Teman-teman

Friday, September 09, 2011

Ini Yang Dikatakan Rezeki

Sudah sebulan aku begitu manja. Tiada aktiviti berat yang dilakukan. Aku tidak berpeluang kedapur sebab ianya di conquer oleh isteriku. Apa yang dimasak olehnya itulah yang menjadi juadah berbuka atau bersahur. Bila aku pulang dari bertugas dia menjadi penyambut setiaku. Kini ramadhan telah berlalu dan isteriku telah mula berniaga kembali. Ini bermakna aktiviti lamaku bermula. Apalagi kalau bukan tawaf. Kadang-kadang isteriku marah-marah bila aku pulang bertugas jam 1 pagi, pukul 7 pagi aku sudah nak keluar tawaf mengikutnya.
" Abang tidurlah dahulu. Hilangkan letih dulu ". Kata isteriku bila melihat aku menyarung seluar dan t shirt. Akhirnya aku akur dan menyambung kembali tidurku.

Sedar-sedar jam sudah 10 pagi. Aku membeli kuih untuk makan bersama isteriku di gerai. Tersenyum isteriku bila melihat aku sampai. Sambil melihat jam di dinding,
" Lewat abang sampai ". Kata isteriku.
" Itulah. Suruh abang tidur lagi ". Tertawa kecil dia mendengar akan kata-kataku. Akhirnya setelah lama berada di gerai aku pun mulalah jelajah di pekan yang telah aku tinggalkan selama sebulan untuk mencari buah-buahan.
" Hai..takkan raya lagi... ". Bisik hati kecilku bila gerai buah tidak dibuka.


Hari ini aku bertugas pagi. Sengaja aku singgah di warung kopi. manalah tahu untung-untung aku dapat kepala sembilang. Melihat jam ditangan 8.30 pagi. Kalau ada pun sudah tentu orang lain yang beli dulu sebab ikannya fresh. Tidak disimpan 3 atau 4 hari. Hari ini dapat, esok sudah masak kari. Bila sampai di warung kelihatan begitu ramai yang sedang menjamu selera. Motor diletakkan dihadapan sekali.
" Bang hari ini tinggal isi sembilang saja. Kepala orang lain dah ambil. Hari ini besar-besar bang. Saya tak tau abang kerja hari ini. Kalau tidak boleh saya simpan ". Kata tauke warung.

Aku hanya tersenyum walaupun dalam hatiku berkata..ruginya..
" Tak apa. Tak ada rezeki hari ini ". Kataku kepada tauke warung.
" Kalau encik nak, ambillah kepala sembilang saya. Esok saya boleh beli lagi ". Kata seorang pemuda kepadaku.
" Tak apa. Saya bukanya teringin sangat. Isi pun tak apa ". Aku berkata padanya padahal bila melihat kepala sembilang yang dihulurkan kepadaku membuatkan aku menelan air liur.
" Tak apa. Ambillah abang. Abang dok jaga kawasan kami. Esok ada lagi ". Dia terus menghulurkan kepala sembilang kepada tauke warung untuk dibungkus. Aku mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepadanya. Dalam hatiku melonjak gembira bila Allah memberi rezeki kepadaku...

" Esok abang mau ke kepala sembilang. Saya tolong simpan ". Tanya tauke warung. Namun cepat-cepat aku menolak sebab esok Sabtu, aku telah mengambil cuti untuk ke Perak...
Sampai saja di tempat kerja terus aku buka bungkusan nasi. Fulamak wanginya kari kepala ikan sembilang. Dengan lafaz Bismillah aku terus meredah nasi yang baru aku beli. Lama tak makan ikan sembilang....

Aku pernah ingat bila isteriku berkata, " Apa yang sedap sangat ikan sembilang ni ".
" Hanya orang tertentu saja yang tahu akan nikmatnya ". Kataku kepada isteriku yang hanya mencebikkan mulut.

12 comments:

Kakcik Seroja said...

Sembilang ke tu? Kenapa kakcik nampak macam lauk ayam je? :)

Ariff Budiman said...

Kakcik..Dalam gambar memang nampak kecil tapi saiznya besar tapak tangan saya. He he

Hajjah Noraini @Nanie said...

faberet akak bila dimasak lemak cili api..fuhhhh

Ariff Budiman said...

Marina Monroe..Sedap ke ikan sembilang masak lemak. Saya tak pernah rasa lagi

Ikhlas Cheross said...

jom pi mancing port smilang kt batu maung..

Ariff Budiman said...

Ikhlas..Nanti pakjang cek hari bila kita boleh memancing. Janji sembilang

insan marhaen said...

Sembilang masak tempoyak lagi sedap...

Ariff Budiman said...

insan marhein...WN belum pernah makan lagi masak ni. Ikan patin masak tempoyak keraplah

Hajjah Noraini @Nanie said...

Ikan sembilang kena salai dulu..baru dimasak lemak cili api..memang sedap..hehehe

Ariff Budiman said...

Marina Monroe..Dengar pun sodap. Insyaallah akan saya minta isteri cuba he he. Terima kasih akak.

saing said...

jolo2, sembilang salai masak lemak cili api mmg terangkat, sodap bebenor..cpr pulak dgn belimbing buluh...x terkata sodapnye

Ariff Budiman said...

Wah saing juga peminat masak lemak cili padi. Saya pula tak suka masak lemak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...