Teman-teman

Monday, May 23, 2011

Mana Yang Terbaik

Boleh dikatakan aku kerap juga bertugas dikawasan bandar. Kalau setakat makanan memang tak menjadi masalah. Macam-macam ada. Nak tomyam Memang ada. Nak nasi goreng pun boleh. Char Koay Teow tidak ketinggalan. Kalau malas nak semua itu boleh mencari burger dan ini kisah si penjual burger. Pertama kali aku ditugaskan di situ makanan yang paling dekat dengan stesen aku ialah burger. Budak-budak remaja menjual berhadapan dengan pintu pagar saja. Aku melihat gelagat mereka yang menjual. Tidak memakai baju sehingga menampakkan aurat. Menghisap dadah dan suka membuat bising. Terus aku reject untuk membeli. Itu penjual no.1

Penjual no 2 selang 10 meter dari penjual no.1. Orang dewasa. Ketika aku kesurau penjual itu buat tak kisah saja. Azan atau tidak sama saja bagi mereka. Bergelak ketawa walhal surau berada berdekatan. Bila aku pulang mereka masih disitu. Aku bersangka baik mungkin mereka sembahyang dirumah. Namun aku tidak membelinya. Aku reject juga. Selang 10 meter lagi dari penjual burger no.2 ada seorang anak muda yang menjual burger. Juga tidak menarik minat aku untuk membeli. Entah kenapa.

Anak muda yang menjual burger yang rajin ke surau

5 meter dari penjual no.3 ada lagi anak muda menjual burger. Aku terus kesana tapi tiada orang. Datang seorang wanita bertudung.
" Anak saya pergi solat di surau. Kalau encik nak beli encik kena tunggu sat ". Kata si ibu.
Terus aku terpikat dengan penjual ini. Aku berkata sebentar lagi aku akan datang. Jadi boleh dikatakan kalau aku nak makan burger disitulah aku mencarinya. Biarlah aku menolong mereka yang rajin menolong agama Allah. Aku melihat agak ramai juga yang membeli di gerai burger mereka padahal masih ada lagi penjual yang tercangak-cangak menanti pelanggan.

Malam tadi aku bertugas petang. Aku membeli nasi tapi entah kenapa aku sendiri tidak lalu makan. Terlalu banyak perkara yang aku fikirkan agaknya. Akhirnya menjadi rezeki si anak kucing Do Re Mi. Sambil mengiau-ngiau meminta simpati dariku. Aku pun membuka bungkusan nasi. Lauk ayam dan ikan. Apalagi ketiga-tiga ekor si Do Re Mi terus makan dengan lahapnya. Mungkin agak lama tidak merasai makanan. Kesian aku melihat. Mereka juga adalah makhluk Allah. Setelah kenyang si anak kucing mengelap mulut dengan kaki sambil merhatiku. Mungkin dia berdoa untukku. Ya berdoalah yang terbaik untukku.

Pukul 9 perut terasa lapar. Aku membuat keputusan untuk membeli burger saja. Aku terus kesana. " Kak burger egg satu ". kataku kepada emak anak muda tersebut.
" Encik anak saya dia tak balik surau lagi. Selalunya sampai dah. Ni mesti ada tabligh dok bagi tazkirah. Dia tunggu dengar. Tak apalah kalau encik nak beli di tempat lain ". Sambil menunjuk kearah burger sebelah yang tiada pembeli.
" Tak apalah kak. Saya tunggu anak kakak ". Tersenyum kakak itu mendengar kesanggupan aku menunggu.
" Encik..boleh saya tanya pasai apa encik tak suka beli burger di sebelah dan encik dok tunggu anak saya ". Kata si emak tadi.

" Anak kakak rajin sembahyang di surau. Sebab itu saya lebih suka membeli dari mereka yang rajin sembahyang walaupun lama saya menunggu ". Kataku dengan penuh semangat. Aku melihat wanita tadi terus menekup muka dan berkata, " Ya Allah syukur Ya Allah ".
Kata-kata itu hampir membuatkan aku mengalir airmata. Itulah sandaran bagi mereka yang percaya bahawa rezeki itu datang dari Allah. Datang si anak dari surau tergopoh gapah.
" Encik ni dok tunggu hang punya lama. Hang buat apa di surau ". Kata si emak kepada anaknya.
" Ada tabligh dok bagi tazkirah. Cek tak sampai hati nak keluar terus. Tu cek dengar dulu ". Kata si anak. Betul kata si emak tadi.
" Ni. hang ucap terima kasih dekan encik ni. Dia kata dia suka beli disini sebab hang dok p sembahyang di surau ". Terus anak muda memandang aku.
" Terima kasih abang ". Kata anak muda kepadaku

" Jangan ucap terima kasih dekat abang. Semua ni Allah yang beri. kalau kita tidak lupa pada Allah maka Allah pun tidak pernah lupa pada kita ". kataku kepada anak muda tersebut. Aku teringat ayat quran dari surah At-Talaaq ayat 2 - 3 yang bermaksud,
" Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak di duga dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) nya.Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu ". Semoga cerita ini mendapat iktibar semua.

8 comments:

kakcik said...

Petang semalam, kakcik dan suami lalu di hadapan gerai burger yang terletak betul2 di hadapan surau. Tapi 4 orang anak muda yang ada di situ, hanya bergelak ketawa sambil bersembang dan menghisap rokok tanpa memperdulikan jemaah yang sedang bersolat maghrib di surau itu. Alangkah sedihnya. :(

Insan Marhaen said...

Te lah, IM pun hampir menitiskan airmata bila membayangkan emaknya berdoa kepada Allah. Mesti sejuk hati mak mendengar penjelassan dari WN.

IM rajin beli burger kat depan jirat Cina. IM kagum ialah konsisten dia berniaga mencari rezeki.

IM tak tahulah samada dia solat atau tidak. Yang IM pernah tanya;

Berani juga abang berniaga depan sini ya hingga jam 1 pagi!

Ariff Budiman said...

kakcik...Itulah. Kita perlu bersyukur hidayah yang kita terima dari Allah dan kita pula tidak melupai agar Allah juga memberi hidayah kepada anak-anak muda ini

Ariff Budiman said...

Insan marhein..kalaulah dia boleh nampak apa yang terdapat di jirat cina sudah tentu dia tak jual dah. kebanyakkan rupa macam pemain wayang cina

rozie yuzaila yusof said...

Salam~
Saya pun mengalir airmata membaca posting ni...terkesan dengan cerita akhi budiman memilih burger anak muda yang solat, terkesan dengan doa ibu anak muda itu. Sesungguhnya rezki dari langit dan bumi hanya dari Allah.

siti murni said...

sama...turut terharu baca entry ni. Bertuah emak budak tu...

Ariff Budiman said...

rozie yuzaila yusof..Saya amat terkesan bila melihat bagaimana syahdunya doa si ibu yang mensyukuri ini semua disebabkan oleh takwa si anak

Ariff Budiman said...

siti murni...Sama-samalah kita mengambil iktibar darinya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...