Teman-teman

Friday, July 15, 2011

Tiba-Tiba Ia Berada Di Belakang

Aku di tugaskan di suatu tempat yang paling aku tidak seronok. Tempat ini suatu ketika dahulu ialah gereja. Akhirnya kini ia telah menjad stesen elektrik. Pernah dulu ketika melalui kawasan ini untuk ke tandas ada seseorang memanggil namaku, " Ariff...Ariff.. ". Meremang bulu roma aku ketika itu dan akhirnya terpaksa melupakan hajatku. Kini aku sudah berada di sini lagi. Sebelum kesini aku singgah di pasar malam. Aku beli satay 10 cucuk dan mee goreng. Memang nikmat kalau dimakan ketika lapar. Namun aku makan seorang diri dan tiada peneman.

Jam 3 pagi mulalah perut memulas. Kalau boleh aku nak mengelak dari masuk kedalam sebab aku sudah tahu tempat ini. Namun tuntutan perutku tidak mengizinkan aku berfikir terus. Aku terus melangkah masuk kedalam. Ketika baru saja menuruni anak tangga turun ketandas, aku terdengar bunyi tapak kaki dibelakang. " Tap..tap tap ". Aku mengaleh kebelakang menanti saat munculnya makhluk ini. Aku tahu benar ini bukan manusia tapi makhluk. Tepat sangkaanku. Muncul seorang lelaki berpakaian baju kot hitam menuruni anak tangga. Dia langsung tidak memperdulikan aku. Terus dia ketempat pembuangan urin dan kemudian terus hilang.

Cepat-cepat aku buat kerja aku dahulu. Takut pula nanti dia tumpang sekaki tempat duduk. Bila aku berjalan keluar aku terdengar tapak kaki berjalan mengikut aku. " Tap..tap..tap ". Tak boleh jadi ni. langkah aku semakin cepat. Aku lebih terkejut dan melompat keluar bila kucing terkejut melihat aku lalu mengiau dengan kuat. " Mioew....... ". Suaranya pun seperti nampak sesuatu. Jatuh terduduk aku diatas batu sambil mengurut lutuku yang sakit. Mungkin kucing tersebut juga nampak sesuatu. yang seronok juga kucing tersebut pun tidur sebelah aku. Laa....dua-dua takut. He he.... Aku nak balik rumah. badan sudah letih.

10 comments:

kakcik said...

Ish... tak nak la kakcik jumpa makhluk2 camtu!

saing said...

sure ke kucing tu kucing betul..ntah2, kucing jelmaan..kalau btl, maknanya WN tdo dgn makhluk halus semlm...hehe...sj nak mgusik, mceriakan hr jumaat

hrusli61 said...

Begitulah hidup ini ada makhluk-makhluk yang menumpang ruang.

Atau kita yang menumpang ruang mereka?

Ariff Budiman said...

kakcik...Betul-betul tapi kadang-kadang ia tak dapat di elak

Ariff Budiman said...

saing...Ishh..kucing betul tu. Dia tidur lena betoi

Ariff Budiman said...

hrusli61...Betoi cikgu. Kita saling menumpang antara satu sama lain jadi kita juga kena menghormati mereka.

BAYAN LEPAS said...

Hang jaga tempat tuu.., sorang diri ka,ariff.

insan_marhaen said...

Nasib baik juga sebab dah lepas qada' hajat.

Allah uji pada hamba yang mampu menghadapinya. Kalau kat IM jadi gitu, mau demam seminggu!

Ariff Budiman said...

Bayan Lepas..Ya benar. Akulah jurutera. Akulah Jurureknik dan aku jugalah kuli. Semua kerja kena buat seorang diri.

Ariff Budiman said...

insan marhein...Jumpa belum kadha hajat lagi. Dah jumpa baru kadha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...