Teman-teman

Friday, October 28, 2011

Assalamualaikum Sayang

Aku sering melihat dan mendengar bila pasangan yang bercinta sering mengungkap akan kata-kata cinta.
" Hai sayang. apa khabar ".
" Rindulah ayang. lama tak jumpa. Ayang sihat ". Itulah perkataan yang pernah aku dengar bila pasangan yang bercinta berbual dengan pasangan masing-masing di talipon bimbit. Akhirnya bila di ijab kabulkan masih lagi terdengar perkataan sayang tapi sudah jarang dari selalu. Bila isteri sudah melahirkan cahaya mata mula perkataan itu berubah.
" Papa tolong belikan mama sayur ". Itulah si isteri bila meminta suaminya membeli sesuatu. lama kelamaan perkataan itu sudah menjadi sebati buat mereka. Hilang sudah perkataan sewaktu hangat bercinta dahulu. Bila anak meningkat dewasa dan berkahwin maka berubah pula ayat-ayat cinta.
" Tok wan hang tolong pi kedai beli sayur ".
" Aku nak pi kedai. Tok hang nak kirim apa ".

Pagi ini sengaja aku ungkapkan perkataan sayang kepada isteriku bila tiba di gerai. Bukan tak pernah aku ungkapkan perkataan ini tapi sengaja aku bergurau di depan anak.
" Assalamualaikum sayang ". Tersenyum isteriku sambil menjawab salamku. Anak gadisnya tersenyum simpul bila aku memanggil ibunya sayang.
" Rasa pelik la ayah panggil mak sayang ". kata anak gadis kepada ibunya.
" Tak apa. Mak suka ". Kata isteriku kepada anak gadisnya. Aku yang mendengarnya tersenyum.
" Orang muda tak apalah sebut sayang. Ni dah tua ". Gurau anak gadis isteriku.

" Itulah yang pasangan sekarang melakukan kesalahan. Sebelum kahwin sayang lah, darlinglah. i miss you la. Tapi bila sudah kahwin hilang perkataan tu semua ". Aku berkata kepada anak tiriku. Tersenyunm sumbing dia.
" Biarlah perkataan sayang berkekalan sehingga akhir hayat kita. Rasulullah pun sering memanggil isteri baginda Ya Humairah ( Yang kemerah-merahan ) ". Kata-kataku membuatkan anak tiriku terdiam terus tanpa suara. Malukah kita untuk memanggil dengan panggilan yang romantik. Apakah kita suka dengan panggilan emak hang, abah hang, tok hang dan tok wan hang. Apakah perkataan ini hanya layak di guna pakai bila sudah tua...

9 comments:

kakcik said...

Suami kakcik sesekali bergurau juga macam tu. Kakcik suka. :)

Marina Monroe said...

Salam Ariff,

Akak dan Abg masih guna sayang lagi.
Kami memang amat sayang menyayangi.
Tak perlu malu sebab memang kita sayang kat pasangan kita.
Anak2 akak dah faham sebab dr kecik sampai lah mereka dewasa mendengar perkataan sayang dr Papa dan Mamanyer.

Ariff Budiman said...

kakcik..Memang lovely kalau di ucapkan kepada pasangan kita begitu.

Ariff Budiman said...

Marina Monroe..Subhanallah akak memang loving couple. Tahniah

a kl citizen said...

bagus juga menambah kasih... mula2 janggal, dah lama nanti biasa

Ariff Budiman said...

a kl citizen...betul tu cikgu. lama-lama dan serasilah

insan_marhaen said...

IM geli juga bila dengar bahasa ayang ni.

tapi lagi geli bila dengar bahasa mak hang.

IM lebih selesa panggil nama isteri seperti masa masih bercinta dulu...

dan takkan berubah walaupun akan mendapat cucu...

Ariff Budiman said...

insan marhein..Benar IM. Saya pun memanggil isteri dengan panggilan nama saja. Panggilan sayang hanya gurauan sekali sekala

Ariff Budiman said...

insan marhein..Benar IM. Saya pun memanggil isteri dengan panggilan nama saja. Panggilan sayang hanya gurauan sekali sekala

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...