" Ok selepas maghrib sebelum makan kita kayuh basikal dulu ". kataku pula kepada isteriku yang mengambil positif ajakanku. Selepas maghrib aku mulakan sesi latihan untuk ke saiz M. Mindset aku dari mula lagi sudah tewas.
" Susah la Nah abang nak turun sampai M ". Kataku kepada isteriku yang hanya tersenyum.
" Ala abang dah turun dari size 3 XL. Tak kan size M abang tak mampu ". Isteriku terus memberi semangat. Aku hanya tersenyum. Dalam hati aku berkata " No mungkin...no mungkin ".
" Nah tengok abang ni setakat diet tak ada masalah. Cuma satu saja abang tak boleh tinggal ". Kata isteriku yang membuat aku terdiam. Apa yang dia tahu habit yang aku tak boleh buang.
" Nah tengok abang ni setakat diet tak ada masalah. Cuma satu saja abang tak boleh tinggal ". Kata isteriku yang membuat aku terdiam. Apa yang dia tahu habit yang aku tak boleh buang.
" Apa dia...bagi tau la". Tanyaku. Suspen juga. Apa yang tak kena dengan aku.
" Yang abang tak boleh tinggal ialah...minum air ais. Tu yang buat perut buncit. Cuba abang jangan minum air ais. Insyaallah abang akan nampak lebih handsome. Badan sudah kurus. Cuma perutnya yang masih belum susut ". Tertawa isteriku sambil menegur.
" Tu yang susah Nah abang nak buang. Ok abang minum ais tengahari saja. Waktu lain abang minum air kosong ". Geleng kepala isteriku bila aku tetap tak boleh tinggalkan air ais. Berpeluh juga kami setelah mengayuh basikal. Perut terasa berkeroncong pula.
" Abang try pakai kasut ni. Ia baik untuk lutut. Nah beli untuk abang ". Baiknya isteriku. Sebab itulah aku sayang dekat dia seperti sayangnya aku terhadap arwah Siti Aishah. Watak mereka adalah sama. Caring...
Sakit juga permulaan mencubanya. Rasa sepewrti berjalan di atas batu-batu yang terdapat di taman permainan. Kata orang selepas memijak ini kita kena minum air kosong banyak-banyak. Selepas selesai tugasan size M makan makan time pun bermula. Isteriku menghidangkan sebiji roti yang dikongsi bersama dah di cicah dengan kuah kari ikan. Alhamdulillah. Permulaan yang baik.
" Ingat bang. Banyak minum air kosong. Doktor pun sudah pesan ". Aku tersenyum sambil terangguk kepala tanda tidak membantah arahan jururawat peribadiku...Moga-moga berjaya...Ohh ais kacang pula di TV. Memang dugaan....
8 comments:
Pelan-pelan kayuh, kalau berterusan, mesti turun nanti. :)
kakcik...Kata orang biar berdikit tapi berterusan
InshaAllah, ada kemahuan mesti ada kemajuan..
Marina Monroe...Mudah-mudahan begitulah
kasut tuh...eeee sakit..dulu pernah ada kat umah.hanya abah mas je leh pakai.sekarang entah mana la dicampak..sakit.mas pijak sikit pun da sakit.
MAYA_mustwany...Memang mula2 akan terasa sakit. lama kelamaan sudah biasa dan alhamdulillah dapat merasai perubahannya.
senaman kayuh basikal ok x utk org ada sakit lutut?jgn kuat sgt mgayuh WN.koho2 je
Saing...Saya kayuh pelan2. Bila dah pijak kasuk urut rasa ok pula lutut ni.
Post a Comment