Teman-teman

Monday, May 30, 2011

Pilihlah Yang Murah

Sudah 2 bulan aku berpindah kerumah baruku. Setiap pagi aku melihat begitu ramai orang beratur untuk membeli nasi kandar. Aku dengar cerita yang nasi kandarnya memang kow... Kalau kita pekena nasi dengan kuah banjir memang sempoi kata orang Penang. Itu yang aku dengarlah dari mulut member aku. Entah kenapa anakku teringin benor nak makan nasi kandar pagi-pagi lagi. Aku pun kesana dan terpaksa beratur. Didepan aku seorang pemuda memilih ayam, sotong dan kacang bendi. Setelah membungkus tauke beritahu yang harganya RM14. Fulamak tergamam aku mendengar harganya. Aku melihat pemuda itu bayar selamber saja. Dalam otak aku pula asyik ligat berapa aku kena kalau aku pilih ikan dan kacang bendi. Tiba giliran aku,

" Ya encik nak lauk apa ". Tanya tauke slang mamaknya
" Bagi saya ikan goreng dan bendi. Kuah banjir ". Macam dah biasa aku beli.

Setelah bungkus mamak beritahu yang harganya RM5.50. Tersekat air liur aku tak boleh telan. Ikan punyalah kecil. Tak padan dengan harganya. Kuah banjir pula aku lihat penuh dengan kuah dan tak nampak warna nasinya. Tergaru-garu kepala aku memikirkan macam mana anak aku nak makan dengan kuah banjir ni. kacang bendi begitu keras macam mamak yang jual. Cis tarak guna punya mamak. Aku tak akan jejak dah kesana.
" Abang jangan beli dah nasi di kedai tu. Mahal sungguh ". Kata isteriku.

Pagi ini aku ke pekan dan berdekatan dengan rumahku yang pertama ada menjual nasi kandar. Anak beranak memakai tudung,. Aku ni kalau melihat orang menjual menutup auratnya aku begitu cepat tergoda nak makan. Maksud aku bukanlah aku tergoda dengan orang yang menjual. Cukuplah yang aku dah ada. Tak mahu tambah lagi.

" Sila-sila ustaz nak lauk apa ". Tersipu-sipu malunya aku bila dipanggil ustaz. Baru jadi pengerusi majlis sudah digelar ustaz ke. Tak apalah. Mudah mudahan suatu hari nanti mungkin jadi juga aku ustaz.

" Err kak bagi kepala ikan senangin, telor masin dan bendi ". Dalam otak aku ligat dok fikir pasal harganya. Sudah tentu harga RM10 atau RM12. Kepala senangin punyalah besar.

" RM5 bang ". kata anaknya kepadaku.

" Betoi ke ni harga dia ". Aku tanya kembali.

" Betoi la ustaz harga dia banyak ni. Pasai apa ustaz mahai ka ". Tanya si emak

" Pasai murah sangat. Sebab tu saya tanya balik ". Aku berkata kepada kakak tersebut

" Alhamdulillah. Buat apa nak ambil untung banyak-banyak. Kita pakat rasa sorang sikit. Insyaallah allah akan bagi rezeki ". kata kakak yang menjual.

Aku sudah tergoda bukan dengan kakak tadi tetapi dengan harganya yang berpatutan. Nasinya pula mencerminkan nasi kandar sejati Pulau Mutiara. kaum cina juga begitu ramai yang makan. Kata mereka harga di warung tersebut jauh lebih murah dari restoran nasi kandar mamak. Sekali sekala bolehlah makan. Jangan amalkan selalu nasi kandar oiii. Penyakit dok tunggu kita saja. Silap haribulan maka melekatlah ia.

4 comments:

Marina Monroe said...

Alhamdulillah..dpt rega murah, kepala ikan senangin pulak tuh, RM5?? Next time cuba ambil sotong dan telur ikan pulak..he he he akak sajer jer nak tahu rega kat sana!

Ariff Budiman said...

Marina Monroe...Wokey pass. Nanti saya bagi tau reganya.

bearcat said...

Tak boleh tahan makan nasik kandaq. Sat lagi mulalah sakit perut. Kuah dah macam nak berenang...eeee.

Ariff Budiman said...

bearcat..Itulah dinamakan kuah banjir. memang banjir sungguh. Tak boleh tahan maa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...