Aku masih lagi berhutang cerita tentang umrah. Insyaallah akan aku menyusul bahagian akhir kisah umrahku. Aku masih ingat pada tanggal 20 Mei 2010 aku dan isteri berada didalam pesawat MAS menuju ke Jeddah untuk mengerjakan umrah. Dari jauh kelihatan pramugari sedang melayan penumpang. Bila tiba dekat aku pramugari berkata, " Encik nak apa. Kami ada nasi lauk ayam, lauk daging dan ikan ". Aku akhirnya meminta lauk ayam untuk aku dan isteriku. Aku mengambil nasi dari tangan pramugari lalu aku hulurkan kepada isteriku. " Selamat hari jadi Nah. Semoga Allah limpahkan umur yang panjang dipenuhi dengan menunaikan kewajipan kepada Allah. Maaf abang tak ada hadiah istimewa buat Rosnah ". Tersenyum dia mengambil nasi dari tanganku. " Abang kata tak ada hadiah istimewa ?. Ini yang abang bawa Nah untuk mengerjakan umrah merupakan hadiah yang paling istimewa buat Nah ". Aku pula tersenyum menerima ucapan terima kasih darinya.
Kini kami sudah kembali ke tanah air. Pada tanggal 13 Jun 2010 cukuplah setahun aku hidup bersama isteriku Rosnah. Aku kekedai mencari sejambak bunga. Akhirnya aku dapat bunga yang tidaklah secantik mana tetapi cukuplah untuk berikan kepada isteriku. 13 Jun 2010 jatuh pada hari Ahad dan ia merupakan hari isteriku tidak berniaga. Aku keluar dari kereta dan memanggilnya. Bila dia datang menghampiriku dengan perasaan yang kehairanan lantas aku pun menghulurkan sejambak bunga yang aku beli buatnya. " Selamat ulangtahun perkahwinan kita yang setahun. Abang doakan agar kita akan tetap bersama dan Allah limpahkan kasihsayang kepada kita ".
Dia pula mengajak aku masuk kedalam rumah lalu menghadiahkan pula aku bunga. Walaupun bunga itu tidaklah semahal mana tapi nilai sentimentalnya membuatkan aku bersyukur. " Nah juga ucapkan selamat ulangtahun perkahwinan kita. Nah masih ingat didepan kaabah, Nah berdoa agar Allah memberikan kita limpahan rahmat dan kasih sayang kepada kita ". Aku menerima bunga yang cukup cantik. Maklumlah kaum wanita ini bab bunga memang pandai. Aku hanya beli yang entah warna pun tak ceria. Aku juga masih ingat semasa berada didepan kaabah aku berdoa agar Allah berikan kami kasih sayang yang tak pernah padam seperti mana aku begitu mencintai arwah Siti Aishah begitu juga aku berdoa agar aku dan Rosnah dikurniakan kebahgiaan yang berpanjangan hinggalah ke penghujung nyawa. Moga usia yang dianugerahkan kepada kami digunakan sebaik mungkin.......
Malam itu selepas solat maghrib aku mengajaknya untuk makan malam bersama. Aku memilih tempat di Ahh Basri ialitu tempat rakanku menjual satay yang dinyah toksik. Pastinya kalau aku datang bermacam-macam jenis makanan yang diminta aku merasanya tanpa bayaran. Katanya ini keluaran baru. Maka kenyanglah kami dengan makanan percubaan sebelum dijual.
5 comments:
Happy Anniversary buat Pak Njang dan Mak Njang. Semoga kebahagiaan berkekalan hingga di akhirat.
Rasa sekejap saja masa berlalu, dah setahun.
Terima kasih banyak-banyak G.
tahniah...
semoga sentiasa dalam limpahan rahmat dan kasih sayang.
Terima kasih cikgu
bukan sahaja dikurniakan kebahagiaan, malah dikurniakan cahaya mata...
Post a Comment