" Abang pakai baju yang ini ". Kata isteriku sambil menghulurkannya kepadaku. Aku mengambilnya sambil membelek-beleknya dan meletakkannya kembali. Setelah selesai bersihkan diri aku terus menyarung baju sambil di perhati isteriku dengan senyuman. Bila selesai memakainya isteriku terkejut. " Ya Allah bang. Abang dah gemuk ke ". Panik juga aku dengan perkembangan terkini tubuhku selepas hari raya. Baju yang di sarung bagaikan menyarung buah nangka. Padat dan ketat.
" Betullah Nah abang sudah gemuk ". kataku kepada isteri dengan wajah muram. Hilang selera hendak kebandar.
Aku membuka kembali baju yang dipakai. Isteriku membelek-belek baju dan akhirnya..
" Bang baju ni saiz M la dan bukan XL ". Kata-kata isteriku membuat hati aku merasa lega.
" Jadi abang tak gemuk la ". Tertawa isteriku dengan kepanikan aku. Mungkin penjual tersalah mengambil baju. Aku mencuba size XL tapi mendapat siza M pula. Resit pun dah kemana halanya. Apa pun aku merasa lega dengan perkembangan ini. Hairan juga aku. Tak kan sehari sekali saja aku menyentuh nasi boleh menggemukkan. Aku sudah mula jogging tapi di dalam rumah saja dengan mesin track. Harapannya berat badanku semakin menurun...insyaallah.
6 comments:
hehehe cuba turunkan berat badan sampai boleh pakai size M tuh..
Marina Monroe...Oyooo isteri saya pun kata macam tu.
cehh suspen tuh..he2..resit mas tak pernah buang.mesti de dalam file&sampul surat.baju saiz M anggap je la pembimbing.
MAYA mustwany...Walaupun perit untuk menurun sehingga size M. Jenuh ooooo. Akan ku cuba insyaallah.
cubo2 jange tok cubo, kihkih..bila agaknya nak nengok WN berubah saiz ni?sebulan? 2 bulan? xpelah WN, koho2
saing...Susoh susoh betul. Banyak cobaaan.
Post a Comment