Teman-teman

Thursday, May 12, 2011

Buah Budget

Aku sudah berangan yang hari ini aku meronda sekitar pekanku. Lama juga tak kesana. Terasa rindu dengan kawan-kawan. Isteriku sudah ke gerai awal-awal lagi. Diluar hujan masih turun dengan lebatnya. Tiba-tiba talipon berbunyi.
" Bang pekerja Nah tak datang sebab hujan lebat ". Aku faham benar akan kata-kata ini. Tentu dia memerlukan pertolongan aku. Terus aku ke sana sebab aku tahu yang hari ini merupakan hari yang paling ramai dengan pelanggan

Sedang menggoreng roti canai

Tugas aku hanyalah membasuh pinggan mangkuk dan buat telur separuh masak. Diantara pelanggan yang paling ramai dari jabatan kerajaan yang datang makan ialah polis dan jpj. Kalau mereka datang sudah tentu tak menang tangan dibuatnya.
" Bang pinggan habis ". Kelam kabut suara isteriku meminta aku membasuh pinggan dengan segera.
" Bang lagi berapa minit telur nak siap ". Tanya isteriku lagi. waduh sakit pinggang tak terkira rasanya. Setelah pelanggan berkurangan barulah isteriku dapat meluangkan masa bersembang denganku. Sempat juga dia beri teka teki kepadaku
" Bang. Boleh jawab tak pokok apa yang orang paling takut sekali. Bila orang tengok dia, orang akan lari ". Aku tertawa bila dia beri teka teki kepadaku. Aku tak mahu jawab lagi dalam blog ini. pembaca semua apa jawapan teka teki tu. sila jawab.

Sedang menguli adunan roti canai

Setelah orang berkurangan aku pun pulang kerumah memandangkan isteriku dan seorang lagi pekerjanya boleh handle. Aku singgah di pekanku. Sengaja nak mencari buah-buahan. kelihatan begitu ramai yang sedang mengerumuni di gerai buah. Setelah sampai kelihatan begitu banyak buah durian. Kali ini tauke gerai kreatif sedikit. Dia juga menjual buah durian yang telah dikopek. katanya durian budget. Setengah orang hanya nak merasa dua atau tiga ulas sahaja. Jadi dengan cara begini kebanyakkan orang mampu membelinya. Ada yang sepangsa. Ada yang setengah biji. Aku juga boleh membeli dan memilih buah yang elok. Kalau selalu jika dibeli dengan biji, Bila dibawa pulang, ada sesetengahnya keras atau busuk. harga pula mahal. Aku puji cara rakanku menjual buah. Ternyata buah duriannya habis dengan cara ini. Esok aku akan mencari lagi untuk dibuat pulut pula.

Buah durian juga di jual mengikut kemampuan pembeli

2 comments:

kapten said...

saya tahu pokok apa... pokok durian...takut buah jatuh nanti timpakepala...xpun pokok hujan.....

Ariff Budiman said...

kapten...jawapannya ialah pokok tumbang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...