Teman-teman

Thursday, October 13, 2011

Abang Jangan Tinggalkan Nah ya

Aku pulang dari kerja sudah lewat petang. Sudah 16 jam aku bekerja. Ingin benar aku mengajak isteriku ke pasar malam. Kasihan juga aku dengannya. Aku jarang berada di rumah kerana tuntutan ibadah kerjaku.
" Abang nampak letih. Abang tidurlah dulu. Nanti maghrib Nah kejutkan ". Aku akur dengan isteriku sebab aku sendiri amat keletihan. Malamnya aku akan bertugas kembali. Sedar-sedar isteriku berada disisku. Sudah maghrib rupanya. Setelah bersihkan diri dan solat maghrib aku kehadapan TV menonton siaran berita. Isteriku sibuk didapur untuk makan malam kami. Dibawanya sepinggan nasi bersama gulai ikan kering. Aku menjamah sedikit sahaja sebab dengan badan keletihan, hilang selera makanku.

Akhirnya aku mencari buah sengkuang untuk aku cicah bersama kuah rojak. Berselera pula aku dengan buah ini. Aku menukar channel ke astro Prima. Drama Titian Siratulmustaqim lakunan Nasir Bilal Khan dan Fauziah Nawi menarik minatku lalu aku mengajak isteriku menonton bersama. Kisah bagaimana sifat cemburu seorang isteri iaitu Fauziah Nawi terhadap suaminya. Melihat drama ini begitu cepat memori kisah aku dan arwah Siti Aishah bermain kembali. Aku terkenangkan tatkala arwah isteriku begitu cemburu bila melihat gambar aku bersama seorang wanita yang cantik dengan sejambak bunga yang di hulur kepadaku.

Berkali-kali aku beritahu yang wanita itu bukan kekasihku. Ia terjadi ketika aku menghadiri kursus kualiti anjuran departmentku. Setelah berada di penghujung kursus, setiap kumpulan telah diarahkan membuat persembahan manakala aku telah dilantik menjadi pengerusi majlis yang akan dihadiri oleh para VIP. Alhamdulillah aku dan rakan-rakan yang lain telah dapat melaksanakan tugasan kami. Akhirnya aku telah di cabar oleh rakan-rakan yang lain untuk menyampaikan sebuah lagu. Tujuan mereka ialah untuk mengenakan aku. Aku terima cabaran mereka dan memilih lagu Lamunan Terhenti nyanyian Aris Ariwatan.

Bila saja aku mengalunkan lagu itu maka riuh rendah dibawah stage memberi tepukan termasuk boss aku. Aku dapat rasakan flash menyinari tubuhku. Entah kenapa naik seorang wanita yang menjadi siulan dan usikan dari rakan-rakanku terus menghulurkan sejambak bunga. Bercahaya flash menyinari stage. Akhirnya kami diberitahu bahawa semua gambar akan di pos kerumah. Bagiku aku tidak kisah dan aku mengizinkan isteriku membuka setiap sampul suratku. Aku tidak pernah melakukan perkara yang diluar pengetahuannya.

Selang seminggu ketika aku pulang dari kerja aku melihat kelakuan isteriku berubah. Dia tidak seceria selalu. Aku tanya sepatah dijawabnya sepatah. Aku tanya lima patah perkataan tetap dijawabnya sepatah. Bahasa badannya menunjukkan yang ada sesuatu yang tidak kena dengannya. Setelah aku mendesak akhirnya dia menghulurkan gambar tersebut. Terbeliak biji mata aku bila melihat gambar dimana kelihatan aku dan wanita tersebut seolah-olahnya terlalu intim dengan gaya kami bergambar.
" Abang minta maaf Siti. Memang betul gambar tu gambar abang tetapi abang sendiri tidak sedar bilamasa orang mengambil gambar ni sewaktu abang menyanyi ". Terdiam isteriku mendengar penjelasanku.

Akibat terlalu menanggung perasaan akhirnya isteriku demam panas. Aku mengambil cuti 2 hari untuk menjaganya. Sambil menyuap nasi kemulutnnya aku bersuara,
" Siti. Tahu tak yang abang terlalu sayang dan cintakan Siti. Abang tak sanggup melukakan hati Siti. Terlalu banyak jasa Siti pada abang dan keluarga abang. Demi Allah Siti. Wanita tersebut bukan kekasih abang ". Aku terus menyuap nasi kemulutnya sambil bergenang airmata. Terlalu sebak aku ketika itu. Akhirnya Siti Aishah bersuara.
" Abang..Siti minta maaf sebab tidak percaya abang. Sebenarnya Siti takut abang tinggalkan Siti. Siti terlalu sayangkan abang. Abang jangan tinggalkan Siti ya ". Kata-kata itu membuatkan kami berdua menangis.

Mengalir airmataku melihat drama ini. Isteriku Rosnah juga begitu. Berkali-kali dia menyapu airmatanya sambil memandang wajahku.
" Abang jangan tinggalkan Nah ya ". Katanya padaku. Aku ingatkan itu hanya gurauan darinya. tapi ternyata dia begitu serius dengan permintaannya.
" Insyaallah Nah. Abang tak akan tinggalkan Nah ". Terus dia menyuapkan sengkuang kedalam mulutku. Tindakkannya membuatkan wajahnya dan Siti Aishah bermain-main dimataku. Sesungguhnya mereka berdua merupakan insan yang istimewa padaku.

9 comments:

Marina Monroe said...

Salam Ariff, You very lomantik!

Ariff Budiman said...

Marina Monroe..Manyak thank you hah.

saing said...

sama ada kita tggalkan org atau org tersyg tggalkan kita, itu pasti blaku.,jrg2 yg pergi bsama..tukan lumrah kehidupan..terngiang2 lagu p.ramlee, "jgn tggal daku;..bla, bla, bla..

Ariff Budiman said...

saing...Saya amat tersentuh mendengar lagu dendangan allarham S.M Salim dengan lagu Selamat Tinggal Bungaku

MaYa MustWany said...

sejauh mana insan tuh pergi,ingatan tak kan luput.macam abg ariff da kawin mesti lagi teringat.

macam mas w/p kami berkawan,masih gak tiap2 malam ingatkan arwah yazid.

Ariff Budiman said...

MaYa MustWany..Selagi Allah memberi kita ingatan selagi itulah memori itu tidak akan luput. Tentu arwah Yazid seorang yang baik kan.

MaYa MustWany said...

memang baik.masa mula2 hubungan kami,dia de luah nak masuk minang katanya takut terlambat.tapi mas pikir mas nak abizkan study and stabil kan diri dulu.parents pun tak berapa suka.sepanjang mas exam jauh2 n kelas,dia lah hantar pergi balik masa ke kelas,kalau exam sanggup tunggu berjam2 sampai habis.mas buat assignment tertidur,dia yang berjaga awal pagi teman mesej.dia sanggup ikat perut untuk beli hadiah..hadiah terakhirnya..and tak sempat tunaikan hajatnya ..

http://mustwaniekl.blogspot.com/2011/08/cinta-maya.html

Ariff Budiman said...

MaYa MustWany...itu yang Allah katakan iaitu manusia merancang dan Allah juga merancang. Namun perancangan Allah mengatasi segalanya. Ada hikmah di sebalik dugaan ini. Abg Ariff dah merasa akan suka duka. Sabarlah Mas. Mungkin Allah sedang merancang yang terbaik untuk Mas

MaYa MustWany said...

insyaallah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...