Teman-teman

Saturday, October 08, 2011

Kasihan Ibu Mertuaku

Aku menerima panggilan talipon dari keluarga arwah Siti Aishah. Bergegas aku kesana secepat mungkin. Aku melihat ibu mertuaku dalam keadaan murung. Aku diminta naik keatas rumah lalu ditunjukkan sesuatu. Lebah telah membuat sarang didalam almari. Semenjak pemergian arwah isteriku semenjak tahun 2008 ruang atas tidak lagi di duduki. Selalunya isteriku amat rajin mengemas. Setiap minggu kami akan tidur dirumah mertuaku dan isteriku akan mengemas bermula dari halaman dan di atas rumah.
" Pasai apa mak nampak sedih saja ". Aku bertanya kakak ipar.
" Anai-anai makan duit mak sebanyak RM1000 ". Terkejut aku mendengar. Patutlah aku melihat ibu mertuaku mengalir airmata sewaktu bersalaman denganku.

Duit yang disimpan untuk belanja seharian telah dimakan anai-anai. Apa yang mampu aku lakukan selain bersimpati terhadap ibu mertuaku. Mungkin ada hikmahnya.
" Sabarlah mak ". Itulah ayat yang mampu aku katakan.

7 comments:

Marina Monroe said...

Salam Ariff,

Emm...org kampung suka benar simpan duit bawah tilam, kat kepok padi, dlm almari dlm lapisan kain batik memang biasalah..kesian sampai di makan anai2, tak terkata akak sebab nilainya banyak tu..

insan_marhaen said...

tak boleh jampi ke WN. kut kutlah boleh jadi macam original balik....

Anonymous said...

Pengalaman saya dulu pernah duit mak di kampung di makan anai2, jika tak hancur semua, boleh di bawa tukar kat Bank Negara kat Padang Kota tu. Kena isi borang sikit, settle semua.

Ariff Budiman said...

Marina Monroe...Nak buat macam mana.Saya juga tak terkata

Ariff Budiman said...

insan marhein...Ilmu tu WN tak amal. Ha ha

Ariff Budiman said...

Anonymous...Duit emak mertua saya setengah rosak

MaYa MustWany said...

fuhh anai2 kelas atasan tuh..nak makan duit jew kan.he2.~cian mak cik..xper..insyaallah..de hikmah sebalik tuh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...