Teman-teman

Friday, May 20, 2011

Terlantar 2 Hari

Semasa berada di tempat ceramah, badanku terasa seram sejuk. Kebetulan semasa ceramah sedang berlangsung hujan pula turun dengan lebatnya. Badanku ketika itu menggigil. Semasa ceramah aku duduk diatas kerusi. Bila hujan turun maka berlarilah hadirin memenuhi khemah. kesian aku melihat seorang makcik yang terbongkok-bongkok bersama cucunya berdiri. Terus aku bangun dan berikan kerusi kepada makcik. Senyum makcik itu sambil mengucapkan terima kasih kepadaku. Akhirnya sehingga selesai ceramah aku hanya berdiri saja.

Sakit badan dan pinggang sudah mula terasa. Setelah sampai di rumah cepat-cepat aku menelan panadol dan meminta agar isteriku mengurut sedikit belakangku yang sudah terasa amat sesak untuk bernafas. Akhirnya aku tertidur. Bila terjaga aku tidak dapat menggerakkan badanku akibat kesakitan yang amat sangat. Isteriku mula menampakkan kerisauannya. Apa tidaknya dia sudah prepair nak kegerai. kalau tak meniaga maka akan membazirlah apa yang dimasaknya. Aku beritahu isteriku yang aku ok saja. Tak payah risau tapi nun disudut hati aku meratapi akan kesakitan yang amat sangat.

Nak bangun tak boleh. Akhirnya aku keseorangan di atas katil menanti waktu isteriku pulang untuk mengajaknya ke klinik. Semasa tak boleh berjalan bolehlah aku baca buku-buku yang berfaedah. Setelah aku dan isteri ke klinik, doktor mengatakan yang aku hanya tersalah urat. Diberinya mc untuk aku rehatkan badan. Setelah makan ubat badanku terasa sedikit ok dan aku pun mulalah meronda keesokkan harinya. Isteriku menalipon aku bertanyakan khabar. Terkejut dia bila mendengar aku berada di pekan.
" Abang pulanglah kerumah. Bagi sihat dulu badan tu ". Rayu isteriku.
Akhirnya aku akur dengan permintaan isteriku. Aku pulang dan apa yang boleh aku lakukan ialah baring dan akhirnya terlelap. Bila sedar saja isteri sudah berada disisiku sambil tersenyum.

Hari ini baru terasa segar sedikit dan boleh bekerja. jadi aku update. Ala badan sudah tua katakan. Silap sikit maka sakitnya yang lama.

8 comments:

saing said...

salam,
baik sungguh hati saing sy ini. tabik spring sy kat dia. alhamdulilah, saing sy dh ok. moga dirinya dlm rahmatNya sentiasa

Ariff Budiman said...

Terima kasih saing kerana sudi komen.

Marina Monroe said...

Salam Ariff, agak perasan Ariff tak reti duduk diam kat rumah..sihat jer sikit gi Pekan..he he he..
Relax dan rehat lah bro..banyak juga yang boleh di buat bila kat rumah, bila sakit saper yg susah? Diri sendiri dan isteri tersayanggg juga..

Ariff Budiman said...

Marina Monroe...Betul3x. Terima kasih di atas nasihat yg berguna ini.Lain kali tak buat dah

Insan Marhaen said...

nasihat isteri tu kena dengar juga. dia adalah cermin pada diri kita...

Ariff Budiman said...

Insan Marhein...Betul apa yang di perkatakan itu.

bearcat said...

Alhamdulillah paknjang dah sihat.
Betuila....paknjang dah tua hehe. Lupaaaaaa.

Ariff Budiman said...

bearcat...Nak buat macam mana. Baru tersedar dari alam maya pada ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...