Teman-teman

Tuesday, March 27, 2012

Buat Gado-Gado

Aku sampai di rumah jam 12.30 malam. Hujan lebat membuatkan aku membawa motosikal secara berhati-hati. Badanku terasa sejuk dan akhirnya terpaksa menyiram air panas di keseluruhan badanku. Ketika rancak berbual dengan isteriku entah bila aku terlelap. Aku melihat isteriku Rosnah membawa sepinggan gado-gado. Gembiranya hatiku. Sudah lama aku tidak merasai makanan ini. Entah dari mana datangnya seorang lelaki terus merampas pinggan yang hampir berada di tanganku. Begitu lahap dia makan gado-gado yang dibawa isteriku.

Apalagi darah jantan aku sudah naik. Aku terus mendapatkan pemuda tersebut lalu kami bergomol merebut pinggan tadi. Aku menumbuk lelaki tersebut. Sambil menumbuk tidak habis aku merungut geram. Akhirnya aku terasa pipiku di tampar
" Bang..bang...bangun. Apa ni boleh mimpi...Bunyi punya kuat ". Kata isteriku.
" Apa yang abang mimpi ni sampai Nah duduk di dapor pun dapat dengar ". Kata lagi isteriku.
" Abang mimpi berebut gado-gado dengan jantan mana ". Perlahan aku menjawab antara mengantuk dan tidak. Jam menunjukkan pukul 5.30 pagi.
" Nah...hari ni kita buat gado-gado. Abang teringin pula ". Kataku pada isteri.

" Abang ni merapu la...Mimpi sampai terbawa-bawa terus. Abang belilah sayur. Nanti balik dari gerai Nah buat ". Kata-kata isteriku membuatkan aku tersenyum. Tak rugi mimpiku. Setelah isteriku ke gerai aku pula ke pasar. Aku mencari kangkung, tauge, taukua dan fish cake. Terus aku mencari kuah kacang segera. Selalunya untuk membuat kuah kacang terpaksa menggoreng kacang tanah. Kuah kacang akan terasa wangi. Tapi yang ini tak wangi pun tak apa. Keinginan gado-gado segera katakan. Bila isteriku pulang di ambilnya bahan lalu di gorengnya cucur udang sebagai bahan sampingan. Begitu berseleranya aku menyantap gado-gado atau pecel.
" Nanti kita buat pasembur pula Nah ". Kataku pada isteri yang hanya tersenyum....

1 comment:

MaYa MustWany said...

hahah smpat mimpi gaduh2 berebut gado2..hihihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...