Teman-teman

Friday, September 23, 2011

Rezeki Hari Jumaat

Hari ini aku bekerja pagi di tempat kerjaku yang asal. Jam 11 pagi sengaja aku ke Kuala manalah tahu kalau ada rezeki nelayan membawa pulang hasil tangkapan mereka. Memang kelihatan bot-bot yang baru sampai. Mungkin hari ini Jumaat jadi mereka pulang awal sebelum masuk waktu solat Jumaat. Terdapat udang, ikan gelama, ikan duri, ketam dan ikan-ikan kecil.

" Encik semua ni satu besen RM30 mau ka ". Tanya nelayan. Terbeliak biji mata bila melihat udang yang besar. Ikan duri yang banyak. Terbayang ikan duri dimasak asam pedas dan kari. Ikan gelama di goreng. Fresh lagi tu. Akhirnya aku mengambil kesemua dan terbanyang bila membawa pulang sudah tentu isteriku terkejut melihat begitu banyak ikan. Macam borong di supermarket.

4 comments:

Kakcik Seroja said...

Kalau kakcik yang ditawarkan macam tu, memang tak fikir panjang untukm memborongnya. :)

saing said...

sy mmg suka ikan..sedapnya kalau yg segar digoreng celup tepung cicah sos..rezeki WN hari jumaat mgkin sbgai ganjaran atas sesuatu kebaikan yg dibuat?..wallahualam

Ariff Budiman said...

kakcik.. Memang sesiapun pasti tak fikir panjang kalau sebesen ikan di tawarkan

Ariff Budiman said...

saing....Kebaikannya ialah saya beli sebungkus nasi untuk kucing.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...