Selalunya sebelum kami ke pasar, kami akan kesini dahulu. Pusing sampai berpeluh barulah kami kepasar. Bila selesai membeli di pasar, kami pasti akan singgah di warung yang di tumbuhi pokok besar. Kami berbual dan melepaskan lelah sambil menjamu Char Koay Teow. Sungguh indah memori itu. Aku hanya memerhati saja persekitaran tempat ini yang sudah banyak berubah dan cantik.
Perlahan-lahan aku berjalan sambil mengambil gambar. Peluh sudah membasahi bajuku. Alhamdulillah aku mengambil jalan yang tidak berbukit untuk menjaga lututku yang akan di bedah pada bulan Jun atau Julai. Aku bertekad akan membawa isteriku Rosnah jogging di sini. Rasa bosan bila berjalan keseorangan. Peluh sudah membasahi dan banyak gambar yang aku dapat. Terus aku meninggalkan tempat yang penuh nostalgia ini.
Seperti biasa isteriku pasti tersenyum manis bila melihat aku. Aku tunjukkan gambar kepadanya dan mengajaknya bersama pada hari Ahad ini.
" Kita pusing 2 round pun jadilah sebagai permulaan ". Aku berkata kepada isteriku
" Insyaallah bang... ". Katanya sambil tersenyum.
2 comments:
salam.kat mana ni tuan?dah lama sy duk penang tp taktau pun tempat ni.cantik.
Waalaikumussalam. Tempatnya Taman Metropolitan Relau
Post a Comment