Teman-teman

Saturday, October 01, 2011

Terserempak Lagi Dengan Makhluk Halus

Aku amat jarang menceritakan apa yang aku nampak kebelakangan ini. Aku tidak mahu blog ini menjadi blog cerita hantu. Namun sekali sekala aku masuk juga entri ini. Nah entri kali ini aku akan menceritakan bagaimana aku terserempak dengan makhluk ini. Jam 12 tengahmalam aku bertolak dari tempat kerja di bandar menuju tempat kerja yang asal iaitu di kawasan pendalaman. Jam menunjukkan pukul 12.30 tengahmalam setelah aku meredah jambatan Pulau Pinang.

Gambar ini adalah hasil dari photoshop di tempat kejadian. Ia di edit untuk menggambarkan apa yang di lihat

Bila sampai di kawasan lorong yang telah dinaiki semak samun, hati ini sudah dapat merasai sesuatu. Aku dapat melihat dari kejauhan mata sesusuk tubuh dengan bertemankan lampu jalan yang samar. Aku memberhentikan motosikalku. Kalau aku datang dengan kereta harus aku redah saja lorong itu.
" Hai...nak terus ke nak tunggu dia hilang ". Bisik hati kecilku. Siapa yang tidak ada perasaan takut dan cemas. Bohong kalau aku katakan yang aku tidak takut walaupun aku kerap melihat lebih buruk rupanya daripada yang ini. Aku memberanikan diri ini dengan terus melalui lorong itu. Itulah satu-satunya lorong menuju ketempat kerjaku. Tiada jalan pintas lain.

Aku dapat melihat dari mata kasarku dengan amat jelas sekali lembaga yang berambut panjang sedang membelai rambutnya. Bila aku lalu menghampirinya, anak matanya menjeling kepadaku dan terus membelai rambut dan tidak mengindahkan aku. Terus aku pecut motosikalku. Inilah kali kedua aku melihat lembaga di tempat ini. Kali pertama ia duduk di atas pokok cenerai atau pokok buah yang digunakan untuk bermain buluh pedepung. Memang dia amat meminati dengan pokok ini. Lega hati ini. Janji dia tidak mengganggu aku sudah.

Jadi bagaimana perasaan pembaca sekelian kalau berada di tempat aku. Cuba bayang dan ceritakan. Kita kongsi pendapat.

8 comments:

insan_marhaen said...

IM so far, belum pernahjumpa atau terasa.

Orang lurus bendul macam IM ni agaknya 'benda' tu tak ada selera nak ganggu.

MAYA_mustwany said...

da biasa baca citer seram,tgk citer seram coz fav.

so takut xdela sgt.juz biasa.

dulu pernah panggil abah dlm pondok kebunnya,dah nak ampir senja,disahut suruh masuk pondok tuh tapi tergerak hati tak nak masuk.toleh2 kat belakang real my abah de tengah jalan nak ke pondok kebun.

Ariff Budiman said...

insan marhein...Ada rezeki nampaklah ia

Ariff Budiman said...

MAYA mustwany....Berani juga orangnya. Tahniah

kakcik said...

Kakcik tak ingin nak jumpa ... hehehe...

Ariff Budiman said...

kakcik..Jawapan yang ringkas dan penuh pengertian.

saing said...

buka sj blog, trs mata tertacap kat gbr tu, trs bdiri bulu roma, x sggup nak tgk, seriau btl..semput nafas dan kuruss smgatku..mta dijauhkan dr tjpa dgn makhluk2 sbgitu samada yg hensem, kacak, lawa, ctk, buruk, hodoh, smua x nakkkk...amin

Ariff Budiman said...

saing...Saya tersenyum sendirian membaca komen saing. Ini bukan gambar betul.Saya google mencari rambut panjang dan dapat yang ini. Terus saya edit dalam gambar di tempat kejadian. Takut juga saing no.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...