
btoi ka menantang bumi tu?hehe
hahaha...nasibla...slamat dia lari...
kot dia lari panggil geng ka..haa,tu kacau
Salam Ziarah, Rencah kehidupan banyak yang ditemui...banyaklah ceritanya...Ular tu takut juga...pas tu lari la...
Dulu hari hari dok menyeberang dari Seberang Jaya ke Pulau Pinang.
Masa tu dok kat Sungai Petani tapi kerja kat GelugoQ , PG.
assalammualaikum
memang binatang ni pahamlah cakap2 kita ni kan... kita je yang tak faham diorang
aah kan mqdad....haha...slamat pakjang pun lari dah...kalo x, tak pasai...abeh kluaq bahsa jawa wali songo trus...kekeke
nasib baik ular tu hormat hehee
hmm..cantik tempat kerja en. diman rasa begitu tenang dan damai..
ada kerja kosong utk zai tak ? zai pandai buat teh tarik ...hahaha
Post a Comment