Teman-teman

Tuesday, July 19, 2011

Pisang Pula

Sebelum aku pulang kerumah, aku singgah dulu dirumah ibu mertuaku untuk bertanya khabar. Itulah janjiku pada arwah Siti Aishah andaikata ia telah tiada. Aku masih ingat lagi gurauan isteriku. " Bang kalau Siti tak ada, abang tolong jenguk-jengukkan emak ". Itulah kata-kata yang aku anggap sebagai bahan gurauan 4 bulan sebelum dia benar-benar pergi. Kini aku mengotai janjiku padanya. Begitu gembira setiap kali aku datang. Kadang-kadang untuk melepaskan rindu aku tidur dahulu dirumah ibu mertuaku sebelum pulang kerumah.

" Budiman tolong mak potong pokok pisang yang patah. Semalam angin kuat. Banyak pokok pisang yang patah ". Kata ibu mertuaku sambil menghulurkan golok kepadaku. Terus aku ke kebun pisang yang terletak di belakang rumah. Memang kawasannya kemas dan bersih. Dulu tempat ini merupakan tempat aku dan arwah Siti Aishah berkebun. Kami menanam pokok ubi kayu. Hasilnya tidaklah dijual tetapi digunakan untuk keluarga sahaja. Kini ia di tumbuhi dengan pokok pisang masam sebab buahnya terasa masam sedikit. Melihat kepada buah yang kekuningan mulalah terbayang cucur kodok. Isteriku Rosnah amat menggemari cucur kodok dan pisang ini amat baik sekali untuk cucur kodok.

Aku memotong lalu aku menanggung ke pondok. Memang lama aku tidak menanggung benda berat. Terasa penat pula. Peluh keluar membasahi badanku. Ibu mertuaku hanay tersenyum. Aku memotong sesikat buah yang kuning untuk dibawa pulang. Manakala yang muda aku ambil untuk dibuat kerepek pisang. Selesai menebang pokok pisang aku mendongak pula pokok rambutan. Buahnya sudah masak merah. Dapatlah juga satu beg plastik penuh dengan buah rambutan. Aku berasalaman dengan ibu mertuaku sebab aku nak pulang untuk tidur. Aku baru habis kerja shif malam.

Ibu mertuaku masuk kedalam rumah dan kemudian membawa bungkusan plastik lagi.
" Apadia tu emak " Tanya aku kepada ibu mertuaku
" Buah durian dengan lempuk ". Kata ibu mertua sambil menghulurkan bungkusan kepadaku. Aku pening dimana aku nak letakkan semua pemberian ibu mertuaku. Akhirnya aku terpaksa menyakut yang selebuhnya di handle motor

" Mak. Macam apek jual ikan saja nampak ni ". Aku berkata kepada ibu mertuaku dan di ikuti dengan gelak ketawa darinya. Aku yang keletihan dan mengantuk terus masuk kedalam bilik bila sampai di rumahku. Entah macam mana boleh bermimpi yang pisang tadi isteriku buat lepat dicampur dengan kelapa parut didalamnya. Aku terjaga dan dapati isteriku sudah pulang dari berniaga. Dia juga berangan agar pisang itu di buat lepat. Alhamdulillah.....

8 comments:

insan marhaen said...

Tengok rumpun pisang tu, teringat masa IM sekolah.

Cina selalu beli batang pisang buat makanan kerbau pendek..he..he..

Hajjah Noraini @Nanie said...

Murah rezeki Ariff, macam2 dpt buah tangan bila menziarah ibu mertua.. Alhamdulillah..

Ariff Budiman said...

insan marhein..Memang kalau kerbau pendek dapat batang pisang maka akan menyondol.

Ariff Budiman said...

Marina Monroe...Itulah. rezeki datang tidak disangka-sangka

Kakcik Seroja said...

Seronoknya duduk di kampung - banyak hasil bumi yang segar ada di depan mata. :)

Kakcik pun suka lepat pisang yang ada inti kelapa parut.

Ariff Budiman said...

kakcik..lama-lama akan pupus juga kampung akibat pembanggunan

saing said...

Alhamdulilah,dapat rasa kgembiraan hati seorg ibu bila anak/memantu slalu mjengoknya. pd usia dia skrg, bukan lg wang rm atau emas permata yg blh mggembirakan hatinya, tpi kasih syg anak/memantu yg slalu btya kbr dan mjengoknya.

Ariff Budiman said...

saing...Benar segala kata-kata saing ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...