Teman-teman

Wednesday, September 28, 2011

Senang Saja Nak Buat

Aku mendapat panggilan dari anak saudara bertanya samada isteriku boleh menerima tempahan bihun Singapore untuk jamuan hari raya. Semenjak aku berkahwin dengannya belum pernah aku merasa bihun singapore. Aku tahu dia tidak berapa pandai dengan bihun singapore. kalau bihun Malaysia memang sedap kalau isteriku yang menggorengnya. Aku pernah berkata kepadanya yang aku amat suka makan bihun singapore tapi aku tidak beritahunya siapa yang goreng. Mungkin isteriku faham apa yang dimaksudkan.
" Nah tak pandailah buat bihun Singapore. Malu nanti tak sedap ". Itu jawapannya bila aku bertanya kepadanya. Akhirnya aku meminta bantuan dari keluarga arwah Siti Aishah. Mereka juga merupakan orang yang pandai di dapur. Hairan..mereka juga berkata tidak pandai dengan bihun singapore.

Akhirnya aku menalipon ibu angkatku untuk bertanya cara-cara membuat bihun singapore. Mendapat resipi dari ibu angkatku, isteriku pun memberanikan dirinya menggoreng bihun singapore. Bila di hidangkan di hadapanku rasa ghairahku kembali dengan bihun yang lama tidak aku sentuh.
" Macam mana bang. sedap tak bihun ni ". Tanya isteriku.
" Masyaallah. Memang sedap Nah goreng. Pandai pun ". Puji aku
" Aishah goreng sedap tak ". Tanya isteriku dan aku pula terdiam mencari ilham.
" Isteri mana goreng pasti sedap. Aishah goreng pun sedap. Nah goreng pun sedap ". Aku yakin jawapan aku itu merupakan jawapan yang tidak menyebelahi sesiapa. Senyum isteriku bila aku menambah lagi. Kira sedaplah tu.

Isteri mana pun pasti merasa gembira bila suami mereka memuji masakan mereka. Suami mana pun pasti bersyukur bila pulang dari kerja isteri sudah menyediakan makanan di atas meja. Kadang-kadang suami isteri bekerja tapi bila pulang isteri menyambung tugas di dapur pula. Sekali sekala kita sebagai suami bantulah sama isteri bak kata pepatah melayu berat sama dipikul. Ringan sama dijinjing. Sekali sekala kita jadilah Mr Mama.

7 comments:

kakcik said...

Petang semalam kakcik buat puding karamel untuk kali ke berapa entah. Di belakang kakcik, suami cakap pada adik kakcik 'sedap juga bini aku masak'. Hehehe.... :)

Khahar said...

Tengok aje dah tahu pasti sedap. Suruh oramg rumah buatkan bekal mi hoon putih untuk kerja malam.

saing said...

harap blh kongsi resepi WN?mcm sedap. yg mee spore kaler merah pandai buat x? yg tu pun sedap. kakak angkat sy org spore hidangkan laksa goreng ms bkunjung rmh dia. kena btl dgn selera sy, btambah 3x..mmg sedap

Ariff Budiman said...

Khahar...Memang sedap hasil air tangan isteri

Ariff Budiman said...

saing.... Mee singapore colour merah tak pandai. Laksa goreng saya pernah makan. Nanti saya beri resipi bihun singapore

bearcat said...

hehe lain kali boleh tempah kat maknjang Nah...senang ja nak buat bihun tu...tapi hari tu tak menang tangan dengan Iman demam lagi.

Ariff Budiman said...

beracat...Insyaallah boleh try nanti

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...