Teman-teman

Wednesday, July 06, 2011

Abang Jangan Beli Dah

Hari ini aku tugas petang. Isteriku sudah beri warning. katanya kalau aku tawaf hari ini jangan beli buah durian. Batuknya belum hilang lagi. Ya lah tu. Aku bertekad yang hari ini aku hanya akan makan di kedai rakan aku saja. Cukuplah setakat sebiji buah. Itu sudah memadai. Aku ke gerai isteriku terlebih dahulu. Setelah menolongnya apa yang patut, aku melihat jam di dinding.
" Ala Nah tahu la. Abang nak lihat buah durian. Jangan beli bang. Batuk Nah tak hilang lagi. Kelmarin dah habiskan 2 ulas dalam peti sejuk ". Potong current betul bila awal-awal lagi dah beri warning. Aku senyum sambil berkata yang aku hanya akan makan sebiji di kedai dan tak akan bawa pulang buah durian. Aku tahu isteriku memang lemah imannya dengan buah durian. Senyum isteriku bila aku berkata demikian.

Dalam perjalanan ke kedai buah isteriku menalipon. Katanya anaknya mahu buah durian sebanyak RM20. Ada can ni. Aku terus ke kedai. kelihatan banyak buah sedang di turunkan.
" Him. Hang bagi dekat aku buah sempoi RM20 ". Kataku pada rakanku yang menjual buah.
Di pilihnya buah lalu di tebuk. Isinya ada yang putih dan ada yang kuning.
' Ok kita tambah lagi 2 biji buah tutup mulut ". kata rakanku
Kesemuanya 15 biji. Kira buahnya ok lah dengan harganya. Aku bawa ke gerai dan terkejut isteriku melihat buah yang begitu banyak. Sangkaannya hanya 5 biji saja.

Setelah menghantar buah kepada anak tiriku, aku kembali ke gerai kawan aku lagi seorang. Aku singgah sebab nak makan buah durian Hor Lorr atau lekat di tekak. Memang mengamcam buah tu. Baru-baru ni aku bawa pulang 2 biji. Dengan cepat saja sudah kehabisan. Siapa lagi yang menghabiskan. Tak lain dan tak bukan isteri dan anak-anakku. Kelihatan buah Hor Lorr, Ang Hae dan macam-macam lagi. Aku minta dia belah sebiji buah Hor Lorr. Katanya buah ini mahal sedikit. harganya sebiji RM10. Tak apa janji sedap. Sedang aku makan tiba-tiba...
" Man. Hang mau buah ni. Selungguk aku jual dekat hang RM6 ". Kata raka aku. Masyallah rezeki apa aku hari ini. Buahnya kecil-kecil tapi aku isinya memang baik. Tidak pernah rakan aku seorang ini menipu. Adalah sebanyak 10 biji.

Aku menalipon isteriku mengatakan yang aku beli buah sebab ada offer. Terdiam isteriku bila mendengarnya. " Tak apalah. Nak buat macam mana. Balik nanti Nah beli ubat batuk ". Ya Allah itu bermakna yang dia nak makanlah. Aku tertawa mendengar kata-kata isteriku.
" Sebab tulah Nah tak bagi abang beli. Nah lemah iman ". Ha ha ha. Lawak........dia

6 comments:

kakcik said...

Buat bubur atau lempuk, mungkin tak kuat batuk jadinya. :)

Ariff Budiman said...

Kakcik...Betul-betul. Buat bubur lagi sedap. Semalam dah buat bubur kacang campur durian

Marina Monroe said...

Huih..asyik makan durian jer Ariff ni, memang lemah imanlah kalau buah durian bermusim dan murah pulak tuh..Akak cadangkan buat lempuk dan boleh disimpan lama..sedap oii lempuk durian.

Ariff Budiman said...

Marina Monroe..Dah bagi dekat mak mertua. Dia pandai buat lempuk. Boleh simpan lama sikit ya

insan_marhaen said...

Baru saja beli pulut durian untuk ibu_suri. Hu.. iman dia lagi lemah...

Ariff Budiman said...

insan marhein...he he sabor aje la Yob.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...