Teman-teman

Monday, May 09, 2011

Aku Buat Hal Lagi

Semalam isteriku mengejutkan aku. Katanya kenapa aku menangis teresak-esak. Dalam keadaan mata masih lagi mengantuk aku terus mendiamkan diri dan menyambung kembali tidurku. Selepas solat subuh isteriki bertanya kali ini apa yang aku mimpikan pula sehingga teresak-esak begini. Kalau aku cerita takut pula dia terasa. Kalau tak cerita dia pula ingin tahu. Akhirnya aku menceritakan yang semalam aku bermimpi bersama Siti Aishah. Air mukanya sudah nampak akan perubahan. Ya la betullah juga. Sudah 2 tahun lebih isteriku meninggal, aku masih belum mampu melupakannya. No wonder dia terasa begitu.

Aku menyambung kembali ceritaku. " Ketika abang bersama Siti Aishah, abang menjadi gelisah mencari dimana Nah berada. Namun tiada. kemudian mimpi itu bertukar pula. Ketika abang berasama Nah abang tercari-cari dimana Siti Aishah. Mimpi itu akhirnya mempertemukan Nah dan Siti Aishah berada bersama abang. Betapa gembiranya hati abang sebab kedua-dua isteri kesayangan abang berada bersama-sama abang. Abang terasa cukup bahagia sekali. Tiba-tiba Siti Aishah meminta diri untuk pergi. Sambil tersenyum dia terus menghilangkan diri. Itu yang abang menangis teresak-esak ". Terdiam isteriku bila mendengar akan mimpiku itu.

Aku pun begitu sebab aku sendiri tidak pandai menafsir akan mimpiku ini. Kalau ada yang pandai tolong beritahu apakah maksud mimpiku itu. Memanglah mimpi itu mainan tidur tetapi ada kalanya ia merupakan petunjuk Allah dan apa yang dia nak beritahu aku.

4 comments:

siti murni said...

jangan dikenangkan sangat mimpi tu..sekadar mainan tidur.

Ariff Budiman said...

siti murni...Ya ka ok terima kasih

a kl citizen said...

sukar nak kata... sebab tak pandai menafsir mimpi

Ariff Budiman said...

a kl citizen...Tak apalah cikgu. Terima kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...