Teman-teman

Saturday, May 21, 2011

Maafkanlah Daku

Pagi-pagi lagi sebelum isteriku ke gerai entah kenapa dia asyik memandangku. Terdetik juga dihati apakah yang tersirat di hatinya.
" Abang nak kata apa dekat Nah ". kata isteriku menambahkan lagi kehairananku.
" Tak ada apa yang abang nak kata. Semoga Nah ke gerai dengan selamatnya. Nanti abang menyusul ". Diam isteriku sambil tersenyum terus menuju ke keretanya. Apa yang tidak kena dengan isteriku hari ini. Bisik hati kecilku. Tak pernah-pernah begini sebelum kegerai. Aku menjadi semakin takut. Macam-macam perkara bermain di fikiranku. Ya Allah apakah petanda yang ingin engkau tunjukkan. Aku semakin berdebar-debar.

Setelah selesai solat subuh cepat-cepat aku ke gerai. Kuih pun aku tak sempat nak beli. Apa kena pula isteriku ini. Sampainya aku disana isteriku seperti biasa saja. Senyum bila melihat aku datang. Di bancuhnya kopi untuk minuman pagiku. Dibuatnya roti telur sebab aku tidak membeli kuih. Sambil makan aku sempat melihat isteriku asyik merenung aku.
" Kenapa Nah asyik tenung abang ni. Ada apa-apa yang Nah nak cakap ke ". Kataku yang membuatkan isteriku terus tersenyum. Ajaib sungguh apa kena dengannya hari ini.

Setelah pelanggan berkurangan aku minta izin dari isteriku untuk pulang kerumah. Bisa-bisa badan masih terasa walaupun tidaklah seteruk sebelumnya.
" Abang balik terus kerumah. Jangan dok merayau di pekan pula. Petang ni abang kerja pula ". Macam tahu-tahu saja niat hati aku nak kepekan. Manalah tahu dapat durian budget hari ini.
" Ye lah. Abang balik terus kerumah ". Kataku. Punah harapanku nak meronda. Aku masuk kedalam rumah. Sunyi saja. Tiada penghuni. Aku buka laptop pula. Apasal berukband celcom pula begitu slow. Terus aku off laptop dan akhirnya apa yang boleh aku buat ialah tidur.

Aku terjaga bila terdengar bunyi kereta isteriku. Terus aku bangun mengangkat barang dari keretanya. Terus isteriku kedapur. Hendak memasak pula untuk makan tengahari.
" Nah boleh tolong buat tak sambal tumis telur. Abang ingat nak bawa bekal lah hari ni ". Waktu malamnya memang sunyi pekan tempat kerjaku. Takut bertembung lagi dengan penjual burger yang putus wayarnya. Sebelum ketempat kerja sekali lagi isteriku memandangku. Sambil mencium tanganku dan terus tersenyum. Itulah isteriku banyak senyum dari berkata-kata. Saling tak tumpah.
" Terima kasih abang ucapkan kerana sudi buat sambal tumis telur walaupun Nah letih ".
" Sama-sama ". Sambil mengirng aku dan melambai tangan. kadang-kadang terbayang juga wajah arwah Siti Aishah melambai tangan ketika menghantar aku.

Waktu malamnya aku menerima panggilan dari isteriku bertanyakan kedua-dua anakku berada dimana sebab ada benda yang hendak diberikan kepada mereka. Aku bertanya apakah benda itu tapi jawapannya tetap rahsia. Semakin hairan aku dengan isteriku. Kenapa tiba-tiba saja jadi begini. Bila aku pulang dan setelah aku menukar uniform isteriku cepat-cepat mengambil sesuatu dari dalam peti sejuk.
" Ni anak-anak beli kek. Rasalah sikit ". Namun aku tidak mahu sebab memang aku tidak suka makan kek. Di suruhnya juga aku rasa dan akhirnya aku mengalah juga.
" Ni kenapa hari ni teringin makan kek pula ". Aku berkata kepada isteriku.
" Abang tak ingat ke. Hari ini hari jadi Nah. Abang lupa ka ". Wajahnya sedikit sugul.

Kek hari jadi isteriku yang di tempah olih anak-anak

Aku terasa seakan dipanah dek petir dan terus aku memeluknya
" Nah abang minta maaf banyak-banyak. Memang abang terlupa hari ini birthday Nah ". Memang ketika itu aku sedikit sebak bila memikirkan petang tadi aku memintanya membuat sambal tumis untukku. Suami apa aku ini. Aku mengambil camca lalu aku menceduk sedikit kek lalu aku suapkan kedalam mulut isteriku.
" Selamat hari lahir abang ucapkan. Semoga jodoh kita berpanjangan ". Aku tidak sanggup berkata semoga Allah panjangkan umurnya. Kata-kataku ini telah membuatkan terbitnya air mata jernih dari mata isteriku. Sambil aku merasa sedikit kek, memori silam begitu cepat berputar kembali. Disebabkan keklah juga peristiwa demi peristiwa menerjahku.

" Abang lupa ka hari ni hari jadi Siti. Abang tak sayang Siti ". Kata-katanya membuatkan aku tergamam bagaimana aku boleh melupakan hari jadinya. Selalunya aku tidak pernah lupa akan saat ini.
" Abang minta maaf Siti. Memang abang lupa. Tak pa nanti lepas maghrib kita celebrate makan dekat luar. Mau tak ". Tersenyum Siti Aishah lalu mengangguk tanda setuju. Lepas maghrib kami dan anak-anak menuju ke sebuah restoran makanan laut. Restoran itu tidaklah sehebat mana namun sudah memadai buat kami. Kami order ikan bakar, sotong celup tepung dan tomyam. Ternyata isteriku nampak akan kegembiraan itu. Akulah insan yang paling bahagia ketika itu. Sambil menyuap ikan bakar kedalam mulutnya,
" Abang ucapkan selamat hari lahir untuk Siti. Semoga Allah panjangkan umur Siti dan sihatkan tubuh badan Siti untuk terus membuat kebajikan ". Dikunyahnya ikan lalu diambilnya pula untuk aku lalu disuapkan kedalam mulutku
" Siti ucapkan terima kasih kepada abang kerana melayan Siti dengan baik. Semoga jodoh kita berkekalan bang ". Ketika itu terasa airmataku meleleh di pipi. Anak-anak kami hanya tersenyum melihat gelagat ayah dan emak mereka.

" Bang kenapa abang diam. Abang marah Nah ke ". Terkejut aku bila isteriku menggoncang badanku. Terlalu jauh memoriku berputar.
" Kenapa ni. Abang menangis ke " Tanya isteriku bila melihat kelopak dimataku bercahaya.
" Tak. Abang sedih sebab lupa hari ini hari jadi Nah ". Cepat-cepat aku menyangkal.
" Tak apalah. Bukannya abang sengaja. Kita merancang dan Allah juga merancang bang ". Kata isteriku namun bukan senang untuk aku menghilang kembali memori silamku. Akhirnya aku ke bilik air dan disitulah aku melepaskan kerinduanku terhadap Siti Aishah. Aku sudah tidak dapat mengawal perasaanku lagi. Itulah sambutan hari jadi yang terakhir dari Siti Aishah. Bila terasa reda barulah aku keluar dari tandas. Sebelum aku melelapkan mata sempat juga aku membaca ayat-ayat suci Al-quran lalu aku hadiahkan kepada Siti Aishah. Semuga Allah terima hadiahku untuknya...Amin

8 comments:

Marina Monroe said...

Ishhh..macam mana boleh lupa tuh?tahun depan jgan lupa lagi..kesian tau..kalau akak mcm tuh dah merajuk dah..

Insan Marhaen said...

Al Fatihah buat Aishah dan Rosnah. IM pun tak tahu nak komen apa.

Muga mereka berdua harta paling berharga buat WN...

Ariff Budiman said...

Marina Monroe...Memang saya tak lupa. Seminggu sebelum ini saya sudah tahu dan beritahunya sendiri. Namun apakan daya. Bila tiba harinya boleh lupa.

Ariff Budiman said...

Insan Marhein...Benar IM. Tanpa mereka siapalah WN.

Anonymous said...

Kalu dah lupa lepas tu ajaklah makan kat luar nak cover lupenya

Ariff Budiman said...

Anonymous...Isteriku yang ini pula tidak suka makan di luar. Nanti kena beli dan bawa balik rumah

hrusli61 said...

Itu ide yang Jiman masak dan makan aje di rumah dan boleh pasang candle light dinner lagi.

Ariff Budiman said...

hrusli61..Itu merupakan cadangan yg baik. Terima kasih cikgu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...