Anak saudaraku yang berada di Kelantan akan menamatkan zaman bujangnya. Pada 5 Februari aku serta isteri telah dijemput oleh kakak sulong agar dapat bersama-sama meraikan majlis perkahwinan anak mereka. Namun aku membisukan diriku. Dalam hati aku terus reject untuk ke Kelantan. Isteriku Rosnah sudah mengetahui akan kisah yang terjadi di Kelantan. " Jangan lupa bawa isteri hang mai Kelantan. Semenjak hangpa kahwin dia tak pernah sampai Kelantan ". Pujuk kakakku agar aku dapat menukar fikiran. Isteriku Rosnah hanya tersenyum mendengar permintaan kakakku. Berkali-kali keluargaku menasihat agar melupakan peristiwa lalu dan buka lembaran yang baru. Memang betul kata mereka cuma aku tidak mampu melupakan peristiwa terakhir aku melihat senyum, tawa dan tangis dari arwah Siti Aishah.
" Rosnah tak teringin ka ke Kelantan ". Tanya kakakku yang sulong. " Abang tak mahu bawa macam mana nak pergi ". Kata isteriku sambil mengerling kearahku namun aku buat endah tak endah saja. " Bang nanti kalau ada siapa yang akan ke Kelantan tolong kirim beli baju kelawar. Baju sana cantik ". Kata isteri kepadaku. Aku hanya diam saja tanpa berkata apa. " Ayah..bawalah mak Rosnah ke Kelantan. Kesian mak pun nak melihat Kelantan juga ". Kata anak gadisku. Semasa aku berada ditempat kerja aku menerima panggilan dari kakak sulongku. " Budiman mai la Kelantan. Bawalah Rosnah sama. Kesian dekat dia ".
Semasa berada diatas motosikal fikiranku ligat memikirkan akan permintaan kakakku. Sebenarnya aku takut menghadapi kenyataan yang memoriku akan berputar kembali tapi sampai bila harus aku menanggung semua ini. Aku sampai dirumah dan memberi salam kepada isteriku. Aku memandang wajahnya. " Nah jom kita pergi Kelantan 3 Februari ni. Kesian dekat Nah tak berjalan mana ". Terkejut dia bila aku mengajaknya ke Kelantan. " Alhamdulillah dan terima kasih bang kerana nak bawa Nah ". Senyum dia bila aku ajak dia. Aku dah buat planning untuk membuat dia lebih teruja bila kesana. Aku berjanji nak bawa tempat yang pasti dia minat iaitu kain baju. Baju hantaran perkahwinan kami pun aku beli dari Kelantan. Arwah kakak aku yang baru meninggal merupakan orang yang memilih baju kain hantaran untuk isteriku.
Nampak isteriku begitu gembira dan aku pula semakin resah. Tapi aku pasti cuba mengawal memoriku agar tidak lagi merasa sedih. Kini aku bersama Rosnah yang menemaniku. Walaupun resah aku tetap gembira yang kami anak beranak akan sekali lagi memijak bumi Kelantan bersama harapan baru. Kali ini biarlah aku membawa pulang kenangan indah bersama isteriku Rosnah.
6 comments:
Salam cik ariff...
Selamat ke kelantan...menjejaki memori lama walau sedih akan memulihkan perasaan kita...kita akan lebih tabah...kerana ia telah berlalu dalam lipatan sejarah hidup kita.....
Semoga mak rosnah dapat membina semula memori indah bersama cik arif...
shami2..Terima kasih. Itulah harapan baru saya agar memori indah dapat mengikis kembali kisah duka yang lalu.
Kadangkala adalah lebih baik berhadapan dengan kisah silam tu agar kenangan indah terukir di atas kepahitan......
Selagi kisah silam tidak ditulis semula maka ia akan kekal selamanya.
Selamat cuti-cuti Malaysia.
Terima kasih syahazli. Insyaallah saya akan berhadapan dengannya dan mungkin kali ini tidaklah seteruk dulu sebab isteriku kini telah merawatnya.
yes..yess... itu sebaiknya. petua orang tua kalau takut lipas, kena bagi duduk dalam kandang lipas. bila keluar nanti ok le dia.
tapi kalau takut ular, jangan duduk dalam kandang ular la. cari nahas.
hati-hati bawa kereta pi kelantan tu ya. jangan tersasar pi danok pulak.
kirim salam kat nik aziz..he..he..
4 hb boleh dengar kuliah kat dataran ilmu...
Post a Comment