Teman-teman

Sunday, September 04, 2011

Aidil Fitri 4 - Elak Dan Serang

Aku dan isteri keletihan setelah sehari suntuk melayani tetamu. Hati ini cukup gembira sebab rumah kami telah dihadiri ramai kaum keluarga. Setakat letih sedikit tidak menjadi hal. Harap mereka berpuas hati dengan layanan kami. Sekejap saja sudah tertidur. Selepas solat subuh sekali lagi menyambung tidur. Sedar-sedar jam sudah pukul 10 pagi. Bergegas bangun sebab harus ke Tesco mencari barang keperluan sebab anak gadisku pula akan membuat rumah terbuka menjemput kawan-kawannya pada hari Sabtu. Dengan masa yang terhad sebelum solat Jumaat bergegas kami kesana.

Selepas solat Jumaat aku menerima panggilan di arah bertugas. Nak buat macam mana. Dah tugas. Isteriku membungkus kuih kapit dan loyang kesukaanku untuk dibawa berhari raya di tempat kerja. Badan masih lagi terasa letih. Jam 12.30 malam aku sampai di rumah. Isteriku menyediakan nescafe sebelum tidur. Tapi bila sudah minum nescafe mata menjadi tidak mengantuk. Kami berborak sehingga jam 2 pagi. Ada saja cerita isteriku maklumlah siang hari begitu sibuk. Manalah sempat nak berborak. Entah bila aku melelapkan mata. Kali ini aku dibawa kembali ke zaman persekolahanku. Aku merupakan seorang pengawas sekolah. Kerap juga aku membuat laporan kepada guru disiplin yang melibatkan salah laku pelajar. Ramai yang sudah menerima padahnya. Maka aku menjadi musuh kepada mereka.

Suatu hari aku mendapat tahu ada seorang pelajar yang suka membuli dan menggugut pelajar yang lain. Aku terus membuat laporan kepada guru disiplin. Kali ini aku kantoi sebab pelajar tersebut mendengar. Setelah aku keluar dari bilik guru, aku disekat oleh pelajar tersebut. Baju aku dicekaknya lalu diacah penumbuk kemukaku. Aku tidak gentar sebab aku adalah Gurulatih Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia. Aku telah di ajar ilmu tentang mengelak lalu menyerang dan aku menanti serangan darinya. Pelajar tersebut terus menumbuk dan aku dalam mengelak sempat membalas kembali tumbukan padu kemukanya. Anih sebab dia tidak sakit. Tangan aku yang sakit. Bertubi-tubi aku menumbuk mukanya. Semakin aku menumbuk semakin sakit tanganku.

Akhirnya aku membuka mata. Rupanya aku telah menumbuk dinding batu bilikku. Sakit tak terkira tanganku yang baru pulih akibat sengatan serangga tempuh hari. Berdenyut-denyut dibuatnya. Aku terus mengejut isteriku meminta simpati. Mungkin dia akan mengurut tanganku dengan penuh belaian kasih sayang.
" Nah..Nah tangan abang sakit. Abang tumbuk dinding ". Rayu kepada isteriku.
" Tak apalah bang. Abang jangan tumbuk kuat sangat. Tumbuklah pelan-pelan ". Kata isteriku separuh sedar dan terus menyambung kembali tidurnya. Geramnya aku. Bukan simpati yang aku terima tapi disuruhnya aku tumbuk pelan-pelan. Perli ke.....

Selesai isteriku solat subuh, dia melihat aku sedang mengurut tanganku. Sengaja aku buat muka sedih. Ala... nak manja konon. Bila lagi no....
" Ya Allah bang. Pasal apa tangan abang bengkak balik ". Tanya isteriku. Geramnya aku..... Terus aku cerita kejadian semalam dan bagaiman dia menyuruh aku menumbuk perlahan-lahan. Apalagi berguling isteriku tertawa diatas tikar sejadah mendengar cerita aku.
" Abang ni merapulah. Mimpi yang bukan-bukan ". Sambil keluar mengambil tunku elektrik. Kelihatan biru dicelah-celah jariku. Di ambilnya minyak lalu di urutnya. Barulah rasa lega. Sambil mengurut isteriku tersenyum sambil tersengih. Nak tertawa takut aku marah.

Ketika aku membawa nasi kepada anak gadisku. Sempat juga dia melihat tanganku yang bengkak. Lalu ditanya kenapa. Terus aku cerita tentang mimpiku. Tertawa kedua-dua anakku.
" Ayah ni merapulah. Boleh mimpi sampai tumbuk dinding ". Kata anak gadisku
" Nak buat macam mana. Kan ayah raja segala mimpi ". Tertawa lagi kedua-dua anakku.

6 comments:

hrusli61 said...

Jiman ingat tak kita pernah bersilat main pisau dalam mimpi.

Masa itu kita tengah rancak buat latihan untuk persembahan pencak silat di PESKOM (Pesta Kominikasi) di Kelab Kilat TNB di Perai.

Ariff Budiman said...

hrusli61...Masakan boleh lupa. Mimpi yang sama. Seperguruan

insan marhaen said...

Ha..Ha..Ha..

Toing!toing!

Ariff Budiman said...

insan marhein...He he

MaMa MoDeN said...

salam saudara budiman,
heheheh tumpang gelak sama boleh ke?.. bestkan kalau mimpi yg kita mimpikan tu adalah mimpi indah & menjadi kenyataan tapi kalau sebaliknya memang kes naya...

Ariff Budiman said...

Mama Moden..nasib baik tak bantai hidungnya. Kalau tidak naya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...