Teman-teman

Friday, October 07, 2011

Tak Jemu Ker

Sedang aku bersama kontraktor,aku didatangi oleh pengawal keselamatan
" Encik Ariff. Kakak yang jual ikan sembilang kata esok ada gulai sembilang ". Aku tersenyum sambil mengucapkan ribuan terima kasih kepadanya. Aku akan bekerja malam dan bila jam 7 pagi aku selalu ke pekan mencari kuih muih dan kadang-kadang aku beli gulai sembilang untukku cicah dengan roti. Aku pulang kerumah lalu aku cerita kepada isteriku.
" Perempuan tu suka dekat abang kut ". kata isteriku sambil tersenyum.
" Siapalah nakkan abang yang tak handsome ni ". Gurau aku.
" Handsome tu tiada tapi baiknya terlebih ". Kata isteriku yang membuat aku tertawa.

Jam 7 pagi aku terus keluar untuk mencari gulai ikan sembilang. Bila sampai dan belum turun dari motosikal lagi aku telah diberitahu yang kepala sembilang sudah disimpan untukku. Kali ini aku teruja melihat begitu besar sekali kepala ikan sembilang. Aku membayar harga sebanyak RM4.50. " Esok ada lagi ikan sembilang ". Kata wanita yang menjual dan ditemani oleh anaknya.

Sebelum aku pulang kerumah aku memetik dulu ulam beluntas dikawasan berhampiran tempat aku bertugas. Embun masih melekat dipucuk beluntas yang kehijauan. Memang mengasyikkan ketika memetik ulam ini. Aku pulang dan singgah di gerai isteriku. Aku tunjukkan kepadanya kepala ikan sembilang.
" Abang ni teringin ikan sembilang atau nak tengok tuan yang buat ". Perli isteriku.
" Tak jemu-jemu abang dengan ikan sembilang ". kata lagi isteriku.
" Bila hati dah suka nak buat macam mana ". Aku pula menambah. Sewaktu aku bersama arwah Siti Aishah dia juga risau bila aku kerap membawa pulang kepala ikan sembilang.
" Kerap sangat abang ni bawa balik ikan sembilang. Abang tak jemu ka ". Gurau Siti Aishah.

Bila dah petik pucuk beluntas tiba-tiba teringat akan sambal nyiur yang dibuat oleh arwah Siti Aishah. Semenjak dia tiada lagi, tidak pernah aku merasa sambal nyiurnya yang sedap dicicah bersama ulam-ulaman. Tiba-tiba teringat ibu mertuaku yang juga pandai buat sambal nyiur. Selepas pulang dari gerai, aku singgah dirumah ibu mertuaku
" Mak. Budiman nak tanya macam mana nak buat sambal nyiur ". Tersenyum ibu mertuaku. Tidak banyak cakap sama seperti anaknya.
" Senang saja. Mai mak nak buat ". Apalagi terus aku berikan nyiur yang dibeli.
" Nanti Budiman mai ambil sambal ni ". Terus dibawa masuk kedalam rumah.

Setelah aku bangun dari tidurku, terus aku siap dan kerumah ibu mertuaku. Diberinya sambal nyiur. Aku rasa sedikit. Memang sedap sambal ni. Bila pulang isteriku terkejut sebab menyangkakan aku yang buat sambal nyiur. Dihulurnya sebungkus nasi. Katanya nasi dalca. Isteriku tahu yang aku berminat dengan nasi dalca.

" Kan abang kerap cerita yang abang suka makan nasi minyak dengan gulai ikan sembilang. Ni Nah beli dekat abang ". Tak sangka ya. Ingat juga dia dekat aku . Apalagi jam sudah 2 petang dan perut sudah lapar. Memang menyelerakan makan nasi dalca bersama gulai kepala ikan sembilang. Cicah pula dengan pucuk beluntas. Subhanallah. Isteriku yang tidak pernah makan ulam bersama sambal nyiur pun turut memuji. Aku sudah tahu cara nak buat sambal nyiur. Bila teringin boleh la aku cuba. Isteriku buatkan aku air halia madu. Katanya tak bagus minum air ais. Nanti perut buncit. Alhamdulillah rezeki Allah beri. Kenyang perut...dan mata mulai mengantuk.

10 comments:

kakcik said...

Anak2 kakcik pun pandai dan suka makan sambal nyiur - kadangkala kakcik campur tempoyak di dalamnya. :)

Marina Monroe said...

Salam Ariff, sedap sambal kelapa..akak selalu makan dgn ulam pudina dan ulam selom..

akuzle said...

sambal nyiur? sy br tau neh.kalo org Klate pnya version kelapa grg+air nnesan+ikan rebus goreng+gula+garam... n mkn ngan nasi impit

Ariff Budiman said...

kakcik...Saya tak suka tempoyak

Ariff Budiman said...

Marina Monroe...Ulam selom memang best juga. Buat laksa blh guna ulam ni juga

Ariff Budiman said...

akuzle...Jolo2. Meme sedap makan dengan nasi himpit. Mungkin caranya berbeza namun tetap ada nyiur.

luahfikiran said...

SALAM,
SAMBAL NYIUR, NAK, NAK! NAK RASA ! ARUAH EMAK SELALU BUAT BENDA NI !

saing said...

kalau sy dpt ulam tu lak,sy nak mkn dgn budu dan ikan rebuh...msti btambah spai 3 pggan..sedak weh WN

Ariff Budiman said...

luahfikiran...Nyiur mesin di rumbuk halus. kemudian gaul saja dengan sambal belacan. jadilah sambal nyiur

Ariff Budiman said...

saing...Macam mana ya make budu tu. Hambo tak pernah raso walaupun sudah beberapa kali ke pasir Putih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...