Teman-teman

Wednesday, July 13, 2011

PLKN Pendapat Aku

Sudah berapa orang rakan-rakan yang bertanya aku mengenai PLKN sebab nama anak-anak mereka telah di calunkan. Simple jawapanku. Pergilah. Inilah peluang anak-anak kita berdikarai dan akhirnya mempunyai semangat jitu untuk berdikari. Aku bukanlah seorang pakar kaunseling. Apa yang aku sarankan hasil dari pengalaman anak aku sendiri yang namanya telah di senaraikan sebagai peserta PLKN bertempat di kem Tasoh Perlis. Ia berdekatan dengan Padang Besar. Bila melihat namanya telah dcalunkan di kem Tasoh Perlis anak gadisku menjadi tertekan. Ramai yang didengarinya yang mengatakan PLKN memang teruk. Jiran-jiran ada yang terlalu suka bila anak-anak mereka tidak disenaraikan. Menangis anak gadisku mengenangkan nasib malang namanya tersenarai. Emaknya juga tertekan melihat akan reaksi anak gadisnya.
" Bang macam mana anak kita bang. Asyik menangis saja ". Kata arwah Siti Aishah
" Nak buat macam mana. Kita tawakkal sudah. Allah ada. Lagi pun dia di Malaysia ". kataku menenangkan isteriku padahal aku juga seperti mereka. Aku lantas mencari rakan-rakan untuk meminta pendapat.
" PLKN memang tak guna. Kerajaan patut hapuskan saja PLKN ". Kata kawanku. Aku terus mencari rakan yang lain untuk mencari jawapan positif tentang PLKN.
" Kalau anak aku dapat, aku tak bagi dia pergi. Menyusahkan rakyat ". kata seorang lagi rakanku. Akhirnya aku mengalah untuk terus bertanya.

Aku melihat anak gadisku bertambah murung. Makan tak mahu dan asyik termenung. Si ibu juga menangis melihat anak gadisnya begitu. Selepas solat maghrib aku memanggil anak gadisku dan arwah isteriku.
" Kakak jangan risau dengan PLKN. Tak ada apa yang menakutkan. Kakak sudah di asuh oleh ayah dan emak dengan ilmu dunia dan akhirat. Kita sudah masuk hutan mengikuti program JIM. Inilah masanya kakak praktik apa yang telah di ajarkan. Kita ambil yang positif. Buangkan saja perkara negatif yang kita dengar " Terdiam anak gadisku mendengar nasihat ayahnya sambil mengesat airmatanya yang jatuh berguguran.

" Kem Tasoh Perlis tidaklah jauh. Insyaallah setiap minggu ayah dan emak akan kesana ".
" Sebenarnya kakak... semua ini adalah perancangan Allah. Mungkin Allah telah memilih kakak untuk meneruskan apa yang kakak lakukan. Ni kira Allah nak uji apa yang kakak sudah belajar dari program yang kakak masuk ". Alhamdulilah aku melihat anak gadisku semakin dapat menerima kenyataan ini. Arwah isteriku pun sudah mula tersenyum bila melihat anak gadisnya sudah mahu menjamah nasi. Kadang-kadang mendengar anak gadisnya menyanyi sedirian. Perbualan anak gadisku dengan rakan-rakannya yang turut tersenarai nama mereka menampakkan perubahan yang amat ketara. Dia pula yang memberi nasihat kepada rakan-rakannya. Tersenyum ibunya mendengar perbualan anak gadisnya.

Tiba masanya kami ke stadium Pisa untuk menghantar anak gadis kami. Seorang pegawai wanita kebetulan berada dekat dengan kami berkata
" Encik tak perlu risau. Kami akan layan mereka seperti anak kami sendiri ". Kata pegawai tersebut. Akhirnya bas express berjalan meninggalkan Pulau Pinang menuju Perlis. Isteriku menangis sebab itulah kali pertama ia berpisah dengan anaknya. Aku juga turut terkesan bila melihat air mata isteriku. Sudah empat hari anak gadisku disana. Namun tiada berita yang diterima. Bertambah risau isteriku. Akhirnya isteriku mendapat panggilan dari anak gadisku. Katanya PLKN memang best. Dia telah mendapat ramai kawan.
" Ayah..PLKN best la. Kalau kakak tau macam ni. Dah lama kakak apply. Hari minggu ni parent boleh datang melawat. Ayah dan emak nak datang ka ". Tanya anak gadisku dan bertambah gembira anak gadisku bila aku berkata yang ayah dan emak akan datang.

Sebelum subuh aku dan isteriku bertolak ke Perlis. Betapa gembiranya kami dapat berjumpa dengan anak-anak. Sampainya disana kami melihat lautan biru dengan pakaian pelatih. Mereka kelihatan cukup gembira. Setelah berada di sana sehari suntuk kami berangkat pulang dengan seribu rasa bersyukur. Perasaan risau sebelum ini telah hilang bila melihat sendiri keadaan tempat dan fizikal anak kami. Akhirnya hampir genap 3 bulan anak gadisku di Kem Tasoh. Ibu bapa sekali lagi di jemput untuk majlis anugerah pelajar. Bila sampai di sana, kami di sambut oleh pelatih PLKN dengan begitu mesra sekali lalu dibawa ke ke bangku yang telah disediakan. Betapa bangganya aku melihat anak gadisku bertarung dengan partnernya tanpa senjata walaupun terdapat kesan cedera di dagunya. Dia juga mendapat second dalam acara menembak dengan senjata M16. Betapa seronoknya anak gadisku dapat memegang rifle M16 ketika itu.

Kini semua itu telah menjadi sejarah kepada kami semua. Namun hasil dari PLKN, anak gadisku telah menjadi seoarang yang mempunyai hati yang cekal dan jitu. Dia dapat mengharungi dugaan yang telah menimpa keluarga kami walaupun berat mata memandang namun berat lagi bahu yang memikulnya. Anak gadisku kini tidak lagi menoleh kebelakang. Dia melangkah terus menempuh arus dugaan yang pasti akan datang pada bila-bila masa sahaja. Kepada pembaca dimana anak-anak telah dcalunkan sebagai peserta PLKN. Jangan risau. Izinkan dengan doa dan berilah kata-kata semangat kepada anak. Kepada ayah. Jangan kita menjadi seorang yang terlalu penyabar sehingga mendiamkan diri kita bila anak dan isteri kita memerlukan kita. Duduk dan berbincanglah untuk mengatasi masalah keluarga. Selamat maju jaya kepada adik-adik yang tersenarai sebagai pelatih PLKN. Tahniah dari Pakcik Warna Nostalgia. Anda telah terpilih. Jadi grab it.......


5 comments:

insan_marhaen said...

Anak IM yang 3 orang tu, sorang pun tak terpilih walaupun IM mengharapkan mereka dicalunkan.

nak apply sendiri malas la pulak...

kakcik said...

Anak kakcik si Angah telah mengikuti program ini tetapi tidak menghabiskan latihan kerana mendapat tawaran melanjutkan pelajaran. :)

tiqah kelantan said...

Assalamualaikum,,,saya juga bekas peserta kem plkn tasoh perlis,,,siri 5 kumpulan 1 2008,,,plkn bkn sja best tpi disitulah sya bljr berdikari,,n mgenal erti sbnr kwn sejati,,,,klau bleh sya nk lg pergi apakn daya sekli je seumur hidup,,,bygkn hbis 3bln latihan sya menangis krn terlalu rindukn kem tasoh,,rindu akan jurulatih yg baik n kawan2,,,,sape2 yg fikir plkn tu sesuatu yg mnakutkn itu salah,,,,disana kita diajar berdikari,,,dan alhamdullillah kita genap umur sya 22thun n alhamdulillah sya byk belajar dri plkn,,,,,thanks tuk semua warga kem tasoh

Ariff Budiman said...

Terima kasih Tiqah di atas respon ini

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...