Teman-teman

Wednesday, June 09, 2010

Catatan Umrah - 06 - Umrah buat Siti Aishah

Azan subuh sudah kedengaran. aku terkejut dari tidur. Rakanku berdua sudah pergi ke masjid. Badanku pula tersa begitu sakit dan letih. Aku gagahi juga untuk ke masjid. Aku berjalan perlahan-lahan akibat demam. Hari ini aku akan melaksanakan umrah untuk arwah Siti Aishah. Tiba didepan Masjidil Maram kelihatan begitu ramai orang berpusu-pusu memasuki masjid. Aku mengambil keputusan untuk menaiki escalator menuju ketingkat atas. Alhamdulillah jemaah tidak ramai diatas. Aku sempat melihat kebawah. Begitu ramai orang didataran kaabah. Selesai solat subuh aku bangun lalu kedepan sambil berdoa didepan kaabah kepada Allah. Dengan airmata berlinangan tanpa mengira orang dikiri kananku, aku berdoa agar Allah kuatkan semangatku dan yang paling aku hajati ialah keinginanku untuk melihat Siti Aishah. Aku meratap hiba sehingga aku tidak menyedari tok arab sebelahku mengurut belakangku sambil mengaminkan doaku. Entah kenapa ya dia bertindak demikian. Selesai berdoa aku melihat dia terus berlalu tanpa berkata apa-apa.



Manuskrip salinan Al - Quran tulisan tangan

Setelah mengambil sarapan pagi, kami bersiap dengan pakaian ihram. Kami akan ke muzium haramain dahulu. Muzium yang menyimpan barangan lama kaabah yang dibina pada tahun 65 H. Banyak yang diletakkan didalam cermin. Setelah diberi penerangan kami terpaksa keluar sebab ada group lain pula menanti. Pihak muzium tidak memberi kebenaran semuanya masuk sekali. Setiap group diberi masa tertentu berada didalam muzium. Aku hanya melihat-lihat saja. Tidak ada mood nak merayau dtempat lain. Badan amat sakit sekali.


Susu unta dimasukkan kedalam botol dan dijual sebanyak 5 riyal

Seterusnya kami menuju keladang unta. Semasa dalam bas untaz berkata yang unta ini amat sensitif. Jadi jangan dimaki atau herdik unta. Pernah terjadi semasa musim haji seorang jemaah mengherdik unta dengan berkata unta itu hodoh dan busuk. Akhirnya unta itu menggigit leher jemaah haji itu. Entahlah aku sendiri pun tak pasti. Dah dengar jadi buat baik sudah la. Kami sampai diladang unta. Unta tu ada la dalam 10 ekor. Sempat membeli susu unta yang dijual sebanyak 5 riyal. Kata ustaz susu unta panas. Bila aku minum badan bertambah panas lagi. Setelah bergambar aku ajak isteri masuk kedalam bas. Rasa letih yang amat sangat.


Unta kata selamat datang haji dan hajjah semua

Kami bertolak untuk ke masjid Jaranah. Disitu kami akan miqat sekali lagi dan bertolak ke Mekah. Setelah solat 2 rakaat kami berangkat ke Mekah. Ketika memasuki Masjidil Haram aku dapat merasakan yang badan aku macam tak mampu nak melangkah lagi. Terlalu letih. Isteriku memimpinku. Kami berjalan perlahan-lahan. Dia nampak risau akan keadaanku. Semasa tawaf kami mengambil jalan jauh. Takut untuk bersesak-sesak dengan keadaan badanku yang demam. Alhamdulillah kami dapat melaksanakan tawaf 7 pusingan. Kami terus kebelakang maqam ibrahim untuk menunaikan solat sunat 2 rakaat. Setelah selesai solat aku terus berdoa. Disinilah terjadi suatu perkara yang menakutkan aku. ketika aku berdoa, " Ya Allah ampunkanlah dosaku. Aku datang kepada dengan niat yang tidak baik. Niatku hanya untuk bertemu Siti Aishah tetapi sepatutnya aku datang untuk beribadah kepadaMU. Ampunkan dosaku Ya Allah. Ya Allah andaikata tiba ajalku, matikanlah aku dalam islam ".


Demam pun sempat lagi posing dekat unta

Ketika itulah aku dapat merasa jantungku bergerak kencang dan tiba-tiba terhenti. Aku terasa lembik dan sempat paling kebelakang. Aku melihat isteriku begitu khusyuk berdoa. Badanku semakin lemah. Aku melayang-layang dan dapat melihat jemaah yang sedang melakukan tawaf dan berdoa. Suara mereka semakin jauh.Tiba-tiba aku terbayang wajah kedua-dua anakku lalu aku berdoa agar Allah panjang umurku untuk membesarkan mereka. Disitulah juga aku merayu buat kali yang terakhir dan aku tidak akan meminta lagi kepada Allah. Aku minta agar dapat berjumpa dengan Siti Aishah. Alhamdulillah aku stabil kembali dan terus mendapatkan isteriku. Terkejut isteriku melihat perubahanku. Aku berjalan begitu lemah sekali. Akhirnya dia menyarankan agar aku menaiki kerusi roda semasa saie. Aku terima pendapatnya. Setelah membayar sebanyak 50 riyal pak arab menolak aku dengan laju sekali. Ketika menaiki Marwah tok arab dah tak kuat lagi sebab ke bukit marwah ia menaik.


Selesai buat umrah untuk arwah pasangan masing-masing

Aku kasihan dengan tok arab lalu aku tarik tebing tembok dengan tanganku. Marah tok arab sebab itu kerjanya. Bila selesai 7 pusingan aku memotong rambut dan meminta dia menolak aku ke tong sampah. Tapi dia suruh aku bangun sendiri. Bila aku dah selesai buang rambut dalam tong sampah dan bila aku pandang belakang tok arab dah hilang. Terpaksa tunggu isteriku selesai baru kami pulang bersama. Badanku tak dapat nak bertahan lagi. Akhirnya aku terpaksa sembahyang didalam hotel dan tak dapat berjemaah di masjid. Akibat keletihan aku tertidur. Dalam tidur itulah aku bermimpi akan Siti Aishah. Sungguh cantik dan bercahaya dia dengan pakaian ihram. Aku menangis ingin memeluknya. Dia jauh dari aku. Aku dapat mendengar suaranya, " Abang jagalah kesihatan ".

Aku terjaga dari tidur. Jam hampir masuk waktu subuh. Setelah bersihkan diri aku terus ke masjid. Aku berdoa dan bersyukur kepada Allah sekurang-kurangnya Allah mendengar permintaan aku. Walaupun ia mainan tidur tapi sudah cukup bagiku sebab sudah lama aku tidak bermimpi akan Siti Aishah. Aku merasa puas dapat menatap wajah yang setahun lebih meninggalkan aku dan anak-anak. Hari itu badanku terasa kurang sedikit dan aku nampak ceria sekali. Petang itu aku habiskan masa lagi dengan isteri shoping dan makan aiskrim arab. Isteriku pun nampak gembira melihat keadaan aku. Katanya dia takut bila melihat keadaanku semasa didataran kaabah. Aku ceritakan kepadanya apa yang berlaku. Terdiam dia sebab aku katakan kalau tidak dia akan pulang ke Malysia seorang diri. Dia tidak berkata apa. Hanya nampak kesedihan yang amat sangat bila aku ucapkan demikian. Syukur Ya Allah walau hanya seketika saja dan aku berjanji tidak akan berdoa begitu lagi. Aku kini dimiliki orang lain. Semoga Allah terima umrahku untuk Siti Aishah. Amin......

2 comments:

hentian said...

kehidupan masih panjang n berliku. ingat lagi lirik 'antara 2 cinta'?

hargailah apa yang masih ada di tangan!

Ariff Budiman said...

Terima kasih Abu. Aku kini berpijak di bumi yang nyata

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...