Teman-teman

Thursday, June 24, 2010

Hobi Ku Berubah

Pada zaman remaja sehinggalah perkahwinanku dengan arwah Siti Aishah, jala dan pancing tidak dapat aku pisahkan. Kalau cuti saja aku pasti akan mengajak arwah isteri menemaniku. Aku tidak suka pergi bersendirian. Kadang-kadang kami akan membawa bekal dan menghabiskan masa ditepi pantai jikalau tiada program lain. Kini sudah melebihi setahun Siti Aishah pergi. Perginya dia dengan membawa sekali hobi lampauku. Aku cuba mencari ruang kembali untuk menghidupkan kembali aktiviti lampau. Namun hatiku tidak seceria dulu. Kini jala dan pancing aku simpan saja. Tunggulah mungkin satu hari nanti hatiku tergerak kembali dengan hobi lampauku. Kini muncul pula hobi baruku iaitu suka mengambil gambar. Pertama kali aku membeli kamera digital ialah jenama canon. Entah kenapa kamera itu rosak. Aku membeli kamera digital yang baru pula jenama Olympus. Baru-baru ini rosak lagi. Aku kekedai untuk dibaik pulih. Setelah dihantar ketempat servis aku menerima panggilan talipon dari pusat servis mengatakan yang kamera aku perlu dibaiki dan kosnya sebanyak RM220.

Jala dan rod pancing yang dilupai.

Aku melupakan saja hasrat untuk membaikinya sebab kamera baru pun berharg RM500 lebih dengan megapixelnya yang lebih tinggi. Baru-baru aku dan isteri sengaja berjalan-jalan sambil melihat kamera. Akhirnya aku terpikat dengan kamera SLR yang menggunakan lensa tambahan. Bila dilihat harganya melehi RM1500. Aku berkata kepada isteri yang satu hari aku pasti akan mendapatnya. Isteriku mencadangkan agar aku mengumpul wang bulanan. Akhirnya aku mendapat idea bernas. Aku membuat tabung sendiri dengan menulis Tabung Digital kamera lalu aku letakkan diatas almari mekap. Tujuan aku berbuat demikian hanya untuk bergurau dengan isteriku. Padaku kalau tidak ada gurauan suami isteri macam mana rumahtangga akan bahagia.

Nikon D5000 Digital SLR

Tertawa isteriku bila melihat tin biskut yang aku buat. Akhirnya aku tak sangka juga. Dimasukkan wang sebanyak RM100 sebagai permulaan. Dengan niat permulaan sebagai gurauan kini menjadi target aku sebelum bulan Disember aku akan mendapat kamera ini. Sudah tentu akan ada hari offer untuk kamera. Biarlah kali ini berbaloi aku membeli kamera dan aku harapkan tidak lagi mengalami kerosakan. Aku berjanji pada diri sendiri yang setiap bulan akan aku masukkan sebanyak RM200 dalam tabung itu. Buat masa sekarang aku hanya menggunakan kamera handphone saja. Aku begitu terhibur bila dapat mengambil gambar. Semasa berada di Kellie Castle aku begitu teruja bila melihat setiap orang yang mengambil gambar menggunakan kamera dengan lensa tambahan.

Kamera Olympus yang rosak

Kepada pembaca yang mempunyai kepakaran dalam ilmu digital kamera boleh la kongsi pengalaman jenis-jenis kamera yang baik. Aku tidak pandai dalam bab ini. Bila melihat saja di kedai terus terpikat tanpa mengetahui keistimewaannya. Padaku gambar menceritakan segalanya. Walaupun pada orang lain gambar yang ditangkap tidak ada maknanya. Tapi pada mereka yang mengambil sendiri gambar itu pasti tidak dapat melupakan kenangan berharga. Itulah aku

10 comments:

Syahazli said...

Welcome to SLR world......Wahh!!! lepas ni WN pun berwajahkan imej SLR la. WN dah boleh start biasakan diri dengan shutter speed, exposure, white balance dll dah la, sebelum dapat kamera tu. Sekurang-kurangnya taklah pakai auto mode saja.

Ariff Budiman said...

Terima kasih syahazli. Agak janggal juga dengan nama shutter speed tapi insyaallah WN akan cuba biasakan diri. Boleh tlg bagi tips sikit melalui email saya

Anonymous said...

wah NIKON D5000,kira2 kencang syeh, sy pakai D40 dh hampir lima tahun d gunakan tkde masaalah

Ariff Budiman said...

Anonymous. Ya ka Nikon D5000 dah kencang. pada saya yang biasa pun dah ok. Bukan tahap professional lagi tapi alang-alang menyeluk pekasam biarlah kepangkal lengan. Terima kasih diatas info ini

kapten said...

bagus tue abg diman...kawan saya dah ada dua tiga orang yang beralih ke hobi menangkap gambar...semoga impian abg diman tercapai..ameen

Ariff Budiman said...

Terima kasih kapten. Moga-moga impian saya tercapai insyaallah

muhdabdrazak said...

Saya dah lama juga dengan digital kamera ni, dan ada berbagai jenis pula. Satu masalah dengan DSLR ni ialah investmentnya tinggi juga utk nak dapat "kepuasan" dlm photography. Keduanya, sampai satu tahap, terutama bila umur dah "lebih" sikit rasa lece nak usung DSLR kesana sini. Itu yg jadi masalah kalau kita nak ke mesjid cthnya. Kalau ikut cadangan kenrockwell elok ada dua-dua sekali. DSLR utk yg pro punya dan digital biasa utk jalan2 punya.

Anta boleh baca website ini utk dapatkan tips yg sangat berguna untuk orang biasa macam kita yang "gila" ambil gambar, hehehe.

Jenama pula ikut pilihan masing2 le. Ana sekeluarga suka Canon. Ini anak ana punya, flickr.com/photos/amrzk.

Ada org suka Nikon, kedua2 ok tu. Janji pulus mesti banyak. Wassalam

Ariff Budiman said...

muhdabdrazak...Terima kasih. tips yang baik. ya kena ada juga dua kamera. Betoi juga. kalau masa di Masjid nabawi atau masjidil haram kalau polis nampak bawa kamera dia tak izin. jadi kalau kamera kecil senang dimasukkan kedalam jubah.

pulasan007 said...

paknjang,kalo 2nd hand pnya mau ka?murah skek.ade je yg kualiti elok lg.kalo mau roger sy.ade kwn pandai bab2 ni

Ariff Budiman said...

pulasan007...Berpa dia nak jual Dad. Apa jenisnya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...