Teman-teman

Saturday, July 23, 2011

Buah Apakah Ini

Pagi-pagi aku dan isteri keluar untuk menghadiri hari keluarga TNB peringkat negeri Pulau Pinang. Kalau tahun-tahun sebelumnya Siti Aishah berada di sisiku. Kini buat kali pertama semenjak kami berkahwin aku membawa isteriku untuk program ini. Awal-awal lagi sudah berapa helai baju dicubanya dan meminta pandanganku.

" Nah pakai baju apa pun cantik. Abang cukup tergoda ". Tersenyum isteriku mendengar pujian seorang suami. Di tunjuknya pula baju t shirt yang dia nak aku memakainya pada hari tersebut. Nampak macam sedondong saja. Asalkan dia sudi mengikutku sudah cukup bagiku untuk bertolak ansur tentang pakaian.

Entah kenapa tahun ini program hari keluarga terasa terlalu hambar saja bagiku. Akhirnya aku tidak dapat bertahan lama lalu mengajak isteriku pulang. Lagipun isteriku berniaga di pasar malam dan dia harus membuat persiapan. Dalam perjalanan pulang aku sempat lagi membelok kearah pekan. Aku sendiri pun tidak tahu apa yang aku cari. Kelihatan lori sedang menurunkan buah durian. Terus aku berhenti. Terkejut isteriku.

" Abang nak beli buah durian ka. Abang ni tak boleh tengok buah durian. Sudahlah. Buah yang abang beli semalam pun ada lagi ". Aku hanya tertawa melihat kerisauan isteriku. Nasib baik dia tegur. Kalau tidak sudah pasti aku tidak dapat mengawalnya. Aku masih ingat akan kata-kata isteriku bila aku membawa pulang buah durian.

" Abang ni macam pajak pokok durian. Nah kira sudah beratus ringgit abang beli buah durian ". Aku sendiri tidak ingat berapa kos yang telah aku keluarkan untuk membeli buah durian.
" Tak apalah Nah. Rezeki Allah beri. Duit gaji sudah abang asingkan untuk tabung surau, masjid dan perkari lain kalau di perlukan. Insyaallah rezeki ada nanti ". Kata-kata yang membuat isteriku terdiam.

Aku turun dari kereta menuju ke gerai buah-buahan. Kali ini aku tertarik dengan buah ini. Sewaktu kecil jika musim buah aku pasti meminta ibuku membelinya bila ke pekan.
" Mak Diman nak buah jentik-jentik ". Kataku pada ibuku. Betapa gembiranya hatiku bila melihat ibu membawa pulang buah jentik-jentik. Sekali jentik saja terbuka kulitnya. Buahnya yang masam-masam manis amat menyelerakan. Aku menunjuk buah kepada isteriku. Namun dia tidak minat sebab masam katanya. Akhirnya aku juga yang menghabiskannya. Pernah anda merasa buah ini......

8 comments:

saing said...

Mcm kedua2 buah dlm foto tu sy x pnh tgk, apalagi nak makan...yg atas tu buah tampoi ke? yg bwh tu buah keriat ke..hehe, mcm salah kedua2nya.

Marina Monroe said...

Dua2 tak pernah makan..hu hu hu

MaMa MoDeN said...

salam saudara budiman...
dah lama tak singgah sini
MaMa MoDeN suka buah ni, jarang dah nak jmpa.. masa mula2 jumpa buah ni dulu macam jakun je, suka tang time nak jentik kulit dia tu....

Ariff Budiman said...

saiang..Salah kedua-duanya sebab dua gambar ialah buah yang sama. Kita tunggu dulu

Ariff Budiman said...

Marina Monroe....Kalau dua2 tak pernah makan. Susah nak teka buah apa ya

Ariff Budiman said...

MaMa MoDeN...Ya tepat. Suka nak jentiknya. Itulah namanya. Buah jentik

hrusli61 said...

JK besa tengok dan makan memang masam

Ariff Budiman said...

hrusli61...Betul cikgu tapi ada juga yang manis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...