Teman-teman

Monday, September 19, 2011

Gatal Mulut Sangat

" Malam ni Nah goreng nasi. Sayang kalau di biarkan basi ". Kata isteriku untuk makan malam kami. Selepas solat maghrib isteriku membayangkan kerisauannya untuk ke Medan tahun hadapan. Takut dia dengan gempa bumi yang baru-baru ini melanda sumatera.
" Bang kita batal saja kesana. Nah takut la ". Kata isteriku.
" Kalau nak mati di atas katil pun kita mati. Tak payah tunggu gempa ". Aku berkata kepada isteriku.
" Tu betul bang. Tapi kita boleh elak kan ". Kata lagi isteriku sambil tersenyum.

" Tak boleh batal Nah sebab abang sudah bayar duit ". Aku berkata kepada isteri.
" Jom la kita pergi. Abang buat yang ini untuk kita juga ". Aku memujuk isteriku.
" Tengok lah tahun depan macam mana. kalau kerap sangat Nah tak berani pergi ". Kata isteriku
" Kalau Nah tak mau pergi abang bawa orang lain ". Gurauku kepada isteriku. Itulah yang aku suka lakukan ketika bersama arwah Siti Aishah. Faham benar dia dengan gurauanku.
" Bagus juga abang bawa anak lelaki abang ganti Nah ". kata isteriku gembira.
" Tak..tak bukan anak lelaki abang tapi orang lain. Tunggu abang pelawa saja ". Gurauku. Terdiam isteriku bila mendengar kata-kataku.

" Abang jangan buat Nah macam ni ". Terus dia bangun masuk kedalam bilik. Sedih dia sehingga mengalir airmata. Aku pula tergaru-garu kepala di atas keceluparanku bergurau.
Akhirnya dari nasi goreng yang di idamkan, aku hanya menyicah roti gardeniar bersama air kopi. Terpaksa aku memujuk isteriku.
" Kesian dekat abang. Abang ni anak yatim ". Kataku
" Abang ada juga emak. Nah ayah dan emak tak ada ". Ya tak ya juga. Aku kantoi
" Nah abang minta maaf. Abang bergurau saja. Hanya Nah di hati abang ". Namun masih tidak lut. " Kesian dekat abang. Cicah roti saja malam ni. Entah kenapa teringin benar nasi goreng. Abang rasa macam Nah menagndung pula ".. Gurauku lagi.
" Abang jangan dok buat pasal pula ". Kata isteriku. Namun senyumannya melegakan aku.

" Ala Nah sorry la. Abang gurau saja. Kita tengok dulu tahun depan ok ". Akhirnya bertuah juga aku malam tu sebab masih dapat menikmati nasi goreng. Dalam hati aku berkata, " Dasyat juga isteriku ni kalau merajuknya datang. Minta simpang ler.... ". Sewaktu menonton berita TV3, di tunjukkan berita tentang gempa bumi melanda India.
" Takutnya bang ". Aku terus diam membisu tanpa jawapan...

8 comments:

saing said...

sy jdi ke india awal nov ni, memang takut dgn kjadian gempa tpi tawakal je. dulu pun g bgkok msa pergolakan politik di sana, alhamdulilah smua slamat

Ariff Budiman said...

saing....Tahniah semoga berjaya dalam bidang yang di ceburi.

Anonymous said...

hati perempuan lagi2 if isteri,memang di pujuk,insyaallah hatinya tetap akan lembut dan memaafkan.

Ariff Budiman said...

MAYA_mustwany...Terima kasih. Insyaallah lembut la hati dia kalau di pujuk tu.

Kakcik Seroja said...

Hahaha.. buatlah bergurau tak kena gaya! :)

Guru said...

kena doa banyak2 lah tu, supaya sampai dengan selamat dan balik pun dengan selamat :)

Ariff Budiman said...

kakcik...He he. Maharaja lawak

Ariff Budiman said...

a kl citizen...Insyaallah sedang ligat berdoa kepada Allah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...