Teman-teman

Monday, October 17, 2011

Subhanallah. Tenang Dan Mendamaikan

Jam7 pagi tadi aku keluar untuk bertugas pagi. Bila memasukki Jambatan Pulau Pinang matahari sudah setia menjalankan perintah Allah. memang cantik lalu aku snap gambar ni. Blogger mesti bawa kamera kemana saja. manalah tahu ada gambar yang baik untuk dirakamkan. Jangan silap rakam gambar wanita sudah la no.

Ini dinamakan Kuala Juru. Tempat nelayan memunggah hasil tangkapan. Aku kerap juga kesini manalah tahu dapat ketam, ikan sembilang yang fresh. Baru2 ni dapat ikan duri. Buat asam pedas. Masyallah manis sungguh ikan baru.

Semua orang tahu dan dapat bayangkan bagaimana rupa pokok bakau. Ini dia bunga bakau. Bukan senang nak dapat tengok bunga ni. Kira WN bagi tengok free saja.

Inilah parit yang baru di korek. Kebetulan pagi ini air surut tidak kelihatan penjala-penjala. petang baru air pasang.

Parit yang lama di korek. Amat cantik dan bersih. Boleh mencari ilham untuk buat sajak. Kalau air pasang ia akan naik sampai paras atas. Seronok menebar jala.

Bersebelahan tempat aku bertugas juga terdapat penduduk yang menanam pokok tebu dan nenas. Kadang-kadang dapat juga merasa buah nenas. Moral gambar ini ialah kenapa aku suka sangat bertugas di tempat yang terpencil begini walaupun jarak rumah aku ketempat ini ialah 64 km pergi dan balik. Sebab utama ialah keadaan tempatnya yang tenang. Sunyi diwaktu malam walaupun disulami dengan pendatang tanpa izin. Aku merasa tenang disini.

Di sepanjang jalan menuju ke tempat kerja banyak bunga ini boleh dilihat. Di kampung ia di panggil bunga tahi ayam. Entah kenapa bunga ini mendapat nama sebegini.

8 comments:

kakcik said...

Memang sangat cantik gambar2 yang dirakam. Maha Suci Allah yang mencipta keindahan itu.

Ariff Budiman said...

kakcik..Allah cipta sesuatu untuk hambanya berfikir betapa hebat ciptaannya.

insan_marhaen said...

kelemahan IM ialah tak ada kamera. jadinya, kebanyakan panaroma alam tak dapat IM rakam untuk dikongsi bersama.

tulis aje la..

hrusli61 said...

Kala sunyi membelah jambatan
Pergi kerja mencari rezeki
Hidup sementara laksana tuntutan
Agar senang di kemudian hari

Ariff Budiman said...

insan marhein...Jadilah tu IM. Perkongsian itu datang dengan berbagai-bagai cara.

Ariff Budiman said...

hrusli61..Sebagai manusia kita pernah buat salah
Pohonlah agar taubat diterima
Ingat pesan junjungan Rasulullah
Ingat lima sebelum datangnya lima

MaYa MustWany said...

suka tengok pic pertama tuh

Ariff Budiman said...

MaYa MustWany...Memang cantik.Hari pula cerah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...