Teman-teman

Friday, March 05, 2010

Allah Uji aku Lebih Awal

Aku bergerak perlahan ke masjid untuk menunaikan fardhu Jumaat. Keadaan amat terik. Suhu meningkat ke 39.5 C. Sambil menunggu sebelum azan aku memikirkan bagaimana keadaan di bumi Mekah. Beberapa orang yang aku temui mengatakan disana cuaca amat panas. Kena hadapi dugaan dengan sabar. Mendengar perkataan dugaan pun aku dah kecut. Aku hampir tewas dengan dugaan yang lepas. Sambil mengelamun jauh kelihatan beberapa orang jemaah sedang membawa pisang untuk disedekahkan kepada jemaah yang datang. Seorang pakcik membawa pula bungkusan pisang. Begitu banyak pisang yang disedekahkan pada hari Jumaat. Boleh dikatakan kebanyakan masjid pada setiap hari Jumaat ada saja orang yang sedekah pisang. Pakcik mempelawa aku pisang tapi aku memberi alasan selesai Jumaat baru aku makannya. Hari ini Tok khatib hanya memfokuskan mengenai menggerakkan jari ketika tashahud. Katanya mereka yang menggerakkan jari, ia bukan perbuatan sunnah Rasulullah. Dari awal hingga akhir hanya memfokuskan isu menggerakkan jari. Akhirnya mata aku tak mampu dibuka lagi akibat keletihan bertugas 16 jam.


Selesai aku mengerjakan solat Jumaat aku bergegas mencari pisang yang begitu banyak tadi. Akhirnya aku mendapati pisang tadi hanya bertukar tinggal kulit saja. Rupanya tak ada rezeki untuk aku. Aku keluar masjid tapi kelihatan kasut yang aku pakai tadi sudah tiada. Hai kemana hilangnya kasut yang baru dibeli. Setelah aku mencarinya ternyata dia sudah bertukar kaki. Sambil memakai uniform TNB aku begitu gagah menaiki motorsikal tanpa memakai selipar. Sesiapa yang melihat aku pasti tersenyum melihat aku beruniform kemas tapi tiada kasut. Keadaan tar begitu panas. Aku terhincut-hincut memijak tar mencari kasut untuk dibeli.

Akhirnya aku tak mampu memijak tar lagi akbat begitu panas. Akhirnya aku hanya bertempik dari luar kedai, " Tauke ada kasut selipar ka ". Dari satu kedai ke kadai yang lain itulah ayat yang aku guna. Akhirnya dapat juga aku berjumpa kedai yang menjual kasut selipar. Tergelak tauke cina melihat aku tanpa selipar, " Itu masjid kerap hilang kasut. Hari Jumaat pasti ada orang cari kasut baru sini. Dia orang datang pakai kasut lama, bila pulang mereka akan menyarung kasut yang baru ". Begitu rupanya tanggapan mereka terhadap kehilangan kasut di masjid itu. Padaku begitu awal Allah menguji kesabaranku. Entah apa pula akan berlaku hari mendatang. Insyaallah kalau tiada halangan aku dan isteri akan mengerjakan umrah pada 6 - 16 Mei 2010. Tak sabar menanti saatnya.

Dalam doaku tidak pernah aku lupa merayu agar diperlihatkan kepadaku arwah Siti Aishah disana. Begitu rindu aku padanya. Pemergianya begitu pantas. Tiba-tiba saja dia sudah tiada disisku walaupun aku tahu Allah telah memberi pengganti kepadaku tetapi sebagai naluri manusia kerinduan itu tidak pernah terpadam dikotak hatiku. Aku akan terus berdoa diasana agar aku dan Siti Aishah dipertemukan. Apakah mungkin doaku akan Allah makbulkan...entah tapi aku akan doa dan terus berdoa tanpa rasa jemu. Ya Allah perkenankan permintaanku ini.

6 comments:

Guru said...

tak lama dah nak ke sana tu ya...
semoga mudah segala urusan

rozie yuzaila yusof said...

salam~
saya selalu mengikuti blog ini. Cuma nasihat sedikit dari saya yang serba kekurangan ini....jangan dengar sangat cakap-cakap orang yang pernah pergi ke mekah. Urusan dunia ini, ke mekah atau kemana sahaja hanya untuk mendapat redha Allah. Mohon doa selalu agar Allah permudahkan urusan dunia dan akhirat dan ketika di mekah nanti.... pengalaman manusia berbeza-beza.

Ariff Budiman said...

a kl citizen...Itulah harapan saya semoga Allah permudahkan

rozie yuzaila yusof.. Terima kasih diatas nasihat yang diberikan. Insyaallah lepas ni akan lebih berhati-hati

pecinta_Islam said...

siapa kah itu arwah siti aishah..istri tuan kah?hmm..muga tuan diketemukan dengan siti aishah di syurga kelak.insyarallah..

saya pernah mendengar cerita oleh seorang ustaz..yang mana dosa akan dihintung walaupun sebesar zarah..

pertamanya saya memuji sikap tuan.apabila kasut diambil orang maka tuan tidak pula mengambil hak orang lain pula(selipar)..Sesunggunnya kita akan bertanggungjawab jika kita mengambil hak orang lain.cuba bayangkan jika kita ambil hak orng lain kemudian kita tak dapat bertemu dah dengan dia..bagaimanakah kita akan menebus kesalahan kita itu dngnnya.sesunggunnya kesalahan dengan Allah boleh diampunkan Allah jika benar2 bertaubat,namun kesalahan sesama manusia ini maka si mangsa lah yang ada hak keatasnya samada nk maafkan atau sebaliknya..

dan saya juga berharap muga tuan memaafkan orang yang mungkin tersalah ambil atau sengaja ambil kasut tuan tu..bukan apa,saya fikir dia ni kira baik la jgk sbb pergi solat jumaat.cuma mungkin ilmu dan amal dia tak cukup maka dia buat bnda yang tak patut kepada orang lain.saya takut suatu hari nanti dia benar2 bertaubat dan beriman kepada Allah tetapi tuan masih tak maafkan kesalahan dia terhadap tuan tu..cuba bayangkan betapa azabnya dia kena api neraka Allah kelak..

sesungguhnya kita mengerti tiada istilah neraka yang tak azab..mohon sngt2 muga tuan maafkn dia atas sbb persaudaraan sesama islam..kalau boleh kita tak nak saudara seagama kita masuk neraka.apalah sngt memaafkan dia sbb mencuri kasut tuan berbanding dengan membiarkan dia kena azab api neraka yang sangat teruk jika tuan tak maafkan dia.jika fikir begitu,dan fikir juga mungkin dia akan bertaubat kelak,maka saya rasa kesian sngt2 kat dia kalau tidak dimaafkan akan kesalahan dia ni yg saya fikir masih kecil dan masih boleh dimaafkan lg..kerana jika tuan tak maafkan dia,maka sealim mana pun dia nanti,sewarak mana pun dia nanti,sehebat mana pun iman nye kelak,tetapi dia tetap akan diazab diakhirat kelak,diazab kerana mengambil hak tuan..pohon dimaafkan dosa sesama islam..

salam persaudaraan dari saya

IdaAnuar said...

moga mudah segala urusan di sana. ini lah hidup bang sering teruji...

Ariff Budiman said...

syahbandar87... arwah Siti Aishah adalah siteri saya. Tuan boleh membacanya ceritanya di tahun 2008. Insyaallah tidak terniat dihati saya untuk mengutuk orang yang mengambil kasut saya. Pada saya mungkin dia tersilap ambil dan saya telah memaafkannya. Itulah ujian dari Allah kepada saya. Kata anak saya baru kecil baru tu. Terima kasih kerana mengingatkan saya

Ida.. Seseorang itu akan pasti diuji dan ujian itu akan datang dalam bentuk yang berbagai

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...