Teman-teman

Friday, June 18, 2010

Catatan Umrah - Episod Akhir

Ini merupakan catatan terakhirku tentang perjalanan umrah. kami diberi dua hari waktu untuk melakukan aktiviti sendiri. Aku dan isteriku seperti biasa kami banyak melakukan tawaf sunat manakala ada sesetengah jemaah melakukan umrah sendiri. Semuanya dah tahu akan caranya. Ada yang dah botak kepalanya selepas bercukur. Aku ada niat nak botakkan kepala tapi isteriku berkata, " Ala tak elok la abang botak kepala. Tapi terpulang dekat abang ". Akhirnya aku ambil keputusan untuk tidak botakkan kepala. cukuplah syarat sebanyak 3 helai rambut dipotong selesai mengerjakan saie. Kami masih sempat lagi shoping setelah selesai melakukan tawaf sunat. Marah tok arab bila isteri aku tawar menawar. Walaupun dapat murah dia berkata dekat, " Haji punya isteri kedekut. Orang Malaysia kedekut ". Aku pula berkata, " Ala benda ini murah saja kenalah tawar ".

Gambar setelah selesai melakukan tawaf Wida sebelum pulang ke tanah air

Marah juga dia bila aku berkata demikian. " Haji banyak gumuk. Isteri kurus ". Sambil menunjuk isyarat kurus kepada isteriku. Akhirnya aku keluar terus dari kedai sambil menarik tangan isteriku. Bukan marah sebab dia kata aku gemuk tapi sengaja aku nak bergurau. Terkejut tok arab tu bila aku berbuat demikian. " Haji..haji ada lagi murah-murah ". Cepat-cepat dia mempelawa aku. " Awak kata saya gemuk. Sebab tu saya tak mahu beli kedai awak. Banyak kedai ada lagi ". Sengaja aku berkata demikian. " Tak-tak haji walau gumuk tapi banyak handsome ". Tertawa gelihati isteriku bila dia berkata demikian. Akhirnya sengaja aku beli beg dikedai depannya. Melopong tok arab tu. " Abang boleh buat macam tu dekat tok arab. Kesian dekat dia ".


Memperolehi air zam-zam sebanyak 10 liter seorang

Setelah dua hari kami tawaf dan shoping akhirnya sudah cukup untuk dibawa pulang. Entah kenapa aku terpandang talipon bimbit Nokia E66 yang mempunyai 2 simcard buatan China. Sebiji macam original. Setelah membuat tawar menawar akhirnya aku dapat dengan harga sebayak 220 riyal. Di Malaysia harganya dalam RM1000. Aku hadiah kepada isteriku sempena hari jadinya pada 20 Jun. Tersenyum sambil mengucapkan terima kasih kepadaku sebab menghadiahkan talipon kepadanya. Katanya talipon ini akan diguna dan jikalau rosak akan disimpan sebagai kenangan beli di Mekah.


Shoping lagi. Macam-macam dibeli untuk dibawa pulang

Hari berikutnya merupakan program ziarah terakhir dan melakukan umrah ketiga dan akan bermiqat dimasjid Hudaibiah. Sebelum ke masjid kami ke jabal Rahmah iaitu tempat pertemuan Nabi Adam dan Hawa setelah beratus tahun terpisah dari syurga dan diturun ke bumi. Sampainya kami disana kelihatan unta-unta dihias dengan begitu cantik sekali. Bila kami turun saja dari bas maka diserbunya offer untuk menaiki unta. Rimas rasanya bila diserbu begitu. Aku dan isteri hanya berjalan-jalan melihat dan membeli jualan ditepi jalan. Memang murah sangat. Diatas bukit begitu ramai orang. Bukit itu dikatakan tempat berdoa untuk mencari jodoh. Pernah terjadi seorang suami berdoa sementara isterinya mengaminkan doa tersebut. Sisuami berdoa agar dapat berkahwin seorang lagi. Bila suaminya berkahwin dua maka marah siisteri tidak setuju. Sisuami mengingatkan kembali akan doa yang diaminkan oleh isterinya semasa di Jabal Rahmah. Sisuami berdoa agar dapat berkahwin seorang lagi. Jadi kaum wanita berhati-hatilah ketika mengaminkan doa suami. Suruh suami baca doa kuat-kuat.

Teh Arab yang dipesan oleh makcik-makcik

Selesai ziarah kami bertolak ke masjid Hudaibiah untuk bermiqat umrah. Aku tertarik dengan runtuhan tapak asal masjid Hudaibiah. Dinilah Rasulullah bermesyuarat dengan para sahabat untuk melaksanakan perjanjian Hudaibiah. Perjanjian selama sepuluh tahun yang memboleh rasulullah dan para sahabat memasuki Masjidil haram tanpa sekatan. Perjanjian yang berbunyi,
“ Dengan nama-Mu, Ya Allah. Ini adalah perjanjian antara Muhammad bin Abdullah dengan Suhail bin Amr. Keduanya sepakat mengadakan gencatan senjata selama 10 tahun. Semua orang boleh merasakan keamanan dan tidak boleh saling menyerang. Barangsiapa yang datang dari Quraisy kepada Muhammad tanpa seizin walinya, ia harus dikembalikan. Barangsiapa datang dari Muhammad kepada Quraisy, maka ia tidak harus dikembalikan. Mereka tidak saling menawan. Barangsiapa menghendaki turut bersekutu dengan Muhammad, maka diperbolehkan. Barangsiapa menghendaki turut bersekutu dengan Quraisy, maka diperbolehkan.”


Jabal Rahmah. Tempat pertemuan Nabi Adam dan Hawa setelah dikeluarkan dari syurga

Setelah selesai kami terus pulang untuk melakukan umrah. Aku dan isteri mengambil keputusan untuk melakukan tawaf sahaja memandang aku belum sihat sepenuhnya. Jalan masih terhincut-hincut. Selesai melakukan tawaf aku tercari-cari tempat aku meletakkan kasut. Macam mana boleh lupa. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk pulang dengan berkaki ayam saja. ketika aku melangkah keluar masjidil haram dengan cuaca mencecah 49 degree celcius yang tertera di digital cuaca diluar masjidil haram. Begitu panas sekali tiles. Aku terhincut-hincut kepanasan tak tentu arah akibat tidak tahan dengan kepanasan tiles. Akhirnya aku terpandang tempat luggage untuk simpan barang-barang terus aku menuju kedalam. Barulah terasa sejuk tapak kaki sebab ada air cond. Setelah yakin tempat yang dituju dekat aku melangkah keluar. " Ya Allah... " Aku terjerit-jerit dalam hati. Rupanya tiles ini lagi panas. Aku seperti cacing kepanasan. Isteriku panik juga melihat keadaan aku. Tok arab dari jauh hanya mampu berkata, " Allah..Allah haji " sambil melambai aku kesana. Akhirnya aku melompat terus diatas tembok akibat tidak tahan dengan panas. Aku berkata kepada isteri. Bergenang airmataku bila menceritakan keadaan.
" Macam mana abang boleh tahan dengan api neraka kalau kepanasan yang ini baru 49 darjah manakala dineraka berapa kali ganda ".

Tapak masjid Hudaibiah. Disinilah berlakunya Rasulullah bermesyuarat dengan para sahabat untuk membuat perjanjian Hudaibiah

Diluar wanita arab sedang melambai menunjukkan kasut selipar. Akhirnya terpaksa juga aku membeli dengan harga 5 riyal sedangkan pada waktu subuh hanya 2 riyal saja. Setelah 10 hari berada di Madinah dan Mekah maka tibalah masanya kami untuk pulang ke tanah air. Setelah menurunkan beg pakaian dan lain-lain lagi, kami bergerak ke Masjidil haram untuk melakukan tawaf wida atau selamat tinggal. Aku begitu sayu bila berdoa delakang maqam Ibrahim. Terlalu sedih untuk meninggalkan bumi Mekah. Aku berdoa agar Allah menjemput kembali kami kesini untuk menunaikan ibadah haji pula.

Rakanku Zabri dan Rizal bergambar setelah selesai tawaf Wida

Setelah semua berada didalam bas kami menuju ke lapangan terbang Jeddah. Airmataku mengalir sayu meninggalkan tanah haram. Didalam bas fikiran masih melayang teringat akan pengalaman semasa di Madinah dan Mekah. Akhirnya kami tiba di Jeddah dan kelihatan juga begitu ramai umat islam dari Patani dan Indonesia sedang beratur untuk pulang ketanah air masing-masing. Akhirnya kapal terbang MAS meluncur laju meninggalkan bumi Jeddah dan selama 8 jam pula kami berada didalam pesawat menuju KLIA. Sudah 11 hari kami meninggalkan bumi Malaysia. Akhirnya kami tiba di KLIA dan menukar kapal terbang menuju ke Lapangan terbang Bayan Lepas. Tiba di Bayan Lepas kelihatan keluarga masing-masing sudah menunggu. Setelah menunggu barang yang diletakkan dalam kargo, akhirnya aku dapati sebuah beg aku hilang.

Unta berhias. Offer naik unta sebanyak 10 riyal

Aku terus membuat repot di pejabat MAS. Keesokkan harinya aku menerima panggilan talipon dari pihak MAS mengatakan beg aku telah sampai di Penang setelah tercicir di Jeddah. Setelah diperiksa dalam beg tersebut didapati ada kehilangan beg yang isteriku beli sebanyak 20 riyal. Aku pun dapat bayang akan beg yang cantik itu. Mungkin telah dicuri sebab beg itu dizip dengan baik. Akhirnya pihak TH Travel bertanya samada aku hendak membuat repot atau tidak tentang kehilangan beg tersebut. Aku dan isteri bersepakat yang kami halalkan saja kalau diambil orang. Bukan rezeki isteriku rupanya. Seminggu aku tidur bermimpikan Madinah dan Mekah. Terasa begitu syahdu bila melihat kembali gambar-gambar yang ditangkap. Tadi sebelum Jumaat aku cerita kepada isteri yang semalam aku bermimpi kami berdua sedang melakukan tawaf tanpa ada sesiapa disana. Terasa begitu senang tawaf. Tertawa isteriku bila aku cerita begitu. Katanya itu tanda Allah hendak jemput pula tu. Insyaallah ada rezeki kami datang kembali. Kepada pembaca semua kalau ada rezeki pergilah ke Madinah dan Mekah dahulu. Tidak rugi.........

2 comments:

فأيزنوريزا محمد ڨوزي said...

seronok membaca pengalaman umrah saudara...sya jg telah berkesempatan menunaikan umrah pd bln april yg lalu...suatu pengalaman yg sukar digmbrkn dgn kata-kata...

Ariff Budiman said...

Alhamdulillah. Rasa macam nak pergi lagi. Rindu sungguh ya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...