Teman-teman

Saturday, May 07, 2011

Tazkirah Penjual Burger

Aku bertugas petang. Kadang-kadang isteriku akan memasak untuk bekalan di bawa ketempat kerja. Dengan adanya microwave yang telah dihadiahkan oleh isteriku kepadaku ketika kami baru berkahwin agar diletakkan saja ia disana bagi memudahkan aku dan rakan-rakanku menggunakannya. Ketika ia baru pulang dari gerai sudah nampak akan keletihannya. Katanya customer ramai disebabkan gerai sebelah yang menjual nasi lemak tutup jadi gerai isteriku menjadi tumpuan. Jam 9 pagi sebanyak 150 keping roti canai telah kehabisan. Berniaga begitulah. Ada pasang surutnya. Hari ini habis semua esok masih ada yang berbaki. Benarlah kata Allah dalam surah Asy - Syura ayat 27, " Dan kalaulah Allah memewahkan rezeki bagi setiap hambanya, nescaya mereka akan melampaui batas diatas muka bumi ( Dengan perbuatan-perbuatan liar dan durjana ). Akan tetapi Allah menurunkan ( rezekinya itu ) menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendakinya. Sesungguhnya dia mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan hambanya lagi melihat dengan nyata ".


Melihat keadaan isteriku yang keletihan tidak sampai hatiku meminta dia menyediakan makanan untuk dibawa ketempat kerja.
" Nah tak payah masak lah. Kesian abang lihat Nah letih. Abang belilah malam ini ". Aku berkata demikian walaupun aku tahu pada waktu malamnya di pekan tempat aku bekerja merupakan pekan mati. Malam hanya kelihatan seorang pemuda menjual burger. Kalau nak makan nasi, didepan sedikit ada restoran nasi kandar tapi aku memang jemu dengan nasi kandar. Sudah lama juga aku tidak makan nasi kandar, Isteriku masak lagi sedap.

Tersenyum isteriku bila aku berkata demikian. Akhirnya aku terus ketempat kerja. Sebelum solat maghrib aku keluar mencari makanan malamku. Memang benar kata-kataku. Hanya penjual burger saja yang kelihatan. Itu pun kira alhamdulillah. Ada juga makanan yang boleh aku makan. Belum sempat aku menongkat motosikal, penjual burger cepat menegur
" Bro nak makan apa ". Tergaru-gari kepala aku sambil baru berfikir.
" Bagi hotdog egg 1. Taruh cheese ". Nak bagi selera malam ini.
Pemuda tersebut mengeluarkan hotdog dan terus menggoreng sambil menyanyi. Sumbang suaranya.
" Bro mengikut kata pakar kesihatan, kalau kerap makan hotdog tak baik untuk kesihatan ".
Terdiam aku bila mendengar katanya.
" Apa yang tak baiknya makan hotdog ni ". Aku sengaja bertanya.

" Ya la bro kan ini makanan segera dan pantas. Maka pantas jugalah kita dapat penyakit ". katanya.
Aku tersenyum sendirian dan terus bertanya.
" Habis kenapa bro jual kalau dah tahu ia tidak baik ". Tersenyum sambil mengatakan yang dia hanya pekerja saja. Dalam rancak berborak tiba-tiba seorang pemuda menyergah si penjual burger tadi
" Hoi... aku suruh hang tolong jaga. Bukan suruh hang buat ". Rupa-rupanya itu taukenya.
" Memang saya tak buat bang tapi bro ni mau sangat ". Last sekali aku juga yang kena.

Tauke burger menghulurkan RM3 sebagai upah menjaga warungnya.
" Bang budak tu wayar putus. Ni saya kena buat lain dekat abang. Hotdoh ni nanti saya beri dekat dia ". Patutlah semacam saja macam pegawai perubatan. Aku menceritakan segalanya kepada tauke burger. Apalagi tertawa sakan dia bila mendengar aku sudah terkena dengan pemuda yang shot wayarnya. Kemudian kelihatan pemuda yang putus wayarnya datang kembali. Tauke burger terus memberinya hotdog yang dia buat sendiri.
" Bro suka tak dengan Awie. Saya memang nak jadi macam Awie ". Sambil berjalan dia terus menyanyi lagu Awie berjodol RatuKu
Bisikan yang pertama
Membawa erti untuk selamanya
Kubagaikan tak percaya

Aku tersenyum sendirian. Aku telah kantoi dengan pemuda yang putus wayarnya. Sambil menyanyi azan maghrib terus berkumandang dan pemuda tersebut terus menyanyi dan ternyata suaranya tetap sumbanggggg.... Terhibur juga aku dengan pemuda tersebut. Walaupun putus wayarnya tetapi tazkirah ada juga benarnya. tak baik dengan makanan segera.

4 comments:

Marina Monroe said...

he he he Aliff bukan nya selalu makan bugger kann, so dont worry lah..tapi penyakit dah sedia ada pun he he he

abuzorief said...

hehe... I like the moral story wire rosak.. heavy tazkeerah to ponder

Ariff Budiman said...

Marina Monroe...Betullah. kalau macam tu boleh makan ler

Ariff Budiman said...

abuzorief...Kadang-kadang kita tak sangka jika Allah mengilhamkan kepada seseorang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...