Teman-teman

Friday, May 06, 2011

Rupanya Ada Yang Masih Tidak Tahu

Kelmarin isteriku menerima tempahan nasi tomato. Jadi dia terpaksa menutup gerai roti canainya. Kebetulan pula aku off jadi akulah pembantunya. Bermula jam 6.30 pagi kami sudah keluar ke pasar mencari barang keperluan. Balik aku sudah keletihan dan mengantuk. Seperti biasalah kalau aku tawaf merata. kali ini aku tak boleh tidur. Aku kena bantu isteriku memotong timun, carrot, basuh beras dan masak nasi hasil dari tunjuk ajarnya. Ternyata isteriku gembira bila aku membantunya dan ternyata kali ini aku amat mengantuk sekali namun aku terpaksa menahannya.

Setelah selesai masak, jam sudah pukul 3 petang. Setelah solat zohor kami mula membungkus nasi. Entah sudah berapa kali aku menguap. Sengaja aku tunjuk pada isteriku. Tersenyum dia melihat keletihanku. Akhirnya jam 6 petang customer datang untuk mengambil pesanan mereka. Aku sudah terbujur di atas katil tidak sedarkan diri lagi. Malamnya aku sudah berjanji untuk makan tandoori bersama anak-anakku. Terasa begitu cepat masa berlalu. Anakku menalipon bertanya samada aku sudah bersiap. Terasa begitu letih sekali padahal isteriku terus menyambung kerjanya menumis untuk esok pula. Jauh beza rupanya dia dan aku.

Selepas maghrib aku bersama anak-anakku pula. Sambil makan sambil bersembang jam sudah pukul 10 malam. Anak-anakku mengajak aku ronda-ronda tapi aku minta maaf sebab terlalu keletihan. Aku meminta mereka menghantar aku pulang saja kerumah. Tertawa isteriku bila aku beritahu yang aku amat letih.
" Abang tak boleh berniaga macam ini ". Kata isteriku.
Benar kata isteriku. Aku tiada bakat untuk berniaga. Baru begini sudah keletihan yang amat sangat.

Jam 5 pagi tadi aku terjaga. Rasa terlalu lama aku tidur. Isteriku sudah berada di dapur. Akhirnya aku membuka laptop untuk melihat kalau ada email yang mustahak yang tak sempat dibuka sehari suntuk. Pagi ini seperti biasa aku ke gerai isteriku. Sedang sibuk melayan customer aku ditegur oleh jiranku yang tinggal di kampong. Setelah kampong kami dibangunkan, masing-masing membawa diri. Dia membisik padaku,
" Budiman kahwin lagi satu ka ". Tanya jiranku dan aku hanya anggukkan kepala saja sambil tersenyum.
" Jadi Aishah duduk di rumah la. Budiman kena pandai beri masa la no '. katanya lagi.
" Kalau Aishah ada sudah tentu saya tak kahwin lain ". Kataku pada jiranku
" Aishah pergi mana Budiman ". Bertanya jiranku lagi terkejut.
" Tahun 2008 bulan Dec dia meninggal bang ". kataku perlahan.
" Sakit apa. Kalau kakak tahu sudah tentu dia menangis ". Kata jiranku lagi

Memang kami amat baik ketika berada dikampong. Kadang-kadang jiranku ini meminta tolong isteriku repair baju sekolah anak-anaknya. Isteriku tidak pernah mengambil upah dari mereka. Katanya sedekah. Bila hujan lebat aku akan menghantar anak-anak mereka kesekolah. Sebab itu mereka amat baik dengan kami. Malangnya bila Siti Aishah meninggal mereka tidak tahu rupanya. Jiranku mengambil alamat rumah baruku. Katanya nak bawa isterinya datang. Nak sembang-sembang nak tahu sebab kematian isteriku.

Aku berdoa andaikata kedatangan mereka semata-mata untuk mengetahui akan kematian Siti Aishah lebih baik jangan datang. Tak sanggup aku mencerita sejarahku di depan isteriku Rosnah. Kalau isterinya tahu akan kematian Siti Aishah dia akan menangis itu tidak apa sebab menangisnya hanya seketika. Habis airmata hilanglah tangisnya. Aku sudah cukup berendam airmata dan aku tidak mahu menangis lagi. Biarlah aku bergembira seperti kata rakan-rakanku,
" Budiman ada hak untuk gembira. Tidak salah berkahwin lain ". Kata-kata itulah yang mengubah haluanku kini. Alhamdulillah aku kini gembira disamping isteri tercinta dan gembiraku tidak bermakna aku sudah melupakan sejarah silamku. Masih terbayang senyumnya. Masih terngiang-ngiang esak tangisan kesakitan. Yang paling aku tidak boleh lupa ialah wajah-wajah mereka yang telah memisahkan kami berdua. Dalam diam rupanya aku masih berdendam dengan mereka. Astaghfirullah hal azim. Lemahnya aku....

2 comments:

Kakcik Seroja said...

Biasalah - kita manusia biasa. Rasa dendam itu pasti ada, cuma janganlan dilayan kelak kita juga yang binasa...

Ariff Budiman said...

kakcik...Betul akan kata-kata ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...