Teman-teman

Friday, May 06, 2011

Mangga Saja Ke

Isteriku pulang dari gerai sambil membeli lauk pauk untuk makan tengahari. Bila melihat buah mangga di atas meja entah kenapa isteriku seperti melupakan apa yang dibelinya. Terus dia kedapur mengambil pisau. Setelah mengupas buah dimakannya pula. Terliur aku melihat dia makan buah mangga aku pula mengeluarkan kuah rojak dari peti ais.

Enak sungguh bila buah mangga muda di cicah dengan kuah rojak. Akhirnya kami tak makan nasi tengahari tadi. Buah mangga telah mengenyangkan kami berdua. Terdiam aku apa yang tidak kena dengan kami berdua. Adakah isteriku.......... Lu pikirlah sendiri ok.

Kuah rojak pedas berapi. Orang yang tak tahan pedas tak boleh makan.

4 comments:

kakcik said...

Wah! ada kemungkinan nak terima 'orang baru' tu... :)

Insan Marhaen said...

ha..ha..ha..

IM? minta dijauhkan...

Ariff Budiman said...

kakcik...Berdebar-debar

Ariff Budiman said...

Insan Marhein...Betul x 3. Tunggu. WN seperti menanti keputusan SPM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...