Teman-teman

Sunday, May 15, 2011

Sensasi

Abang aku Dr Danial telah menghadiah aku dan isteri sebuah buku terbarunya iaitu Persoalan Islam yang Kontemporari dalam bentuk soal jawab. Aku baca sedikit dan aku dapati ianya amat baik untuk setiap rumah memiliki buku ini. dengan keadaan dunia yang semakin mencabar, banyak persoalan tentang islam telah di utarakan dan buku ini mampu menghuraikannya. Entah kenapa aku terpandang pula harian metro yang baru aku beli. Belum dibaca lagi.
" Nah cepat Nah. Ni cerita tentang salih yaakob kahwin 4 ". Aku memanggil isteriku sambil memuji Salih Yaakob bagaimana dia melakukannya. Bukan senang untuk berkahwin 4.
" Ni bang, dia bagi rahsia-rahsia bagaimana dia boleh berkahwin sampai 4 ". Sampuk isteriku.
" Nah baca apa dia rahsia-rahsi tu. Abang nak tau juga. Manalah tau kalau ada kawan abang yang berminat ". Sengaja aku menyakat isteriku. Sehari tak bergurau tidak sah bagi aku.
" Hai ilmu ni untuk kawan abang ke untuk abang ni ". Jeling dia dekat aku yang hanya tertawa melihat tindak balas isteriku
" Abang tak mampu la nak bahagikan kasih sayang. Cukuplah Nah di hati abang ". Aku bergaya macam seorang pelakun yang memegang watak memujuk si kekasih. Berjaya juga idea aku. Tertawa dia bila aku melakunkan adigan memujuk.

Dia ke dapur membuat air untuk aku. Sekejap dia datang bersama secawan kopi arab. Sedap dan pekat. Sambil menghirup sambil aku membaca rahsia-rahsia perkahwinan Salih Yaakob.
" Nah setiap hari dia akan mengambil selama 2 jam untuk bersama setiap isteri " Aku terus cerita pada isteriku.
" Ala bang itu bab dia. Ni yang ustaz bagi buku untuk di baca, bila abang nak baca ". Tanya isteriku sambil mengambil harian metro dari tanganku dan menghulurkan buku hadiah dari abangku. Aku tersenyum sambil mengambil dan membaca buku tersebut
" O...bab Islam akan Diterima Di Barat Nah. Baguih juga no buku ni no". Kataku kepada isteri.
" Hah kan ada lebih faedah baca buku ni. Sekurang-kurangnya bila ditanya kita boleh menjawab sebab sudah membaca ". Tertawa aku terhadap perilaku isteriku sambil berkata, " Betul betul betul ". Kaum wanita.......

4 comments:

Insan Marhaen said...

Dalam paper tu memang bagus cerita SY. Kat rumah dia kita mana tau.

Baca buku DD tu lagi banyak faedahnya..

Marina Monroe said...

Salam Ariff, Mestilah SY tuh hebat physically sudah tentu..yang lain2 hanya Allah yg maha mengetahui..empat2 isteri dpt payung emaslah yea!

Ariff Budiman said...

Insan Marhein..Betul. Surat khabar suka yg sensasi saja

Ariff Budiman said...

marina Monroe..Ye la akak. Mudah2an begitulah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...